BAMM # 33

80.7K 3.3K 41
                                    


Jadi dia dah tahu dari awal ? Habis perlu ke dia biar aku macam orang gila nak dia ingat siapa aku sebenarnya ? Seperti orang bodoh !

"Kenapa perlu salahkan orang lain ? Jika betul awak cintakan saya , kenapa awak perlu berahsia ? Kenapa biarkan saya tahu sendiri , walaupun awak tahu saya cuba untuk awak ingat semula . kenapa?" aku akhirnya memandangnya . Dia memandang aku ke dari tadi ? Aku mengesat air mata . Okey , aku kuat . Kau boleh .

" Biy nak tahu sekuat mana sayang percayakan biy dan adakah masih ada sayang dan cinta tu pada biy ."

"Awak sendiri tahu , dari dulu sampai sekarang saya masih simpan perasaan tu . Walaupun awak malukan saya depan kawan-kawan awak . Saya tahu saya dulu , gemuk , pendek , tak secantik kak Yana . Tapi sekurang-kurangnya saya ada hati dan perasaan yang ada sama macam orang lain dan juga perlu dijaga . Apa susah sangat ke untuk awak tolak cinta saya dengan lembut ? Awak - "

Badan aku dipeluk oleh Luqman Rafi'e tiba-tiba membuatkan aku memberhentikan kata-kata yang mahu aku keluarkan mati titik disitu .

Aku memejam mata , menahan sakit di hati . Akhirnya buat sekian lamanya , aku lepaskan apa yang terpendam . Terima kasih kerana memberikan aku peluang .

"Maafkan biy . Biy rela kalau sayang nak minta cerai . Biy tahu sayang tak rela dalam perkahwinan singkat kita ni . Jujur biy cakap , biy berat nak lepaskan sayang . Tapi jika itu boleh buatkan sayang bahagia , biy terima ."

Cerai ?

Aku taknak ! Aku dah dapat kau Rafi'e , ianya sudah cukup membahagiakan aku .

Rafi'e meleraikan pelukannya . Dia memandang aku lama . Air mata aku yang mengalir keluar dikesat lembut olehnya ."Permintaan terakhir daripada biy . Jangan menangis lagi . Itu dah membuatkan biy rasa bersalah , biy tak sanggup tengok sayang macam ni . boleh ?"

Aku memegang kedua belah pipinya . " Saya juga ada permintaan ."

"Apa , sayang ?"

Aku tersenyum ."Jaga saya , bimbing saya dan jangan pernah ucapkan 'cerai' pada saya . Awak adalah suami saya , dalam rumah tangga perlu ada sikap saling mempercayai dan jujur antara suami isteri . Saya sayang awak dan cintakan awak , seperti mana awak sayang dan cintakan saya . "

Rafi'e tersenyum gembira . Terselah barisan gigi putinya . Dahi aku dikucup lama . Tenang aku merasainya . Alhamdulilah .

"Thanks , sebab maafkan biy dan terima biy ."

Aku hanya senyum menjawap katanya . Alhamdulilah . Akhirnya selesai , perasaan buruk yang aku rasa selama ini tiada apa kesan . Mungkin betul kata Nawal ianya hanyalah permainan perasaan .

-isteri 17 tahun -

Isteri 17 Tahun Where stories live. Discover now