BAMM # 42

72.9K 2.8K 11
                                    


"Awak .. Esok awak kerja tak ?"

"Kenapa sayang tanya ?"

"Kerja or tak ?"

"Dua - dua ."

Luqman Rafi'e ni kalau berbahas dengan aku nak menang aje kerjanya . Aku serius dia loya buruk pula . Encik suami - encik suami .

Aku memandang Rafi'e tajam yang sedang berenang di kolam mandi di rumahnya . Haishh , tahu la badan tu tegap . Tapi tak payah la sampai tak berbaju .

Daripada ada biji hitam tinggal warna putih je . Ishh , godaan suami semua tu . Tabah lah wahai mataku .

"Lah , kenapa ? Salah ke biy cakap ?"

"Awak rasa ?" aku pandangnya tidak berpuas hati .

"Sayang tanya apa tadi , cuba ulang semula ." arahnya . Dia berenang ke tepi pergi ke arah pondok yang aku duduki .

"Esok awak kerja atau tak ." aku mengulanginya seperti yang disuruh tetapi lebih kepada nada yang berbeza .

"Dua - dua .. Sayang ."

'Yeahh , bestnya jawapan yang sama . ' aku telah menayangkan muka bosan tambah tidak berpuas hati .

"Oh."

Dah cukup . Aku malas nak berbahas .

"Alolo , merajuk ke sayang ? Sini meh biy pujuk ."

Aku menghalangnya akibat terkejut dengan tidakkannya yang kini mahu keluar daripada kolam renang .

"Eh , awak nak pergi mana ?"

"Dekat sayang la ." dia melangkah ke mari .

Aku menggundur badanku kebelakang sehingga ke hujung pondok . "taknak la . awak basah . Dah la tak pakai baju . Tak baik tau tunjuk aurat awak pada budak sekolah macam saya ni ."

"Tahu sayang .. Tapi boleh kalau budak sekolah macam sayang ni ialah isteri saya ."

Menjawab .. Menjawab . Ada je jawapan dia nak berbahas dengan aku . Aku mencebek .

"Stop situ . Awak dekat saya jerit . Report Nawal ."

'Lah , dah berjangkit dengan virus report si Nawal tu sudah . Apa kau ni adik masukkan bini aku dalam club kau .' omel Rafi'e sambil mengusap rambut basahnya kebelakang .

Wahhh , macho habis la suami aku ni .

"Sayang ... Jom mandi dua ." ajaknya nakal .

"Taknak la , awak mandi la sorang - sorang . Saya tengok dari sini ." tolak aku laju . Taknak aku mandi dekat pool malu nanti ditengok oleh mama , papa dan nawal .

Tak bertempat la Rafi'e ni .

"Tak seronok la kalau biy aje . Jom la sayang ..." dia merenget manja , memujukku . ingat comel kot .

"Tak nak , nanti apa pula kata mama dan Nawal ." aku terus menolak .

"Sayang .. Rumah ni hanya tinggal kita berdua je . Papa dekat office , mama dan adik pergi spa . Memang malam nanti baru mereka balik . Cepat la sayang ." ajaknya lagi . Jenis yang tak tahu pa itu maksud berputus ada lah .

"Saya tak pandai berenang ." idea baharu timbul aku gunakan .

"Tak apa , biy peluk sayang . Pasti takkan lemas . Janji ." Luqman Rafi'e semakin mendekat . Kini lututnya sudah berada di atas pondok sambil merangkak ke arah aku secara perlahan - lahan .

"Tak nak ! "

"Arahan suami tak baik tau ingkar . Umi pesan apa sayang...?"

"Mana boleh ugut , guna nama umi pulak tu ." aku mencebek .

Isteri 17 Tahun Where stories live. Discover now