BAMM # 7

112K 4.1K 130
                                    


Alhamdulilah, dua kali lafas sudah menukarkan status diriku. cik Nur Rai'a Amalina kepada Puan Nur Rai'a Amalina. Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku ketika itu . Hampir sahaja mengalirkan air mata .
Siang telah pun menutup tirai, jam menunjukkan 9 setengah malam. Ahli keluarga masih lagi rancak berbual manakala Aku sudah pun berada di dalam bilik bersama Nawal Iman . Cerita semalam masih lagi belum tamat. Bayangkan dari pukul 9 malam hingga 3 pagi,kami masih belum tumbang ! Banyak juga cerita yang menarik . Tambahan lagi apabila Nawal Iman menceritakan, seorang mamat Sweden yang salah masuk tandas perempuan.

Habis perempuan yang berada dalam tandas itu memukulnya. Cerita punya cerita, sehingga subuh kami bercerita. Nasib la tak nampak sebam pada wajah aku , lain la pada Nawal Iman . Katanya dia sudah terbiasa tidur lewat. Waktu Sweden sudah malam ketika itu.

"Nawal, kalau aku tanya kau. Jawab dengan jujur ye?"

Nawal Iman memandang aku penuh tanda tanya. "macam serius je, tanya lah. "

"Kau tak kesah, junior kau jadi kakak ipar kau? " soal aku sedikit ketar.

"Kenapa kau tanya?"

Aku menggangkat bahu tidak tahu. Aku sendiri pun tak tahu, entah mengapa mahu sahaja soalan itu ditanyakan. Manalah tahu, Nawal Iman hanya berlakon sukakan aku.

"Aku memang nak sangat. Aku tahu, kau dari dulu sukakan Rafi'e dan aku juga tahu peristiwa memalukan tu. That why, aku nak tolong kau dapatkan cinta abang aku. " luah Nawal Iman jujur. Aku hanya mendengar.

'Dia tahu?' Aku terkejut.

"Mesti kau tanya, macam mana aku tau kan? Aku nampak semuanya. Aku minta maaf tak bagi tahu yang Luqman Rafi'e the hottest student tu abang aku. " tangan aku digengam erat.

"Aku faham. "

Nawal Iman tersenyum. "Now, aku pula nak minta satu permintaan daripada kau, boleh? "

Aku mengganguk sahaja.

"Boleh aku tengok muka kau? I'm very sure that you have pretty face. Aku nak sangat tengok. Dari semalam lagi kau tak buka until now. " bahu aku dipegang dan digoncangnya. Nampak sangat terdesak.

Aku menepis kasar. "Hoi, pening la aku. " serkah aku. Dia ingat aku coca-cola ke apa.

Nawal Iman ketawa. Ya, aku kembali. Minah ni memang ! tak bagi aku marah memang tak sah .

"Maaf, belum tiba masanya lagi. " tolak aku lembut.

Nawal Iman mengeluh sedikit hampa dan tersenyum nipis semula. Mungkin dia sudah mulai faham. Maksud kata-kata aku.

"Tak apalah. Tengok mata kau pun, aku tahu kau gorgeous tak macam dulu tembam ! " pipi aku ditutupi furdah di cubitnya geram.

Aku menepis kasar. "Apa kau ni ! Aku dah 17 tahun, bukan 12 tahun. "

Nawal Iman ketawa mengejek. Aku pula berpeluk tubuh tanda merajuk . Aku tahu la aku gemuk dulu, tak payah lah perli, uhh.

"Sayang. " seseorang menerjah masuk lalu memeluk aku dari belakang .

Aku tersentak. Luqman Rafi'e rupanya? terkejut aku ! Aku menepis pelukkannya. Bukan tak sudi or tak suka, cuma kekok?

"Marah ke sayang , hmm? Sorry okey?" Dia duduk disebelah aku sambil menggengam tangan kananku lalu diciumnya tulus. Sudahnya dengan suara mengoda. Dia ikhlas buat macam tu atau cuma berlakon dihadapan Nawal Iman?

Aku kaku sebentar . Dia buat apa babe? Terbeliak biji mata aku , terkejut dengan tindakan Luqman Rafi'e yang secara rawak, bagi aku.

Nawal Iman yang menjadi penonton setia mula memukul abangnya dengan bantal yang terdapat disebelahnya. Luqman Rafi'e menepisnya.

Isteri 17 Tahun Onde as histórias ganham vida. Descobre agora