B A B 6

3.7K 265 25
                                    

i have test tmr and final in two weeks, but who cares?

Lebih kurang setengah jam perjalanan, kami tiba di rumah mentuaku. Kami disambut baik. Sampai-sampai saja, umi terus mengajak kami masuk dan menjamu selera. Tak sempat nak bertanya khabar.

Di meja makan itulah kami bersembang. Drama melayu, kan? Macam dah tak ada kat tempat lain nak berbual.

"Najla tambahlah lagi. Sedap umi kamu masak ni," kata abi, bapa mentuaku sambil melirik memandang umi. Umi pula tersipu-sipu mendengar pujian suaminya.

Aku kulum senyum, rasa mahu ketawa. Comel aje melihat pasangan tua ini. Tiba-tiba ada tangan lain yang mencedok lauk ke dalam pingganku. Siapa lagi kalau bukan Zafran?

Dan-danlah aku pandang dia macam nak cekik. Dia ini... saja nak bagi aku naik berat badan ke apa? Ini dah masuk kali ketiga aku tambah nasi! Perut aku ni dah merayu-rayu, minta aku berhenti melahap, tahu? Dia ingat aku bela hantu raya ke apa?

Zafran hanya tayang muka tidak bersalah. Siap senyum lagi.

"Haih, cukup-cukuplah abi dengan umi buat Zaf rasa single hari-hari. Tambah pula dua ekor ni bermain mata depan Zaf. Ya Allah, jodoh aku sesat jalan ke?" keluh Zafril, adik Zafran, penuh dramatik.

Terkebil-kebil aku melarikan pandangan daripada Zafran. Tak perasan pula kami tengah bermain mata, seperti kata Zafril. Sudahnya, kami dijadikan bahan usikan.

"Zafril, jangan diusik abang dengan kakak ipar kamu tu!" tegur abi pula.

"Mana ada usik, abi. Zaf rasa sendu aje."

"Dah sendu sangat, bawalah umi jumpa Yusra. Pergi jumpa keluarga dia, halalkan terus hubungan kamu tu daripada kamu ke hulu ke hilir bawa anak dara orang." Pedas komen umi. Namun komen itu tidak diendahkan oleh Zafril. Seolah-olah sudah lali dia mendengarnya.

"Umi, Yusra tu manalah nak dekat Zaf. Dengan perangai kasar dia, uisy! Taubat nak buat bini."

Pap!

"Aduh! Ampun, umi, ampun..." Zafril menggosok pehanya yang menjadi mangsa kekejaman umi. Apa lagi, kena tamparlah. Elok sangat duduk sebelah umi.

"Kamu jangan buat anak dara orang macam tu, Zafril. Umi tak berkenan. Kalau dah suka, bagitahu umi dengan abi. Kita buat ikut adat."

Akhirnya Zafril mengeluh dan mengangguk. Mengalah dengan mak sendiri tak apa.

Suka aku tengok senario anak-beranak ini. Terasa rindu nak mengusik mak dan abah. Itulah, lain macam rasa rindu tu bila dah bersuami.

Mengada.

-------------

Aku dan umi habiskan masa dengan belek album-album lama. Gambar Zafran dari dia bayi sampailah sekarang. Setiap satu gambar yang ditunjukkan umi, pasti ada cerita di sebaliknya.

Umi tukang cerita, aku tukang gelak. Gara-gara semua cerita tentang Zafran adalah memalukan. Nak-nak pula, abi seorang yang sangat photogenic.

"Gambar ni, umi?" Aku tayang gambar retro seorang remaja lelaki botak. Elok duduk memeluk lutut dengan muka monyok. Kelakar.

Umi capai gambar itu. Sesaat kemudian tawanya pecah tiba-tiba. Terkejut aku. Mulalah aku doa mentua aku tak kena sawan!

Risau kadang-kadang, risau.

"Ini Zafran. Gambar ni abi kamu yang tangkap. Masa ni dia baru balik daripada buat umrah, itulah kepala dia bersinar-sinar tu," cerita umi.

"Petang tu dia keluar nak main bola dengan kawan-kawan dia. Tapi semua tak mahu kawan dengan dia sebab dia botak. Zafran apa lagi, tak padan dengan baru buat umrah, dia belasahnya budak-budak yang tak mahu kawan dengan dia."

Terkedu aku sekejap. Mata aku spontan membulat. Zafran? Are you saying, Zafran, suami aku yang berat mulut tu pandai belasah orang?

Umi yang perasan wajahku berubah terus ketawa.

"Zafran memang ganas masa kecik-kecik dulu. Paling keras kepala. Tapi sekarang dia dah tua, dia dah banyak berubah. Dia dah malas nak ambil kisah pasal orang dah. Orang cakap apa pun dia buat tak tahu je." Umi menggosok bahuku perlahan. Seolah-olah sedang mententeramkan aku.

Hm, aku musykil juga. Betul ke Zafran dah berubah?

"Kak, abang tu memang macam tu. Kau jangan risaulah!" sampuk satu suara.

Oh, Zafril! Dia pun sibuk mengikut serta perbualan kami. Katanya malas dengar abi dan abangnya bercerita pasal politik. Sudahnya, jadi anak mak.

"Tapi, jangan ada yang provok dia. When you're in no position of giving him orders, he'd attack." Hujung bibir Zafril terangkat. Senyum misteri ditayangkan kepada aku.

Seram.

Nampak benar yang aku ni tak tahu apa-apa pasal Zafran.

"Zafril, apa cakap macam tu? Kesian kakak ipar kamu!"

"Aloh, Zaf melawak je." Zafril mencebik bibir. Budak ni, kalau kena sekeh dengan aku nanti, memang haru jadinya.

"Taklah umi. Najla tak takut pun. Cuma rasa terkilan sebab tak berapa kenal abang." Aku sengih.

Padahal jantung dah nak meletup bila Zafril kata begitu tadi.

Umi capai tangan aku lalu dia usap perlahan.

"Tak apa, umi ada. Najla jangan segan-segan nak tanya umi pasal Zafran. Esok umi ajar Najla masak masakan kegemaran dia. Nak?" Umi cuba memujuk.

Aku angguk laju.

"Nak, umi! Tapi Najla ada satu soalan nak tanya boleh?"

"Boleh, sayang."

"Abang pernah ada berapa orang girlfriends?"

Haa, cukup syarat bila aku sebut girlfriends tadi. S tu kena panjang sikit. Yalah, muka helok macam dia, kompom teman wanita berderet, kan?

Oh, aku bukan nak tahu sebab aku nak pergi berperang dengan mereka. Tapi, saja. Untuk pengetahuan sendiri.

Aku perasan muka umi berubah dan Zafril ketawa. Kenapa? Aku salah tanya ke?

"Umi tengok sendiri. Inilah salah satu sebab kenapa Zaf taknak kahwin dengan si Yusra tu. Tak pasal-pasal tanya orang pasal ex-girlfriends." Zafril ketawa lagi dan bingkas bangun.

"Ni dah masuk bab gosip, Zaf taknak campur. Kak, kau tahanlah telinga dengar 1001 kisah cinta abang. Goodluck, dear sister!" Dia kenyit mata dan lesap.

Terkebil-kebil aku pandang tempat dia berdiri tadi dan beralih kepada umi. Wanita tua itu nampak macam serba tak kena. Nampak gelisah.

Takut?

Dia ukir senyuman kecil. Tanganku yang masih dalam genggamannya itu digosok perlahan.

"Umi tak tahu menahu sangat pasal kawan-kawan Zafran dulu. Kamu kena tanya Zafran sendirilah."

Tanya sendiri? Beranikah aku?

"Tapi, buat masa ni jangan tanya dulu. Umi nak Najla dan Zafran raikan antara satu sama lain sebagai suami isteri. Apa-apa pun yang jadi pada masa lalu, biarkan berlalu. Fokus pada apa yang ada di depan mata." Umi senyum lebar. Matanya sedikit berkaca-kaca.

Mungkin tidak mahu aku melihatnya, tubuhku terus ditarik ke dalam pelukannya. Terkejut, tapi sesaat kemudian, aku mula membiasakan diri.

Terasa bersalah kerana aku tanyakan soalan itu. Tak terfikir pula aku yang soalan itu sensitif.

Aku tidak tahu kenapa. Tapi, aku pasti umi mengetahui sesuatu dan memilih untuk tidak memberitahuku.

Tak apa, aku hormati keputusan umi. Mungkin ada baiknya aku kuburkan soalan aku. Baik untuk aku, baik untuk Zafran. Yang penting, dia suami aku.

Itu saja yang perlu aku yakin.

--------

dont forget to vote, comment and share! love yall so much.

SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum