B A B 39

515 47 10
                                    

new sem dah nak start.

-----------

Elly kesat air matanya kasar sebelum bangkit. Kalau tadi dia duduk meratapi suami aku yang terbaring atas katil hospital, kini dia berdiri betul-betul di hadapan aku.

Mata merahnya merenung muka aku tajam. Bagaikan tidak puas hati. Aku pasti, ekspresi wajahku juga sama.

"I repeat, what are you doing here, Elly? This is my husband's room."

Dia mencebik. Barangkali sakit hati apabila mendengar aku sebut perkataan 'husband' itu. Memang sengaja aku tambah sabdu pada perkataan itu, supaya dia faham yang dia tidak diperlukan di situ.

"Oh come on, Najla. We're practically madu, now."

Spontan aku ketawa. The audacity! Benar-benar terasa lucu dengan apa yang dikatakannya.

Madu ya? Madu abah dia!

"Jangan mimpilah, Elly oi. I dah suruh you cermin diri sendiri, kan? Well, have you? Because it's time for you to touch some grass." Senyum sinis aku hulurkan untuknya. Yakin sungguh Zafran nak madukan aku dengan dia.

Elly mengetap gigi. Dia nampak betul-betul sakit hati dengan aku.

"You have no business here. So, kindly leave sementara I masih bagi muka."

Lama dia diam. Hanya memandang Zafran. Aku tak tahu apa yang bermain di fikirannya. Dan aku tak rasa aku nak tahu.

Tidak lama kemudian, dia membuka mulut.

"I jumpa Zafran buat pertama kali dekat airport, masa I baru balik dari London." Elly mula bercerita. Matanya tidak lepas memandang Zafran.

"Macam drama cliche, I terlanggar dia dekat balai ketibaan sampai I terjatuh. You know how bitchy I am, so I was getting ready to cuss him out. But damn, he was like a greek god, looking down at me like that."

Elly tersenyum kecil. Bagaikan sedang mengenangkan peristiwa itu.

"And just like that, I fell. I knew I have to have him, by hook or by crook."

"Is that why you sexually assulted him?" Soalan itu spontan terpacul dari bibirku tanpa sempat aku tahan. Elly menoleh memandangku. Senyumannya sirna.

"When I told you I didn't raped him, I wasn't lying. I guna pil perangsang, bukannya pil tidur. Well, maybe dia tak ingat sebab I used a lot of them in just one drink. But yeah, I didn't raped him," jawab Elly, senada. Reaksi wajahnya sangat bersahaja.

Say what?

"Did he consent?"

"What you mean?"

"Did. He. Consent? Verbally consent that he wants to sleep with you before the stimulant pills?"

Elly menjungkit bahunya.

"How am I supposed to know? All I did was put the pills in his drink and take him." Sekali lagi dia berkata selamba.

Darah aku yang tadinya di kepala, sekaramg beralih ke tangan. Terus aku layangkan penampar ke mukanya, kuat. Sehingga terteleng kepalanya.

Entah bagaimana aku boleh tampar dia sekuat itu. Mungkin kerana amarah aku yang terkumpul sejak dulu. Sejak aku tahu akan kewujudannya dalam keluarga aku. Sejak aku tahu yang Zafran dizalimi begitu oleh dia.

Nak saja aku maki sekandang. Tapi apabila memikirkan nyawa di dalam perutku, aku kuburkan niat itu. Aku tak mahu kandungan yang aku bawa, terkenan dengan apa yang aku buat.

SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)Where stories live. Discover now