BAMM # 14

97.6K 3.7K 69
                                    


Lengan aku ditarik laju memasuki kedalam sebuah bilik kecil yang tidak jauh daripada bilik tidur mama dan papa . Pintu dibuka oleh Luqman Rafi'e lalu , meminta aku memasuki terlebih dahulu . Acewah , tunjuk gentle nampak .

Aku melabukan punggung di atas sofa . Begitu juga Luqman Rafi'e yang mengambil tempat disebelah ku .

"Sayang nak tengok cerita apa ?"

"Cerita ? "

"Yelah . Kalau taknak , Tengok muka biy pun boleh . " dia berpaling menghadap aku .

'Haish , suka bagi aku hilang oksigen .'

"Sayang . "leret panggilannya.

Aku mendongak memandangnya . Aku rasa aku tau apa yang dia akan cakap sekejab lagi .

"Biy nak-"

Pantas aku memotong ."movie"

"Sayang nak tengok cerita apa ?"

"Apa pun tak apa?"

"Betul ni ?"

Aku mengganguk sahaja .

Luqman Rafi'e bangun dan memasukkan vcd itu . Apa cerita pun aku tak tahu .

Dia duduk disebelah .

"Cerita apa ni?"

"Ghost." jawabnya ringkas.

Aku menelan air liur . Sudah ! Cerita yang paling aku benci . Remot tv diambil oleh Luqman Rafi'e , volume dibuka penuh .

Luqman Rafi'e menarik bahuku mendekatinya . Dia tahu aku takut agaknya . Aku akur sahaja . Kurang lah sikit takut tu . sikit je .. Sikit.

Tiba sahaja part hantu muncul atau mengilai aku pasti akan menutup telinga. Suami aku hanya tersenyum dan mengeratkan lagi dakapannya . Aku memeluk tubuh Luqman Rafi'e sambil menyembam kepala pada dadanya . Lantak lah . Mood malu letak tepi . sekarang mood takut .

Jutaan terima kasih setelah cerita itu tamat . Lepasan nafas lega aku hembus .

"Sayang ?"

Aku mendongak

"Still taknak lepas ke ? Iman biy dah semakin gugur ni . kejap lagi ada yang kena tekam , susah."usik Luqman Rafi'e

Aku bangun tegak . Berdeham berkali-kali . Mood malu kembali . Lengan aku ditarik lagi . kuat . Menyebabkan aku terduduk di atasnya secara automatik . Hendak bangun pinggang aku telah dikunci olehnya .

"Awak nak apa ni . saya berat la." rengus aku geram .

"Mana ada isteri biy berat . "

"Awak ni . Buat penat saya je bersiap nak balik kampung . Alih-alih tak jadi pula ." aku berpeluk tubuh tanda merajuk.

Kejap . . . . Sejak bila aku pandai merajuk ni?

"Isteri biy merajuk ke?"

Aku diam tak berjawab .

"Alah , sini nak bagi kiss ."

Luqman Rafi'e menarik tubuhku kebelakang . Bagi memudahkan dia untuk kiss aku?

"Okey-okey tak jadi merajuk . " aku menekum mulut dia yang kini sudah bersedia mahu mendarat pada dahi aku .

Luqman Rafi'e ketawa geli."tau cuak ."

"Am . boleh saya bangun sekarang?" soal aku kekok . wei masih duduk atas dia ni . Blush .

"Biarkan sekejap macam ni . . . boleh ?"pintanya sayu . Dia menyandar pipi kanannya pada belakang aku sambil pelukkan di eratkan .

Jujur aku cakap aku suka macam ni . Bahagia . sangat bahagia .

"Sayang ?"

"Ye?"

"Siapa sebenarnya sayang ? Biy dapat rasakan banyak rahsia yang sayang pendamkan . "

Aku membulatkan biji mata . tak , tak , tak . Belum tiba masanya lagi . Aku taknak kebahagian macam ni hilang dan pergi dengan cepat .

Tanpa sedar aku menangis . Pelukkan di pinggang aku , aku putuskan . Aku bangun tidak menghadapnya .

Luqman Rafi'e hanya memandang isterinya tanpa 'selankang' apa-apa .

"Masalah saya . Biar saya yang tahu . Saya taknak awak tahu sebab . . . suatu hari nanti awak akan tinggalkan saya . Macam mana saya tinggalkan awak . "

Aku membuka pintu dan keluar daripada bilik movie itu . Panggilan Luqman Rafi'e sayu kedengaran memanggil 'sayang' . Aku tau aku terlebih berdrama . Tapi aku taknak kehilangan dia . Betul .

'Apa maksud Rai'a . Aku akan tinggalkan dia , macam mana dia tinggalkan aku ? Dia pernah tinggalkan aku ?' getus hati Luqman Rafi'e .

Luqman Rafi'e meraup wajahnya . Apa pula masalah yang menyinggah dalam rumah tangganya .

-isteri 17 tahun -

Isteri 17 Tahun Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz