BAMM # 6

109K 4.1K 39
                                    


Luqman Rafi'e mendulang minuman tadi ke depan lalu diletakkan di atas meja. Nawal Iman mula menyakat Abangnya .

"Alolo, rajinya . Terpaut tak Lina?" Nawal Iman menuju soalan kepada aku dan membuatkan aku terpandang Luqman Rafi'e secara automatik.

Lidah kelu untuk bersuara . Lahai, Nawal tak boleh ke sehari kau tutup mulut ? Apa aku nak jawab?

"Nawal, boleh tak jangan malukan Rai'a. "

"Alah, Abang tak marah pun, adik usik isteri dia, kan bang? "

"aku juga. Terasa tau. " sengkah Luqman Rafi'e membuatkan Nawal Iman mencebik.

"Belum kahwin dah mengatal. Mentang-mentang la dah pernah jumpa." Sekali lagi Nawal Iman mengusik abangnya.

"Kamu pernah berjumpa Rai'a? " soal abah.

"Ye, pakcik. Petang tadi di Mega Market teman Nawal shopping. Tak sangka pula bakal isteri saya kenalan Nawal ni. Macam mana la kau boleh kenal dengan isteri abang. Membebel je. " sindir Luqman Rafi'e .

"Papa, tengok abang. "Adu Nawal Iman.

"Sudah. Bergaduh aje kerja."marah puan Hamzah. Didepan tetamu pun masih tak tahu malu. Budak-budak ni.

"Maaflah, Leha, Man. Anak-anak aku memang peragai macam ni. Gaduh je kerja. " mohon Encik Abdul Fattah.

"Tak apa. Aku faham."balas abah. Umi hanya menganguk dan tersenyum.

"Rafi'e duduk sebelah Rai'a. " pinta Puan Hamzah.

Luqman Rafi'e hanya patuh . Aku menjarakkan sedikit ruang antara kami. Rafi'e hanya tersenyum melihat aku dan membuatkan aku lebih malu dan menunduk kepala lagi.

"papa, mama,umi dan abah nak kata sepakat dari kamu berdua. Betul ke kamu berdua setuju untuk dijodohkan?"

Luqman Rafi'e mengganguk tanpa banyak soal. Betul ke ni? Dia setuju? macam tu aje? tak ada drama, atau bantahan? Ya Allah, bahagianya.

Kini baru aku sedar semua sedang memerhatikan aku begitu juga Luqman Rafi'e . Menanti jawapan daripada aku. Takkan la aku nak cakap terus setuju? Nanti dikatakan gelojoh pula. Ishh, buat malu aje. Hilang ke ayuan aku .

"Macam mana Rai'a? " soal Umi.

"Lina, setuju lah. Aku nak sangat kau jadi Kak ipar aku. Lebih lagi yang satu kepala dengan aku. Please my dear. " rayu Nawal Iman.

'Umi pun, aku kan memang nak. Siapa taknak orang yang kita cinta dari zaman cinta monyet lagi.'

Aku pun menganguk setuju perlahan. Cover malu la konon. Sedangkan dalam hati, Tuhan sahaja yang tahu. Bertapa gembiranya aku saat ini.

Nawal lagi lah gembira. Melompat habis. Nampaknya dia yang lebih gembira. Macam dia pula yang nak kahwin. Ibubapa yang lain hanya tersenyum melihat gelagat adik iparku . Nawal menarik aku lalu memelukku erat. "Finally. " luahnya.

"Welcome my sister-in-law. Jom ke bilik aku. Kau tidur sinikan, malam ni ?" Aku hanya sekadar mengganguk .

"Jom ,terlalu banyak gosip aku nak cerita time dekat Sweden. " terus tangan aku ditarik oleh Nawal Iman mengikuti langkahnya.

"Eh, lupa. Abang. Aku pinjam wife-to-be kau ye?"

"Suka hati kau la. " Luqman Rafi'e malas mahu melayan. Kesah apa, esok dia bernikah , setiap hari boleh bersembang. Lebih baik layan telefon daripada kau dik.

- isteri 17 tahun -

Isteri 17 Tahun Where stories live. Discover now