BAMM # 48

69.8K 2.8K 27
                                    


Aku keluar daripada tandas . Aku berpakaian seperti biasa , tapi kali ini aku berbaju kurung pula . Rasanya aku tak pernah ada warna biru laut ala - ala Datin ni . Memang sah lagi halal Rafi'e belikan yang baharu . Furdah berwarna coklat dipadankan dengan tudung labuhku yang juga berwarna biru cair .

Ketika ingin keluar daripada laluan tandas itu aku berselisih dengan seseorang yang tak pernah berubah wajahnya . Asyraf Iqbal .

Aku nak ke kiri dia ke kiri , aku nak ke kanan , dia pun ke kanan . Habis bila aku nak keluarnya .

"Maaf-maaf . " mohonnya .

Herr . sejak dari dulu lagi aku memang tak suka pandang muka dia . Kalau boleh nak je aku langgar dia lori tahi . ishh .

"Astafirullahalazim . " 'tak baik Rai'a kata macam tu . ' aku menarik nafas supaya bertenang .

"Awak ni pekerja baru ke di sini ? Tak pernah nampak pula ." dia mula dah dengan pertanyaan yang lebih kepada mengayat 
Peragai playboy kau tu memang tak pernah berubahkan Asyraf .

"Aik , bisu ke ?"

Dia menahan laluanku dengan tangannya . Dengan ikut aku memandang tepat pada matanya . Kau jangan main - main dengan aku Asyraf Iqbal .

"Assalammualaikum . Encik Asyraf kan ? Kita ni sebagai umat islam bila hendak bertegur sapa sesama islam mulakan dengan memberi salam . Bukankah lebih elok ? "

Asyraf menggangkat tangannya yang menghalang laluanku lalu dibawa ke belakang lehernya . Kenapa ? Senak ?

"Lagi satu , saya ni perempuan dan Encik Asyraf lelaki . Tak manis di lihat orang kalau encik Asyraf berbuat sebegini di tempat begini . "

"Maafkan saya . Saya terbawa-bawa pula ." asyraf menggaru kepalanya tidak gatal .

Aku mengganguk faham . Aku meneruskan perjalananku . Baru beberapa tapak aku dipanggil oleh Asyraf . Aku berpaling menghadapnya .

"Siapa nama cik ? Bila kita boleh berjumpa lagi ?"

"Salam saya tadi mesti jawab dulu ." arahku .

"Ahh , waalaikummusalam ." laju Asyraf menjawab .

Aku senyum di sebalik furdah ." Ingat saja 'insan Allah ' . Bila kita boleh berjumpa lagi ? Jika ada jodah insyaAllah . "

"Baiklah . "

"Encik Asyraf ? " aku menyeru namanya .

"Saya ?"

"Bawakan bertaubat . Peragai playboy awak tak ada noktahnya . Kalau awak nak orang yang betul hanya mahukan awak dan Allah . Berubah . Jangan pandang perempuan diluar sana semuanya sama . Faham ?"

"Fikir kan lah . Assalammualaikum ." sambungku lagi .

"Waalaikummusalam . "

-------------

"Assalammualaikum ." aku mengetuk pintu sebelum masuk .
"Waalaikummusalam . Dah ? Sini depan biy nak tengok ." panggilnya .

Aku melangkah kehadapan sehingga ke tempat duduknya . Beg plastik pakaian itu Rafi'e gapai lalu diletakkan di atas meja kerjanya .

"Cantik . pusing sikit ."

Aku pusing . Alah , dah macam cinderella dapat baju daripada pari - pari pula . Hehe .

"So , how ? Pandai tak biy pilih ."

"Not bad . " kataku bersahaja .

"Not bad je ? Tak ada hadiah apa-apa untuk biy sebagai pertukaran ?"

Aku mencuit hidungnya ."buruk siku ye .. "

"Mana ada buruk siku . Siku biy elok lagi . tak caya tengok ." Rafi'e menyinting lengan bajunya hingga ke paras siku .

"Tengok . cantik lagi . "

"Loya buruk ." marah aku manja lalu menampar sikunya  . Sejak bila pandai manja ni Rai'a oii .

"Alala . Nak gurau je . Sayang minta tolong boleh ?" pintanya .

"Apa ?"

"Urut kaki biy . lenguh la naik tangga tadi . Sayang tak apa la lidi biy peti ais . Jatuh tau maruah biy , boss naik tangga ." adunya merenget ala budal kecil . Gegeh namanya tuhh .

" saya tak paksa pun awak ikut tadi . Sebelum naikkan saya dah cakap kalau tak nak awak boleh tinggalkan saya . Nanti jumpa juga kita . " kataku . Bukan menggukit tau .

"Mana boleh , man tau sayang kena ngorat .. Sayang dah la cantik tak pakai furdah pula masa tu . Biy jeles nanti macam mana ?"

"Mengada . Mana sakitnya ?" kataku lalu menunduk badanku sedikit sambil membelek kakinya .

"Dua - dua ."

Aku mengurut . "sakit lagi ?"

Dia mengganguk . Sakit sangat ke sampai tak ada suara . Tadi dah rehat 30 minit sampai 5 botol air mineral dia sapu .. Ishh , buat malu je dengan isteri sendiri .

"Tangan.." tangan kanannya di angkat ke atas meminta aku memicitnya .

"Awak naik tangga guna kaki ke tangan , sampai melarat ni ."

"Bawa beg sekolah sayang la . Sayang bawa batu kot ." amboi . kalau boleh  perli . Dah nama pun budak sekolah memang la .

"Ungkit nampak . Awak yang tak bagi saya galas . Marah-marah pula ." aku mencebek tidak berpuas hati .

"Tak marah . Siapa la biy nak marahkan isteri se comel Rai'a ni ?" katanya mengoda . Aduhai , boleh lembek aku macam ni

" kalau macam ni , bila awak nak mula kerja . Saya nak siapkan homework lagi. "

"Mengeluh ke sayang ?" dia membuka matanya memandangku. 

"Tak . saya bagitahu . Peringatan . awak tak jumpa dengan Klien awak ke ?" soal aku lagi .

"Jumpa . tapi dia orang yang jumpa kita. "

Aku berhenti memicit ."kita ? Apa maksud awak kita ?"

"Kan biy dah cakap , Mira berehat . Jadi sayang yang akan gantikan tempat dia . " jelasnya .

"Tak nak la awak . saya tak tahu apa - apa hal PA ni . " aku menolak lembut . Apakah ini . Penat la .

"Ini arahan seorang suami iaitu  suami sayang sendiri tau . Umi pesan apa ?"

" Hm . Dengar cakap suami jangan mengeluh , merungut syurga di bawah tapak kaki suami . " dia ni ada ja kan m

"Apa 'hm' ?" dia menjongket kening kepada ku .

"Yeahh , bestnya jadi PA awak ."

"Macam tulah . Dah sambung . " Dia menyambar tangan aku lalu diletakkan di atas bahunya pula .
' Ada - ada ja suami aku sorang ni . Nak dia je menang . Rafi'e - Rafi'e. '

- isteri 17 tahun -

Done !  BAMM 48 . PROMOTE² ...

TAJ : cinta yang tertangguh
By : AdilaAzni
Untuk semua yang nakkan lagi cerita.  Boleh ringan tangan untuk baca cerita ni .

P/s : siapa² yang nak promote cerita , habaq maii jahh .

Isteri 17 Tahun Where stories live. Discover now