BAMM # 51

74.5K 2.7K 51
                                    

Alhamduliah , tamat sudah zaman persekolahan aku . sekarang cuma tunggu keputusan spm . dan sama ada  dapat atau tak universiti yang aku impikan selama ni .

Sekarang aku hanya goyang kaki je .. Tolong mama dekat rumah dia bila aku bosan . lesen motor dah ada pergi la . Itupun puas juga la kena beleter dengan mama . hehe. Sekarang pun rajin juga la aku balik rumah umi dan abah bila Rafi'e free .  Abang Aliff pun masih aku temu . malangnya .. Aku belum bersedia nak beri tahu pasal abang Aliff kepada Rafi'e. Biar la dia anggap aku cuma anak tunggal.

Asyraf ... ?

Alhamduliah , dia dah berubah sejak kenal dengan Umairah . Ceritanya bermula apabila Rafi'e mengadakan sedikit makan kecil . Kebetulan pula Umairah ter'langgar Asyraf sewaktu aku bergurau senda dengan dia . Sampaikan tak sedar Asyraf dibelakang . Jadi sejak tu cinta Asyraf iqbal berputik . haha . Sekarang , Umairah masih tetap tinggal di asrama . sambung tingkatan enam katanya sementara menunggu panggilan universiti .

Aku jumpa Umairah balik sejak ustazah masukkan aku kedalam pertandingan tadarus al-Quran . Jadi sejak tu kami rajin berhubung . Rafi'e pun tahu pasal Umairah . Mestilah , Asyraf Iqbalkan minat dia tapi sikit pun umairah tak pandang . kesiann.

Kak mira ?

Dia dah bersara . Itupun dah diketemukan jodoh dengan seorang lelaki , usahawan oo . Jadi atas kerja suami dia yang banyak cawangan terpaksa la akak mira letak jawatan .
Dengar-dengar sekarang Rafi'e dah ada PA baharu . seksi . Tapi aku percaya cinta dia , setia dia hanya untuk aku . Amin .

Nawal ?

Sekarang dah jadi cikgu . Daripada guru sekolah rendah ke sekolah menengah . Alhamdulilah perubahan ketara sekarang dia dah berhijab . Lebih cantik dia sekarang .

"Aduh . " sedang aku mengemas bilik tidurku . Satu kotak kecil jatuh betul di atas kepala ku .

Ya , sekarang aku dan Luqman Rafi'e dah ada kediaman sendiri . Atas desakkan Rafi'e sendiri memujuk mama . Dengan janji akan beri mama dan papa cucu .. Yalah tu . Yang nak  merasa sakit melahirkan itu  aku . Aku belum bersedia sepenuhnya . please. ...

"Kotak apa pula ni ?" aku mengambil kotak yang berada di atas lantai itu sambil kepala digosok lembut . sakit oo .

"Kotak ni.. Bukan .. Harith ." aku teringat semula peristiwa lama .

Aku memasuki kedalam perut kereta . Belum sempat aku mahu menaikan cermin tingkap kereta . Harith menghulurkan sepucuk surat dan sekotak hadiah kepada aku . Aku sedikit terkejut . Dihadapan ibubapa aku dia beranikan diri kepada aku . Harith.. Harith.

"Jangan lupakan saya juga ya ?" Katanya selepas aku menyahut pemberiannya itu . Aku hanya menganguk .

" Harith..harith " aku menggeleng kepala . Memang tak akan aku lupa . Awak kawan saya juga .

Surat yang diselit ditepi kotak itu aku ambil . Aku membeleknya kedepan kebelakang . " dah setahun . Aku masih tak buka hadiah yang dia bagi ? Teruknya aku . "

Aku menggeleng dengan sikap diriku . Hadiah pemberian Haritah aku simpankan kedalam laci pakaian yang hanya khas untuk aku . "kalau ada masa saya buka." kataku .

Tiba - tiba telefon bimbitku berdering . abang  tertera di skrin . Dengam cerianya aku meleset ke arah ganggang hijau.

"Assalammualaikum ."

"Waalaikummusalam . " aku membalas ceria .

"Amboi , cerianya orang tu ada apa-apa ke ?'' duga abang Aliff .

"Tak ada lah . Rai'a gembira aje abang aliff call . Jadi macam mana ? Dah bersedia nak jumpa umi dan abah ? Jangan beri alasan kali ni . Dah setahun tau Rai'a pujuk ." ujarku tidak berpuas hati .

Isteri 17 Tahun Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin