BAMM # 52

68.5K 2.7K 252
                                    


Aku menunggu kedatangan manusia yang dijanjikan untuk bertemu . Rafi'e dah pun ke pejabat . Mulanya dia nak temankan aku , tapi aku menolak . Agaknya risau la tu . Tak ada apalah . Aku boleh jaga diri . Semuanya akan selamat . Amin .

" mana abang Aliff ni ? Lambatnya .. Macam ni ke nak jadi suami orang ? Kalau kak Rita tau , abang jenis tak tepati masa habis la.." aku merungut dari tadi . Ada ajalah mulutnya tekumut - kemek nak beleter .

Haishh , sejak bila aku pandai beleter ni . Rai'a .. Rai'a ..

Didalam kereta Rafi'e masih merenung dengan cermin mata hit dipakainya . Dia bertekad untuk tahu . siapa kawan yang selalu dijumpainya ?

"Kalau dia taknak beritahu , biar aku tahu sendiri ." kata Rafi'e tegas .

"Siapa pula laki tu ?"

Soal Rafi'e sendiri apabila tiba - tiba seorang lelaki menutupi kedua belah mata isterinya . Lebih terkejut apabila Rai'a tidal melawan malah lebih suka . itu yang membuatkan gunung berapi memanaskan lava hati Rafi'e .

"Ouh , jadi ini la ' kawan ' ? "

--------

Aku terkejut tiba - tiba mata aku ditutup oleh seseorang. Tangan itu aku sentuh cuba untuk meleraikan .

"Cuba teka siapa saya ?" suara yang aku kenal , mestilah abang Aliff eleh , buat suara kartun pula . Adik kau tetap kenal la .

Aku tersenyum . Lebar senyuman aku . "abang Aliff .."

"Pandai pun ." tangannya dilepaskan . Ha , ni yang nak marah ni .

"Ada doraemon rupanya ? Asal lambat ?" soal aku dengan kononya tegas la . Acehwah .

" Sesak tadi . Maaf la ."

"Nasib baik , adik awak ni lembut hati orangnya . Dah , jom ! Nak beli apa dulu ?" aku pula yang excited daripada abang Aliff yang belagak selamba . Ceh , lelaki biasa la tu .

"Of course la , tempat pakaian bayi . "
Aku menayang gigi ku . "okey jom !" Semangat aku menarik tangan abang Aliff . Nampak macam over sangat . Tapi kesah apa kann ? Abang dan adik , adik beradik . Orang tak boleh nak kata apa .

----------

"Abang-abang , Rai'a nak ni ? Boleh ?"
"Nak buat apa tali leher tu ? Rai'a bukannya lelaki nak pakai pun ." tolak abang Aliff . Ishh , nak bagi pada suami tercinta la . Agak-agak la aku nak pakai .

"Ish , Untuk suami Rai'a la . " marah aku .

"Laa , kenapa tak cakap ? Meh abang tolong jadi model . " ajak abang sambil mendakap bahuku lalu menolak aku mamasuki ke dalam sebuah kedai .

Kata abang Aliff dia selalu beli tali leher di kedai yang ini . Memang bagus pilihan dia . Tak salah jadi abang aku haha . Tali lehernya semua cantik dan lembut buatannya . Agak - agak mahal tak ?

"Abang Aliff , mahal la ." bisik aku keadanya setelah melihat tanda harga pada tali leher yang aku pegang tadi.

"Tak apa , abang belanja . Anggap aje upah teman abang beli barang utuk baby ."

"Anda pasti ? "

Abang Aliff mengganguk . Pasti .

"Tak menyesal ?"

Dia menggeleng . Tidak .

"Saya pilih yang ni." terus aku ambil pada gantungan yang sudah menarik perhatianku . Warna tu sesuai dengan kulit dia yang cerah . hehe . Mesti Rafi'e suka dengan hadiah aku .

"Abang ..." aku terus memeluk tubuh abang Aliff . Abang Aliff terkejut kecil lalu membalas pelukkan ku .

"Terima kasih . "

Isteri 17 Tahun Where stories live. Discover now