BAMM # 12

104K 3.8K 98
                                    


Keadaan dalam kereta hanya sunyi sepi. Tiada satu suara pun kedengaran.  Luqman Rafi'e  membisu  , aku  ? Lagi la  bisu  .  Tak tahu nak sembang apa  . Nak buka radio takut dikatakan tak tahu malu pula  , almaklumlah  , kereta orang bukan kereta sendiri .

"Sayang? "

Aku menoleh memandangnya.

"Kenapa senyap ? " soalnya aku hanya dijawab dengan gelenggan.

"Malu lagi ke? cuba beranikan diri . Kita dah sahkan? " tangan aku digengamnya erat manakala sebelah tangannya lagi fokus pada stereng kereta .

Aku memandang gengamannya  . Luqman Rafi'e  tersenyum  . "Tak boleh ke  , abang pegang tangan isteri abang sendiri  ?"

"Bo..boleh. " jawab aku terketar-ketar.
Luqman Rafi'e  tersenyum lagi  . Nampaknya Rai'a Amalina sahut cabaranya  . Bagus  !

"Sayang nak beli apa lagi ? "

"Barang dapur je  . Kenapa ? " wah  , sudah berani bertanya nampak ?  hahaa .

"Biy ingat nak ajak sayang balik kampung  , petang nanti ?"

'Balik kampung  ? Agak-agak ada pantai tak erk  ?'

"sayang mesti suka  , sana ada pantai . Anak sedara biy pun ada sana  . "

Dengar sahaja pantai aku menganguk laju  . Macam baca fikiran aku ja suami aku ini  . Ahli nujum ke apa ?

"Alang-alang kita balik sana  , kita beli sesuatu untuk opah dan anak sedara kita ye ?"

Aku menganguk  . Tersenyum suka aku saat itu  . Nak bertepuk  . Tangan kanan aku masih lagi dalam pegangannya  . Sorak dalam hati jalah mampu  . Huhu .

Tapi  ....

Kampung dia dekat mana erk  ? Ada pantai  ? Dekat mana , dekat jauh  ? Tak kesah la  . Janji ada pantai  . Beach  kini aku datang  !

-----

Dari dalam kereta lagi  Luqman Rafi'e  asyik gengam aje tangan aku  . Bila aku tengok dia  . Dia cakap  "taknak aku hilang daripada padangan dia. "  dia fikir aku budak umur 6 tahun ke nak hilang bagai  . Tapi  .. aku suka macam ni  . Bahagia sangat  . Kenapa la dari dulu lagi kau tak sebaik dan se'sweet ni dengan aku  . Aku suka diri kau yang sekarang ni  .

Tersenyum aku tanpa sedar  .

'Dulu aku hodoh , gemuk , pendek, tak pandai bergaya tapi sekarang aku dah berfurdah mengikut fesyen muslimah . Apa agaknya riaksi dia bila tahu aku ni  isteri dia?' Soal aku pada diri sendiri  . Lalu , memandang wajahnya  . Senyuman dia  . Masih sama  .

Selalunya  , senyuman itu hanya itu perlajar perempuan yang lain  . Pada aku  ? Tiada  . Hanya perkataan gemuk  selalu dia gelarkan pada aku  . Banyak juga aku terluka  . Tapi aku tak mengalah . Demi cinta monyetlah katakan .

Ketawa aku seorang diri sehingga didengari oleh Luqman Rafi'e.

Langkah aku terhenti apabila langkahnya juga terhenti  . Berhenti ketawaku lalu memandangnya . Seperti bertanya Kenapa?

"what so funny? " soalnya.

Aku menggeleng  . Tiada apa .

"I don't think so  . Cepat bagi tahu biy. If not biy will kiss you  . Wanna try? " ugutnya mendekati aku.

Erk  . . Dia tak berani kan  ?

Aku menggeleng  . "Tempat umum la Rafi'e  ." Aku menolak badannya selepas memerhati keadaan sekeliling . Dibuatnya pula ada cctv  . Tak pasal dia orang ingat  Luqman Rafi'e  ni ambil kesempatan.

"Aipp  . Apa Rafi'e  ?" Uishh  , marah  .

"Salah ke saya cakap? " aku blank secara tiba-tiba  . Betullahkan nama dia Rafi'e  . Luqman Rafi'e  . Takkan laki aku amnesia kot  .

"Yes  . Sebagai denda kena buka tu. " bibirnya dimuncungkan pada aku.

"Denda lain  ?" Aku tawar-menawar  . Apa pun boleh  . Janji jangan furdah ni  . Aku belum sedia nak beritahu identiti aku lagi  .

"Denda lain?  Hm , kalau biy taknak? "

"Please  ?" Aku memujuk comel  .

"Nanti la, biy fikirkan  . Sekarang beli barang dulu. " arahnya  .

Aku mengeluh  . Ini yang tak senang duduk  .  Fikiran aku bukan pada barang  . Tapi pada apa yang denda dia . Suka betul buat aku takut dengan dia .

Setiap barang yang dibeli pasti aku akan pandang dia terlebih dulu . kononnya minta simpati la . tak berkesan babe . Badriyah Umairan dan Nawal Iman . kenapa la korang tak  ada masa bila aku perlukan korang .

" Biy tahu biy hensem . Janganlah tengok biy macam tu terabur iman karang , siapa nak kutip ?" Luqman Rafi'e  mengenyit matanya pada aku . aku mencebik sambil berpeluk tubuh .

Ishh , kita tengah cacing kepanasan ni . Boleh pula buat lawak tak bergaji dengan aku . Jolok peha ayam ni dalam mulut baru tau ! Tau la hensem sampai semua perempuan dekat sini asyik pandang dia aje. . aku je buat tak nampak .

"Sayang ! " panggil Luqman Rafi'e .

"Apa ?"

"Ikan ni busuk la . " berkerut dahi Luqman Rafi'e  apabila tangannya dibaunya .

Aku menggeleng . Dengan ikan pun busuk ? Ishh , fresh aje tengok . Mengada betul . Adalah tu nak mengedik , memanja semua . Tiba-tiba timbul satu idea dalam kepala otak geliga aku ni , hehe . Aku tau macam mana nak bagi dia tolak denda dia tu . haha. ,  Queen of revenge is back !

"Pergi basuh sana . Biar saya yang pilihkan ."

Dia hanya menganguk  dan akur membersihkan tangannya itu . Manja !

Selesai memilih . Aku menunggu si dia yang takut pada bau ikan itu  . Lama ! Macam dia pula perempuan .

"Kalau buat kek coklat untuk opah okey tak ? Coklat moist  , okey juga ." cadang aku seorang diri .

"Opah tak suka kek la sayang ." sergah  Luqman Rafi'e  tiba-tiba memeluk pinggangku .

"Oh , nenek kau . " lantah aku sambil mengurut dada .

Rafi'e menayangkan wajah terkejut, apabila aku memaling ke belakang  menghadapnya secara mengejut. Dahinya aku jentik secara rawak. "Boleh tak jangan terkejutkan saya !" marah aku .

"Alah ,nak manja dengan bini pun  . Tak boleh ." Luqman Rafi'e  mencebik sambil mengusap dahinya .

Tiba aku rasa bersalah . kau pun Rai'a nak marah , marah jalah . Sampai berani jentik dahi dia tu untuk apa ? Adoii. . berdosa buat suami !

Aku mengigit bibir ." sorry awak , tak sengaja ."

" Tak tahu . Balik nanti saya nak tengok juga . Kena buka ye . "

Terus  Luqman Rafi'e menolak trolly meninggalkan aku dibelakang . aku tepuk dahi . sudah ... Apa aku nak buat ni .

" Umiiiiiiii .. " raungku didalam hati .

  - isteri 17 tahun -

Isteri 17 Tahun Where stories live. Discover now