B A B 34

538 47 5
                                    

Maybe second chance doesn't exists to some people.

----------

Hari berganti hari. Malam berganti siang. Usai solat Subuh bersama Anas, aku terus sediakan sarapan. Tidak lupa juga lunch box untuk Anas bawa ke sekolahnya hari ini. Dia minta aku buat Nasi Lemak. Kita turutkan aje.

Hati aku tetap tidak lepas dari memikirkan Zafran. Dia masih belum pulang ke rumah. Entah ke manalah dia pergi. Tidak pernah-pernah kami bergaduh sampai dia bertindak untuk keluar rumah mencari ketenangan.

Aku ambil unpaid leave hari ini. Aku tak rasa aku boleh fikir soal kerja, dengan keadaan rumahtangga aku yang begini. Jadi, pelan aku untuk hari ini adalah menghantar Anas ke sekolah dan balik menunggu Zafran pulang.

Sepanjang malam aku berdoa semoga tiada apa-apa yang buruk berlaku pada dia. Hati isteri mana yang tak risau bila suami keluar rumah dengan perasaan serabut begitu?

Dalam sibuk menyusun makanan di atas meja, aku terkejut apabila mendengar Anas tiba-tiba bersorak gembira.

"Mommy! Bunyi kereta daddy! Daddy dah balik!"

Terus jantung aku berdegup laju. Aku dan Anas sama-sama berlari untuk membuka pintu rumah. Teruja untuk menyambut kepulangan Zafran.

Sebaik saja kami buka pintu, tubuh Zafran yang berdiri di hadapan pintu itu terus kami peluk. Memang tak ada salam, tak ada mukadimah. Terus aja serbu lelaki itu.

"Abang!"

"Daddy!"

Ucap aku dan Anas serentak. Tangan aku merangkul leher Zafran erat. Selagi dia tak batuk kerana tercekik, selagi itu aku peluk kuat-kuat. Anas terselit antara aku dan Zafran, memeluk kuat pinggang daddynya.

"We've missed you, abang."

Ya Allah, rindunya. Walaupun tak sampai sehari dia hilang, rindu dan risau yang aku tanggung sejak semalam akhirnya berjaya dilepaskan.

Haih, pelik. Selama ini kalau Zafran terpaksa outstation hingga berminggu, tak ada pula aku rasa berat sebegini. Mungkin ini disebabkan oleh pembawakan budak juga.

Ah, aku rindu baunya. Rindu pelukannya. Rindu suaranya. Tapi anehnya, Zafran tidak membalas apa-apa. Hanya aku dan Anas yang memeluknya. Hanya aku dan Anas yang mengucap kata rindu.

Zafran cuma berdiri kaku.

Sedari perubahan itu, perlahan-lahan aku lepaskan tubuhnya dan ambil beberapa langkah ke belakang. Baru aku dapat lihat wajahnya dengan jelas.

Comot. Kusut. Serabai.

Itu apa yang aku nampak pada dia. Rambutnya kusut masai. Bajunya dipakai terbalik. Kalau aku lihat dengan dekat, aku perasan bulu matanya basah, bagaikan baru lepas menangis.

"Abang... Abang okay?" soalku agak kerisauan. Seriau aku melihat dia begitu.

Anas juga melepaskan Zafran dan berdiri di sebelahku. Dia juga pelik melihat keadaan ayahnya.

"What happened to you, daddy?"

Zafran diam, tidak membalas. Mata dia nampak kosong sangat. Aku mula naik risau.

"Abang, kita masuk rumah dulu. Abang nampak penat."

Aku tarik tangan Zafran dan bawa dia masuk ke dalam rumah. Dia macam separa sedar pun ada.

Anas juga menyusul. Dia memandang aku dengan penuh tanda tanya. Aku hanya menggeleng kepala, tanda tidak tahu.

Setelah mendudukkan Zafran ke sofa, aku terus ke dapur untuk ambil air masak. Sambil-sambil mata melirik memandang Zafran yang masih kaku. Walaupun begitu, tapi aku tetap rasa tak sedap hati. Jadi aku baca Zikir Tafrijiyyah, sebelum aku hembus ke permukaan air.

SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)Where stories live. Discover now