B A B 9

4.1K 294 48
                                    

hello, readers!

i have final exam, STP, next week for two weeks and i wont be updating anything til i finish my exam. so this would be the last chapter for another two weeks.

those who will sit for STP, i wish ya best of luck. may 4flat be ours!

till then,

thankyou for supporting me <3

----------------------

"I want full explanations from you," kataku tegas apabila Zafran seperti mahu mengelak daripada menjawab. Dia sudah memejamkan mata di atas katil.

Usai menidurkan Anas tadi, aku terus mengajak Zafran berbincang. Aku mahu beri dia peluang untuk menjelaskan segalanya. Tapi apabila dia mengelak dengan alasan penat, aku terus rasa geram.

Ingat semudah itu aku akan melepaskan dia tanpa mendengar sebarang penjelasan? Silap oranglah! Dia tak sedar ke, isteri dia ini bakal peguam? Lagi nak mengelat?

"Najla, we barely sleep. Esok-esoklah kita berbincang."

Aku mendengus. Sekalipun suaranya lembut memujuk, aku tak akan lepaskan dia.

"Sayang..." serunya lagi. Terpacak terus bulu romaku apabila tangannya merayap ke pinggang.

Daripada duduk, aku terus terjelepuk di atas dada bidangnya. Tangan besarnya mengusap belakangku. Jantung mulalah buat hal. Dah macam acara marathon pula. Haih.

"I know you deserve an explanation. I know you do. But I'm really tired right now, sayang," ucapnya dengan mata yang masih terpejam rapat. Nampak benar letih dia ni.

"Abang janji, esok abang akan jelaskan semuanya kepada Najla. Abang ada minta Najla jangan terlalu cepat menghakimi abang, kan? Can you do that?"

Aku melepaskan keluhan panjang.

"Hm?" Zafran mengucup ubun-ubun kepala ku pula.

Akhirnya, aku mengalah. Perlahan-lahan aku anggukkan kepala, bersetuju dengannya. Aku pun terasa letih juga. Ada baiknya kami berehat dulu. Esok masih ada.

"Okay... Abang janji abang akan ceritakan semuanya?"

"Abang janji." Sekali lagi dia mengucup ubun-ubun kepalaku. Tangannya masih mengusap-usap di belakang. Spontan aku rasa terbuai dan mengantuk.

"Okaylah kalau macam tu..."

Sabar, Najla. Esok masih ada.

--------------

Bilik kami diketuk kuat dari luar. Aku yang seronok tidur dalam warm hugs Zafran, terus terjaga dari lena. Terkejut sebenarnya.

Anas kah?

Terpisat-pisat aku cuba bangun. Ketukan itu masih belum reda. Tidur Zafran pasti turut sama terganggu apabila dia dengan sendirinya bergerak. Namun, tidak pula dia bangun. Pelukan di pinggangku juga tidak dileraikan.

Aku cuba mencapai telefon di atas meja sebelah katil. Jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi. Dah nak masuk waktu subuh ni.

Macam tahu-tahu aku sudah terjaga, pintu bilik terbuka dengan sendirinya. Di hadapan pintu itu, ada satu kerusi panjang. Di atas kerusi itu pula, terserlah seorang Anas si pendek yang bermuka monyok.

"Anas?" Dahiku berkerut melihat dia di atas kerusi itu.

"I've knock the door but no one open it. I had to use the spare keys daddy gave me." Dia menjelaskan apa yang dia lakukan sebelum meloncat turun dari kerusi itu.

SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)Where stories live. Discover now