BAMM # 15

102K 3.7K 102
                                    


"Assalammualaikum . "

Hampir terpelanting sayur pada tanganku . terkejut mak oi .Malaun mana pula yang menggangu aku tengah memotong ni . Ada la tuu minta kaki .

Rupanya umpunya yang minta kaki of course suami tercinta . takkan nawal pula , kan ?

Dia berdiri disebelahku . Aku buat seperti biasa .

"Tak jawab salam berdosa ." tegurnya .

"Saya jawab dalam hati."

Luqman Rafi'e tersenyum manis .

"Masak apa ni ? Nak biy tolong ?"

Aku menggeleng .

"Kenapa ni ?" soalanya sambil menyentuh daguku meminta memandangnya .

Aku akur sahaja .

"Biy minta maaf . Lupakan hal tadi okey ? Please , jangan la merajuk , rindu ni ." mencungnya memujuk manja.

Aku tersenyum lalu menampar tangannya lembut . "saya okey la."

"Kalau betul sayang okey .. Bagi tandanya ."

'Aishh . macam - macam la dia ni ' omel aku geram .

Aku mengangkat pisau yang berada dalam gengaman ke atas . Tanda aku okey plus nampak geram and marah .

Luqman Rafi'e tersengeh menampakkan barisan gigi putihnya itu . Alahai , comel .

"Garangnya ."

"Saya nak buat kerja la . Nanti awak pun nak makan kejap lagi . ke awak nak kebulur , hm ? " soal aku sambil memotong sayur .

"Kebulur pun tak apa . Tengok sayang pun biy dah kenyang. So, kalau nak bagi biy lagi kenyang . Apa kata sayang kerjakan biy . " senyum Luqman Rafi'e . Gatal .

Aku pandangnya . Senyuman tu . Teringatkan aku pada .. Abang Alif .

Kat mana agaknya abang sekarang ? Rai'a betul-betul rindu abang . Abang tak ingat pada Rai'a ke ? Call semua tak . mesej ? Jangan harap lah .

Sedang aku mengelamun . Tiba-tiba . . .

Ouchh !

Pedih pada jari telunjukku . Tambah pula darah pekat mula keluar menarik perhatian Luqman Rafi'e . Terus tangan aku disambarnya . "Sayang..mengelamun lagi."

Sedang dia mahu menghisap , membuang darah itu , aku menariknya semula.

"Awak nak buat apa ni ?"

"Nak masak jari goreng , sayang."

"Ish , tak apa biar saya buat sendiri . Sikit je ni . " tolak aku . Bukannya taknak macam hero dalam drama tv3 tu . cuma aku taknak la dia hisap darah aku . entah tak pasal bertukar jadi drakula pula .

Okey , aku dah jauh sangat 'positifnya' .

"Budak ni . . degil ." jari aku ditarik dan dihisapnya .

Aku terpaku . Ayat tu 'budak ni' . Aku ingat lagi waktu Nawal Iman mengajak aku menonton wayang bersama-sama yang lain , waktu menyambut hari lahir Nawal Iman . dan .. Ya suami aku juga ada disitu . Rakan Nawal Iman yang lain juga turut memenuhi .

"Hei , budak gemuk . Tolong pegang kejap air kita orang . thanks." dengan penuh gedik Dayana Amani menyuruhku. Dia ingat aku maid dia kot .

Nasib kau senior aku kalau pangkat bawah daripada aku
, air milo ni aku mandikan atas kepala kau .

Aku menganguk dan tersenyum sahaja . Air milo itu diberikan kepada aku . Tak cukup tangan aku dibuatnya . Bukan setakan satu,dua . Enam pula tu . Campur air aku ? Tak ke tujuh jadinya . Sabar Rai'a Amalina . kau kena ikhlas tolong ni . Cool girl cool .

Aku menunggu kelibat Nawal Iman yang sedang membeli tiket wayang kami . Kalau la Nawal Iman dapat tahu aku kena buli dengan geng si Dayana Amani ni . Memang masak aku kena beleter .

Lima minit kemudian , mata aku menangkap kelibat kedatangan Luqman Rafi'e bersama-sama Dayana Amani yang seperti biasa 'mengedik' . Main berkepit pula dengan cinta hati aku .

Asyraf Iqbal pula ? Hm . tau la playboy selamba badak pula berkepit dengan dua orang . Geng si gedik tu juga . Perempuan yang sorang lagi jadi ekor kereta api , ikut je 'bontot' si Dayana Amani tu . Mata aku dah naik panas tengok Dayana Amani tu berkepit je . Luqman Rafi'e pun satu layan .

"Mana air i ?" soal Luqman Rafi'e .

" Budak gemuk tu bawakan . Nak i ambilkan ?"

"Sokey dear . Wait ."

Panggilan yang famous bagi aku . Dipanggil oleh Luqman Rafi'e . Aku tersenyum suka .

'Arrrrhh . my crush . '

Aku berlagak biasa . Melangkah pergi ke arahnya . Dalam aku berjalan sudah hampir dengan Luqman Rafi'e . Kaki aku disandung oleh seseorang . Tak lain tak bukan Dayana Amani . Ini membuatkan aku terselungkur kehadapan dan . . .

Flashh !!

Kesemua air milo pada pegangan aku terkena tepat pada baju putih milik Luqman Rafi'e . Aku mula cuak dan menelan air liur . Aku pandng Dayana Amani . Dia senyum mengejek ?

"Bro . Baju baru ke ?" keperlian Asyaraf Iqbal membuatkan renungan tajam daripada Luqman Rafi'e menusuk dalam pada mata aku . Mukanya mula menunjukkan kemerahan .

Pendidihan mula berlaku .Aku serius dalam masalah .

"Kau memang nak mampus ke , haa gemuk ? Budak ni ." Luqman mengetap gigih menahan marah .

"Kau tau tak baju ni aku beli mahal . Limited faham ! "

"Saya tak sengaja . Tadi kak yana se-" kepala aku ditolak kasar .

"Kau jangan nak libatkan aku okey . kau yang salah nak tuduh aku pula." Dayana Amani perpeluk tubuh .

"Aku tak buat la . kau yang-"

"Diam la gemuk !" marah Luqman Rafi'e .

"Aku taknak tahu siapa pesalahnya . Yang aku nak sekarang , kau ganti baju sama macam ni . Aku tak peduli dekat mana kau nak cari . 3 hari dari sekarang . Faham !"

Aku yang tertunduk menganguk patuh . Sikit demi sedikit air mata menitis . Kenapa dengan aku kau tak pernah lembut ?

"Asyraf . Teman aku beli baju baru . Girls stay here . Tunggu Nawal okey ?"

Asyraf mengikut sahaja tanpa banyak bicara . "ingat tau gemuk . Ganti baju Rafi'e" bisik asyraf kepada aku sebelum pergi .

"Budak mentah ." senyum Dayana Amani sinis . Rakannya yang lain juga begitu .

Luqman Rafi'e tersenyum puas . Dari tadi isterinya merelakan sahaja dia mengubat luka pada jari telunjuk isterinya itu .

"Done !"

Aku tersedar . Terus memandangnya . Balutan pada jariku ditilik seimbas .

"Terima kasih."

"Sama-sama , sayang . Dah sini . Bab memotong biar biy yang buat . Sayang masak je k ?"

"Tak menyusahkan awak ke?" soal aku tidak pasti dengan arahanya itu tadi .

"Tak pun malah lebih untung . Sebab biy dapat double pahala ." ujarnya .

"Double ?"

Luqman Rafi'e menganguk .

"Satu pahala tolong isteri biy memasak . Dua pahala pandang isteri biy yang cantik hari ni ."

'Sweet stalker.'

"Gatal . "

"Dengan isteri sendiri tak salahkan?" kenyitan mata kepada aku membuatkan aku blush .

Huhu . Nasib baik terselindung pipi ni . Tidak lagi dia nak mengusik aku .

- isteri 17 tahun -

Isteri 17 Tahun Where stories live. Discover now