BAMM # 5

113K 4.1K 113
                                    


Dari dalam kereta lagi aku asyik beristifar sahaja dan berdoa agar tidak terjadi apa-apa . Takut benar aku apabila mahu bersua muka untuk kedua kalinya , aku repeat, kedua kalinya dalam masa sehari ni.

Aku memakai pakaian jubah yang dipilih oleh umi petang tadi iaitu berwarna unggu cair bercorak bunga-bunga kecil bersama tudung blue black kosong . Furdah berwarna hitam aku padankan sekali pada diri.

Kini , aku sudah pun berada dihadapan pintu agam milik Encik Abdul Fattah a.k.a bakal papa mentua. Besar benar ruang luar rumahnya . Terdapat juga taman kecil dan juga kolam ikan di ruang tepi rumah . Lampu malap disetiap benteng rumah mencantikkan lagi kawasan tersebut .

"Dah sedia sayang? " tangan aku dipegang oleh umi, menenangkan aku . Aku hanya mengganguk sahaja .

Kata umi pakaian kami sekeluarga telah pun dibawa kesini . Nampaknya tidak perlu la untuk aku membawa , hanya diri sahaja.

"Assalammualaikum. " ucap abah dihadapan pintu.

Tidak lama kemudian pintu dikuak dari dalam . Terselah wajah ibubapa mertuaku disana dengan terbitan senyuman manis .

"Waalaikummusalam." Jawab suami isteri tersebut.

"Man. Lama tak jumpa." Encik Abdul Fattah memeluk abah.

manakala umi pula melagakan pipinya bersama Puan Hamzah kemudian dipeluknya pula . Aku hanya melihat ragakan orang tua dihadapan ku . Tersenyum melihat mereka .

"Rai'a? "

Aku mengganguk apabila nama aku disebut oleh Puan Hamzah. Terus aku menyalami tangan tuanya itu kemudian beralih pula pada Encik Abdul Fattah.

"Cantik, Rai'a. Sejuk mata memandang. Marilah masuk. " jemput Puan Hamzah.

Aku dan sekeluarga hanya mengikuti . Sebaik sahaja melangkah , terpana aku seketika dengan ruang rumah ibu bapa mertuaku . Cantik sekali perabot dan juga warna tema yang dipilih . Memang amat bersesuaian sekali .

Kami ditempatkan diruang tamu . Hanya bualan kosong yang kami bualkan . Kelibat  Rafi'e dan Nawal Iman , masih juga tidak kelihatan. Tenang aku sedikit.

"Mak Som buatkan air untuk bakal besan saya ni. " arah Puan Hamzah.

"Baik puan."

"Rai'a , mama dengar Rai'a pandai memasak. Boleh la nanti mama rasa masakan Rai'a. " puji Puan Hamzah.

Aku menunduk malu. "Tak adalah, auntie. Biasa saja. Masakan umi lagi sedap. "

"Jangan la panggil auntie, panggil mama . " tegur Encik Abdul Fattah. Puan Hamzah mengiyakan kata suaminya, begitu juga ibubapaku.

"Baiklah . Mama. "

"Mama, papa Rai'a nak ke tandas, di mana ye? " pinta aku sopan . Sudah tak tahan, asyik menahan sebenarnya.

"Patut la anak abah senyap aje." Usik abah.

"Abang, malu anak kita tu. "

Abah hanya ketawa.

"Rai'a, terus aje dari sini. Di dapur ada satu. " tunjuk Puan Hamzah.

Terus aku bangun secepat mungkin . Tak tahan dah ni. Jangan la Luqman Rafi'e turun . Itu mencemaskan aku .

Aku melempar senyuman, walaupun tidak dapat dilihat oleh Mak Som. "Tandas di sini ke?"

"Yaya. Di situ . "

"Terima kasih. "

Mak Som membalas dengan senyuman. Tanpa membuang masa aku melepaskan apa yang terpendam. Hehe . Okey ! Pengotor.

--------

"Mama, papa. Abang bakal mentua abang dah sampai. " sengaja Nawal Iman menjerit dan menekan bakal mentua.

Luqman Rafi'e menarik telinga adiknya lalu berlari ke arah bakal mentua ibu bapanya untuk bersalam.
Nawal juga begitu mengikuti langkah abangnya.

Luqman Rafi'e mengambil tempat di sofa bujang. Manakala Nawal Iman disebelah mamanya. Mata Nawal Iman melilau mencari seseorang .

"Kamu cari apa Nawal? " tegur papanya.

"Kakak ipar Nawal la pa. Mana tak nampak pun. "

"Dia ke tandas kejap . " terang Puan Zaleha.

Nawal Iman hanya meng'okan mulutnya sahaja. Mengerti . Manakala Luqman Rafi'e sedikit pun tak ambil tahu dan berlagak seperti tiada apa yang berlaku.

"Adik, pergi ambil air dekat dapur. " arah mamanya pula.

Nawal Iman mencebik. "Alaa, mama nak berbual juga dengan bakal menantu abang. " rengetnya manja.

"Abang. "

"Apa? " ancuh tak ancuh Luqman Rafi'e menjawab.

"Mama suruh kau, ambil air dekat dapur . " disuruhnya pula Luqman Rafi'e mengambilnya.

"Mama suruh kau lah. Pemalas betul." rungus Luqman Rafi'e geram. Nak manja ja kerja.

"Nawal. " Tegur Encik Abdul Fattah atas kelakuan anak perempuanya itu.

"Tak apa la papa, biar Rafi'e yang ambilkan. " akhirnya Luqman Rafi'e mengalah. Nawal Iman senyum mengejek. Luqman Rafi'e hanya menjeling malu pula dihadapan bakal mentuanya.

"Maksom." Panggil Luqman Rafi'e ramah.

Maksom yang sedang menyusun gelas kedalam dulang memandang Luqman Rafi'e. "Rafi'e cari apa, Maksom dah buatkan air. "

"Mama minta Rafi'e bawakan air ni."Jujurnya.

"Tak apa, biar Maksom bawakan. " halang Maksom. Tapi, Luqman Rafi'e tetap berkeras mahu membawanya.

Tiba-tiba Rai'a Amalina keluar daripada tandas. Terhenti perbuatan Maksom dan Luqman Rafi'e. Rai'a terkejut dengan kedatangan Luqman Rafi'e di dapur.

Bermula lah , sesi mata bertentang mata. Luqman Rafi'e terpaku dengan kecantikan mata coklat hazel milik gadis dihadapannya .

"Haishh, Rafi'e. Belum sah tahu. Jaga pandangan tu. " Maksom menegur dan mematikan pandangan aku.

Luqman Rafi'e mendengar aku beristifar terus memandang aku kembali. Aku menunduk memandang lantai. Lalu, menggerak langkah meminta Luqman Rafi'e memberi laluan kepada aku. Saat itu jantung aku berdegup laju.

Dia memberi laluan dan terus kaku. 'Mata dia macam kenal . Tapi siapa?'

"Rafi'e, mengelamun pula dia. Nah bawakan. Maksom ada kerja dekat dapur. "

Suara Maksom dengar tak dengar pada cuping telinga Luqman Rafi'e. Otaknya masih mencari semula pertemuan yang pernah dia berjumpa.

Maksom menampar bahu Luqman Rafi'e dan membuatkan dia tersedar. "Maksom, terkejut Rafi'e. "

"Terkejut, terkejut juga. Ni air ni bila nak dibawanya. Pergi cepat. "

"Yolahh, ma'am. "

- isteri 17 tahun -

Isteri 17 Tahun Where stories live. Discover now