BAMM # 37

74.9K 3K 103
                                    

Aku makin pelik dengan rakan sekelas aku yang bernama Danial itu . Boleh dikatakan semua waktu pelajaran dia tidur . Cikgu yang mengajar pun buat tak tahu aje . Yang berani tegur pun Cikgu Masyitah .

Itu pun dia boleh buat biasa je . Dah suruh cuci muka , dia masuk , dia tidur balik . Tapi bila tengok dia perlajar pandai di sekolah .

Kata Misya , dia dah berpindah sejak tingkatan satu lagi . Patut la tak pernah aku tengok .

Tambah misya lagi , Danial ni pelajar harapan sekolah , sentiasa dapat number satu di dalam kelas dan juga di dalam tingkatan . Tidur pun boleh pandai ke ?

Kalau ye dia sebijak tu kenapa tak masuk kelas 5 - 1 sains aje ? Kelas pertama . Kenapa dia pilih untuk kekal di kelas kedua , sedangkan ianya sama sahaja . Siapa dia yang sebenarnya ?

Locenggg ..

Berbunyi menandakan tamatnya waktu persekolan . Setelah selesai mengucapkan terima kasih kepada guru yang mengajar , ke semua pelajar mengemas buku-buku di atas meja .

Siapa tak suka balik kann ? Tanya la budak sekolah , semuanya pasti jawapan yang sama.

"Kau balik dengan siapa?"

Soalan misya aku hanya senyum makna . Siapa lagi kalau bukan suami tercinta .

"Ahh , faham . kirim salam aku pada dia ye . Aku balik dulu tau . Ada hal . Bye ." Misya memohon diri pergi .

" Bye ."

Kesemua pelajar sudah tiada . kosong . Kini hanya tinggal aku dan Danial yang tinggal . Aku memandang tubuh Danial di belakang yang masih tidur .

"Nak kejutkan ke tak erk ?"

Kalau tak kejut , kesian pula . Kejutkan aje lah. Aku melangkah perlahan-lahan ke arah meja Danial .

"Da-danial ?"

Aku hanya mampu panggil sahaja . Tak boleh bersentuhan . Tapi , itulah macam la dia nak sedar .

"Danial ! "

Aku mengaru kepala aku tidak gatal . Berfikir , apa yang perlu aku buat erk ? Takkan nak menjerit panggil nama dia . Hilang la keayuan aku .

Kebetulan pula aku ternampak Ammar melalui di hadapan kelas aku , lantas aku memanggilnya .

"Ye ?"

"Boleh saya minta tolong awak kejap ?"

Muhammad Ammar tersenyum . "Tentu la boleh ."

"Boleh saya tahu , pertolongan jenis apa tu ? Angkat buku awak ke ?"

Aku menggeleng . Tidak .

Aku menunjukkan ke arah Danial di meja itu . Ammar mengikuti jari telunjukku . Matanya berhenti pada Danial . Aku memandang Ammar semula .

"Boleh kejutkan dia ? "

"Kenapa?" soalan Ammar membuatkan aku pelik . Kenapa ? Daa , sekarang waktu balik la .

"Awak nak tolong ke tak ni ? Saya dah kejutkan dia tapi dia tak sedar juga . Nak sentuh dia , awak faham la kan .. ? "

Ammar tersenyum manis . "tahu . "

Ammar melangkah masuk kedalam kelas ku . Dia berdiri di sisi Danial . Aku hanya memerhati di ruangan pintu . Badan Danial di goncangnya .

"Dan . Bangun kau tak nak balik ke ?" soal Ammar yang masih menggoncang Danial .

"Haa , aku bangun la . Kacau la kau ni . " Dia menolak tangan Ammar kasar .

"Bukannya kacau . Awek aku minta gerakkan kau . Bangun la . "

Aku terbatuk . Bukan 'ter' memang batuk pun . Apa yang si Ammar merepek ni .

"Kawan . " aku memperbetulkan .

Danial bangun separuh sedar . Dia menggangkat kepalanya memandang sekeliling . kosong . Dia memandang aku pada mulanya hanya biasa tapi dia memandang aku sekali lagi .

Aku menelan air liur . Asal tu ?

"Woi , awek aku tu . Mata tu jaga sikit ." tegur Ammar .

"Kawan la ." marah aku . Apa Ammar ni ishh , tak suka betul la aku dengan peragai dia ni .

"Kawan la . Dia mana mahu kat kau . Kau orang baru tu kan ? " soal Danial .

Aku mengganguk .

" Aku Danial . kau ?"

Baru aku mahu menjawab soalan Danial . Mata aku terpandang Ammar . Perlu ke Ammar tahu nama aku ? Kenapa aku rasa tak perlu ?

Aku memandang jam tangan pada lengan aku . Ya Allah , habis aku mesti Rafi'e tunggu lama . Mampus la , apa alasan aku nak bagi ni .

"Saya dah lambat , mesti su- am .. Abang saya tunggu . Maaf . " aku berlari dengan pantas . Aku betul - betul lambat . Nasib baik la tak terlepas perkataan 'suami ' tu tadi .

"Woii ! Kau nak pergi .." Danial bangun dari tempat duduknya .

"Tak payah woi sangat , jom balik . " marah Ammar .

"Eleh , kau pun sama . Awek-awek . Dia anggap kau kawan je ye . " Danial menyambar beg sekolahnya lalu keluar daripada kelas itu. Ammar hanya menggeleng . Niatnya hanya mahu bergurau sahaja . Apalah .

- isteri 17 tahun -

Isteri 17 Tahun Where stories live. Discover now