BAMM # 2

126K 4.5K 291
                                    


Alunan suara merdu yang membaca ayat-ayat suci al-quran menusuk saluran pendengaran semua pelajar , lebihan lagi pelajar lelaki . Kali ini tiba giliran gadis yang diminati ramai . Nur Rai'a Amalina gadis yang sopan dan lembut ketika berbicara . Tidak pernah sekali pun berbicara dengan mana-mana lelaki tanpa ditemani temannya, Badriyah Umairah .

Berakhir sudah bacaan Rai'a Amalina . Dia tersenyum disebalik furdah hitam yang hanya menampakkan kedua matanya yang bercoklat hazel . Cantik .

"Bagus , bacaan kamu Rai'a . Sudah semakin baik ." Puji ustazah dihadapannya .

"Terima kasih ustazah ." Ucap Rai'a lembut dan sopan .

------

Waktu solat zohor sudah pun berkumandang dan telah pun di dirikan solatnya bersama-sama guru dan ahli pelajar disana . Setelah selesai mereka , berselawat ke atas Nabi dan membaca doa kepada kedua ibu bapa secara berjemaah .

"Rai'a , dengar kata kau nak dikahwinkan ? Ia nya betul ?" Soal Badriyah Umairah yang sedang melipat telekungnya .

"Benar . Mungkin aku akan berpindah ke sekolah lain ." Jelas Rai'a Amalina.

"Jadi , kau akan tinggalkan aku ? Hmm , sedihnya ." Badriyah Umairah berpeluk tubuh tanda minta dipujuk .

Rai'a Amalina hanya tersenyum melihat kemanjaan kawan baiknya itu . Dia mendekati tubuh Badriyah Umairah lalu , memeluknya erat .

"Aku takkan lupakan kawan yang selalu nasihatkan aku , bantu aku pada mula-mula aku masuk sini ." Katanya .

Teringat kembali peristiwa sewaktu dia mula-mula memasuki sekolah agama ini . Dengan pertama kalinya dia menyesuaikan diri dengan berfurdah dan bertudung . Badriyah Umairah lah , orang pertama yang menegurku . Dia memang seorang yang baik , ceria dan juga memahami.

"Aku pun takkan lupakan kau . Kau adalah kawan aku yang paling jelita , baik , pandai ambil hati aku . Best friend for ever ? " jari kecil di keluarnya meminta aku menyahutnya.

"For ever ."

Mereka keluar dari masjid sambil berbual senda . Tiba-tiba seorang lelaki menegur mereka . Dengan itu serentak mereka berpaling .

"Ketua Imam pelajar , rupanya." Tegur Badriyah Umairah sambil menghembus nafas lega.

"Ingatkan siapa tadi . Ada apa Harith ?" Badriyah Umairah seperti biasa akan menyoal dahulu manakala Rai'a Amalina hanya menunduk kepalanya .

Harith Khuwalid tersenyum . Kacak . "Hanya bertegur , seperti selalu."

Harith Khuwalid pelajar tingkatan enam , merangkap ketua Iman pelajar. Setiap kali mendirikan solat pasti Harith Khuwalid yang imamkan. Bacaan doa setiap pagi juga dia. Boleh dikatakan Harith Khuwalid adalah pelajar yang terkenal dengan kebijaksanaannya. Penghafal ayat-ayat suci al-quran yang paling banyak , sikapnya suka membantu dan prihatin. Dia juga menyimpan perasaan terhadap Rai'a Amalina. Tapi dipendam sekian lamanya.

Badriyah Umairah mengusik lagi . "Nak bercakap dengan Rai'a ye ? Seperti selalu ."

Rai'a  menyiku lengan  Umairah . Senang betul dia melawak sebegitu .

"Sudah la Umairah , lebih baik kita ke dorm . Dah lewat . Harith , kami minta diri . Assalammualaikum." Pamit Rai'a segera yang masih menunduk kepalanya . Dia menarik Umairah supaya mengikutnya juga . Jika dibiarkan tak sudah di usiknya .

"Waalaikummusalam."

----

Di dorm , rakan sedorm Rai'a dan  Umairah menggeliling katil milik mereka berdua . Begitu rapat mereka semua dan baik terhadap Rai'a .

"Saya dengar awak akan berpindah ." Salah seorang mereka bertanya .

"Benar , saya akan berpindah , selepas berkahwin nanti ." Jujur Rai'a menjawab .

"Muda betul awak berkahwin Rai'a . Akak yang tua setahun pun belum ada calon ." Ketua dorm bersuara membuatkan anggukan daripada mereka semua .

"Akak , dah tertulis jodoh Rai'a awal . Mana lah tahu jodoh akak lepas Rai'a ? Nasi minyak lagi ." Badriyah Umairah seperti biasa pasti akan terselit juga usikannya .

Itu yang membuatkan ramai yang suka berkawan dengannya .

"Tapi ada satu sebab aku musykil dengan diri kau , Rai'a ." Keadaan yang tadi penuh gelak ketawa kembali sunyi dengan kenyataan Badriyah Umairah .

Rai'a Amalina hanya memandang rakannya itu . "Maksud kau ?"

"Dari dulu sehingga sekarang ,dari kau tembam sampai kau lidi macam sekarang , kau tak pernah buka furdah kau . Kenapa ye ?" Soalan Badriyah Umairah membuatkan semua orang tertumpu pada Rai'a Amalina .

"Kisah silam ."

Mereka semua mengganguk mengerti . Sejak dari itu mereka tidak lagi bertanya tentang hal itu . Hanya ibubapa Rai'a sahaja yang melihat wajahnya manakala Umairah tidak pernah dia buka walaupun berstatuskan sahabat baiknya .

Dia sudah berhasrat , dia akan khabarkan kepada semua orang apabila dia sudah berkahwin dengan lelaki yang pernah memalukan dirinya dahulu . Kini , bakal menjadi suaminya .

Jika itu jodoh aku dan dia . Aku redo . Semoga pilihan-Mu ini dapat membahagiakan aku hingga ke Jannah . In Sha Allah . Amin .

- isteri 17 tahun -

Isteri 17 Tahun Where stories live. Discover now