BAMM # 1

141K 4.7K 75
                                    

"Seronoknya dah sampai Malaysia." Nawal Iman menghirup udara tenang . Senyumannya terselah menapakkan lesung pipi pada pipi kanannya .

Mata Nawal Iman mencari kelibat seseorang yang amat dirinduinya . Luqman Rafi'e iaitu abang kandungnya. Rindu dia kepada abangnya itu . Tidak lupa juga , kerinduan pada kedua orang tuanya .

"Nawal ." Panggil seseorang .

Nawal Iman mencari tuan empunya suara . Terkekeh-kekeh dia mencari . Beg bagasinya ditarik sama mengikuti langkahnya .

Seseorang lelaki melambai ke arahnya . Tersenyum Nawal Iman gembira .

"Long time not see ." Sapa Luqman Rafi'e .

"Eleh , dua tahun aje adik pergi , dah rindu ?" sakat Nawal Iman.

"Yelah , tak dapat buli adik abang . Mestilah rindu." Kata Luqman Rafi'e  sambil mencuit hidung adiknya .

Nawal Iman menarik muka . Tak guna ada abang macam ni . Sentap tau tak ? Luqman Rafi'e tersenyum melihat cebikkan adiknya ."sikit-sikit merajuk."

"Biar lah ."

"Sedar la sikit diri tu dah tua. "

"Abang pun dah tua . Dah , bawakan bagasi adik . Sebagai denda . Werkk !" Nawal meninggalkan abangnya bersama bagasi merah jambunya itu.

'Nasib la kau adik aku , kalau awek memang malas aku nak melayan.' Omel  Luqman Rafi'e sambil membawa bagasi tersebut  .

------

"I'm back  ! Papa , mama where are you , l miss both of you so much ." Jerit Nawal Iman dihadapan pintu rumah mereka .

"Kau ni , dik ! Kalau ye pun bagi salam la dulu . Tu kasut tu buka . Kau ingat apartment kau kat Sweden tu ke ? Terjah masuk sesuka hati."  Tegur Luqman Rafi'e sambil membuka kasut sarungnya . Tali leher dilonggarnya sedikit .

"Membebel la . Assalammualaikum." Marah Nawal Iman . Potong mood happy betul la abang aku sorang ni .

"waalaikummusalam." Jawab Puan Hamidah lantas memeluk tubuh anak perempuannya itu .

Tangan tua Tuan Abdul Fattah dicium oleh Nawal lalu memeluk ayahnya itu .

"Macam mana penerbangan , okey ?"soal Tuan Abdul Fattah .

"Feel better than two years ago . But , Nawal more rindu Malaysia . " ujar Nawal Iman dengan semangat .

Luqman Rafi'e  sudah pun bersantai dihadapan television sambil kakinya diletakkan di atas meja. Nawal Iman memandang abangnya , lalu menggeleng .

"Tengok tu , lain kali kahwin baru la tak bosan . Umur dah 22 elok kahwin abang ." perli Nawal Iman .

"Muda lagi ." Balas Luqman Rafi'e  selamba .

"Sudah , Nawal pergi naik atas bersihkan diri lepas tu turun kita makan sekeluarga ." Arah tuan Abdul Fattah . Nawal hanya mengiyakan sahaja .

"Beg , nanti mama bawakan."

"Thanks , ma ." Lantas Nawal Iman menaiki anak tangga menuju ke atas . Penat , melekit semua ada . Penerbangan 12 jam mesti lah letih .

"Kamu dengar tak ? Adik kamu pun dah cakap sesuai untuk kahwin Rafi'e . " Puan Hamzah memerli pula tetapi Luqman Rafi'e  hanya buat tak dengar. Sudah kematu telinganya mendengar kata-kata ibu bapanya . So, lebih baik sepikan diri .

Puan Hamzah menaiki anak tangga sambil membawa bagasi anak perempuannya setelah menyalami suaminya, Tuan Abdul Fattah yang kini sudah pun melangkah ke pintu ruang hadapan .

"Rafi'e  . Kamu jangan lupa meeting dengan Dato Jamal esok ." Laung Tuan Abdul Fattah memperingatkan Rafi'e . Rafi'e  pula hanya mengangkat tangan membuat tanda 'ok' dengan jarinya .

- isteri 17 tahun -

Isteri 17 Tahun Where stories live. Discover now