BAMM # 32

83.1K 3.2K 80
                                    


Aku memasuki bilik , pintu dihempas oleh ku . Tak la kuat sangat , cuma nak bajet macam marah aje .

Pelan kedua , bukti .

"Kat mana aku perlu mula . Nawal harap kau jalankan kerja kau ." kataku sendiri sebelum memulakan operasi mencari di sekitar bilik .

---------

Nawal menunggu di luar pintu biliknya yang berhadapan dengan bilik Rafie , iaitu bilik yang baru dimasuki oleh aku . Sebelum masuk ke dalam bilik aku sudah pun menggangkat ibu jari menandakan lampu hijau kepada Nawal .

Sekarang tiba waktunya untuk Nawal melengahkan masa Rafi'e untuk aku mencari bukti di dalam bilik .

Nawal menyandarkan diri pada pintu biliknya yang sengaja dibuka luas . Menunggu kedatangan mangsanya tiba .

"Wei , long . Minta tolong kejap ." kalut Nawal memulakan wataknya .
"Nanti la , isteri aku merajuk tu ." baru Rafi'e mahu melangkah Nawal menahan lagi .

"Hah ? Merajuk , kau buat apa dengan dia ? Mesti kau salah cakap kan ? " teka Nawal . hm , tekaan lah sangat . Haha .

"Yalah , apa lagi . Long gurau je tadi . Tak tahu pula sampai macam ni sekali . " ujar Rafi'e dengan nada yang rasa bersalah .

"Ishh-ishh ." Nawal menggeleng , mengejek .

"Apa ishh-ishh , kau kahwin nanti , dah berumah tangga tau la apa yang aku rasa . Kau tu dik , degil ." haa , mula la tu nak cari pasal . Tak apa ni menambahkan lagi masa untuk aku mencari .

"Laaah , asal adik pula yang degil ." Nawal Iman berpeluk tubuh tidak berpuas hati .

"Suruh kahwin dengan asyraf tak nak , dia single apa . Bekerjaya pula tu ." puji Luqman Rafi'e yang membuatkan Nawal seperti mahu muntah .

'Tak habis-habis promote si playboy tu .'

"Long , kalau si playboy yang tak ada girlfriend tetap tu kau ejaskan untuk aku..buat apa , apa nak ke kawan baik long tu menduakan adik , kau yang lagi cantik ni." Elok la dua beradik . Jenis yang isi bakul angkat sendiri .

"Berani dia duakan , sapatutnya tigakan ."

"Long ! " Nawal hentak kaki kanannya kerana geram sambil berpeluk tubuh .

Luqman Rafi'e hanya ketawa geli . Eleh , usik sikit dah long . "Dah , kau nak minta tolong apa ? Esok aje lah . Aku nak pujuk bini aku kat dalam ."

"Ala , long hari ni la . "

Rafi'e menggangkat tangannya ke arah wajah Adiknya , Nawal Iman . "nampak tapak tangan ni ?"

Nawal mengganguk . Nampak . of course la nampak betul - betul depan matanya . "so?"

"So talk to my hand ." kata Rafi'e selamba .

"Tak guna la ada abang macam long ni . Fine report papa ." terus Nawal menutup pintu biliknya kuat .

Rafi'e menggeleng sambil tersengeh melihat gelagat adiknya itu . 'report , report itu ajelah tagline dia . Tapi tak report- report juga .'

"Nasib aku la dapat adik manja macam kau . "

Luqman Rafi'e berjalan ke hadapan pintu bilik lalu diketuknya . Orang di dalam tidak menyahut lalu Rafi'e membuat keputusan untuk membukannya .

Pintu dibuka perlahan-lahan ...

"Sayang ... Biy minta maaf ."

Matanya melilau sekeliling ."sayangg ! "

Aku yang terkejut dengan panggilan kuatnya hampir terjatuh daripada atas kerusi . Kuat tangan aku menahan badanku .   Nasib ada almari tidak , dah patah agaknya badan aku ni .

Isteri 17 Tahun Where stories live. Discover now