BAMM # 39

72.9K 2.8K 7
                                    


"Hati-hati . Kalau dah sampai rumah bagi tahu Rai'a . Call tau umi .. Abah pun ." kataku sambil tangan umi dan abah aku genggamnya .

Umi dan Abah tersenyum  .

"Ye , umi telefon . "

"Jangan risau . abah jejak aje tanah di kawasan rumah kita abah call Rai'a , ye ? "

Aku mencebek . Abah ni itu dah tahap memerli . Huh , nak merajuk seminit .

"Kalau ada masa datang la rumah aku , Man . " kata papa .

"Betul tu , rumah ni terbuka untuk besan aku ni ." mama juga berkata sambil meraut tangan umi .

"Kita orang bukannya tak nak duduk sini lama-lama , Midah . Yalah kau tau kan kampung , banyak kerjanya ." ujar umi .

"Aku faham Leha . " balas mama .

"Man , kalau ada masa kita pergi main golf ." ajak papa .

"Kau ni fattah , mana la aku tau permainan orang besar-besar macam kau ni . Buat malu kau aje nanti ."

"Wah , uncle main golf  . Lina , nanti papa ada geng la ." usik Nawal sambil menolak bahuku lembut .

Aku hanya tersengeh .

"Tak payah la Fattah . Nak dipukulnya bola , angin aje dia dapat . Bola ke mana , kayu golf ke mana ." kata-kata umi membuatkan kami sekeluarga ketawa .

"Awak ni . Jangan , mana la tahu  fattah ajar saya ? Terkejut awak nanti . Jauh pukulan saya ." abah membila diri .

"Yalah ,  bang . " kata umi dengan nada yang tidak mempercayai kata - kata suaminya itu .

"Jangan risau Man . Perlahan-perlahan kita belajar ." tambah papa membantu abah .

"Ha , dengar tu ." abah bersuara gembira .

"Sudah la . Betul ke ni nak balik naik teksi ? Biarlah pemandu kami yang hantarkan ."

"Tak apalah , Midah . Susahkan korang berdua pula . " umi menolak lembut untuk  entah keberapa kalinya .

"Betul ni ?"

Umi mengganguk begitu juga Abah mengikuti .

"Rafi'e ?" abah menyerunya .

Suami aku ni , senyap aje dari tadi kenapa ? Macam tak puas hati kenapa ? Dari tadi usha aku tak lepas , naik takut aku .

"Ye , abah ?" Rafi'e kehadapan . Berdiri disebelah aku .

"Jaga anak perempuan tunggal Abah ni baik-baik . Jadi suami yang sabar dan bertanggungjwab . Abah percayakan Rafi'e . "

"Terima kasih , abah . Rafi'e janji akan jaga Rai'a sampai hujung nyawa Rafi'e ." balasnya sambil meraut pinggangku .

Aku sedikit kekok .

" Rai'a , patuh cakap suami kamu . Jangan menderhaka faham ? Kena ingat syurga isteri dibawah tapak kaki suami . Rai'a mengeluh sikit pun arahan Rafi'e dah dianggap berdosa . Faham sayang ? Jangan susahkan Rafi'e bila Umi tak ada ye ? Jangan pula malam-malam merenget - "

Aku menekup mulut umi pantas . Malu la Rai'a , umi ni .

"Ye , Rai'a tahu . Jangan la umi , malu la Rai'a depan Rafi'e . Abah , tengok umi ni ." aku adu manja .

" Lepas ni tak boleh dah nak manja , bergeset dengan abah nanak itu ini . Dah ada suami , minta dekat Rafi'e ." abah menambah .

"Ye ye . Dah la Abah , umi . Malu la Rai'a macam ni  . Tengok  Nawal dah tahan gelak dah ."

Kataku geram . Minah ni seronok pula gelakkan aku . Biarlah , aku anak bongsu . Mestilah manja  . Macam la dia pun tak pernah manja . Kau pun anak bongsu okey !

"Yalah . umi dan Abah pergi dulu ." umi meminta diri .

Aku menyalami kedua tangan orang tuaku . Diikuti oleh Luqman Rafi'e dan Nawal Iman .

" Hati-hati ye ." ucap mama lalu memeluk tubuh rakan baik plus besannya itu .

" terima kasih benarkan kami tumpang untuk beberapa minggu . Aku seronok sangat Midah ."

"Jangan la kata macam tu leha . kau dan Man sentiasa dia alu-alukan . Tak ada istilah 'menumpang' dekat rumah aku ni , datang aje kalau nak ." kata papa .

"Yalah , aku balik dulu . Assalammuaaikum ."

"Waalaikummusalam ." jawab kami berlima hampir serentak. Aku hanya menjawab di dalam hati .

Berat rasanya hendak berjauhan dengan umi dan abah . Masa di asrama dahulu tak adalah rasa sebegini . Mungkin kerana status aku sudah bertukar agaknya .

Aku hanya mampu tersenyum lemah . Rafi'e seperti tahu akan diriku terus memeluk bahuku .

Nawal pula memegang tanganku setelah teksi yang dinaiki oleh kedua orang tuaku sudah mula hilang dari pandangan mata .

"Nanti kita balik rumah kau . Lama tak lepak sana."

"Betul ?"

Nawal iman mengganguk betul . Terus terbit senyuman gembira pada bibirku . Aku pandang Rafi'e ingin mengetahui jawapannya pula .

Dia juga turut tersenyum . Yeahh ! Dapat jugaa .

"Mari kita masuk . Panas kat luar ni ." ajak mama .

Kami semua patuh akan ajakkan mama . Nanti Rai'a balik ye , umi dan abah .  

- isteri 17 tahun -

Isteri 17 Tahun Where stories live. Discover now