BAMM # 23

93.5K 3.5K 63
                                    


"Rai'a ."

Aku memandang gerangan suara garau tersebut . Aku senyum paksa .

"Buat apa sorang-sorang kat luar ? Tak takut hantu datang ?"

Aku menampar peha Luqman Rafi'e manja . Dia ni main sebut je . Dibuatnya timbul betul-betul tak ke dia atau aku yang cabut dulu . Melawak tak kena dengan tempat . Malam okey ?

Dia tersengeh . "kenapa pakai tudung ni ? Takut siapa nampak?" soalnya sambil menyentuh tudungku .

Aku menolak tangannya lembut ." saja ."

"Kenapa ni ? Biy masak tadi tak sedap ke ?" tekanya .

'Memang pun . Tom yam tak rasa tom yam langsung . Sudahnya pedas , habis air dalam bekas untuk aku je .' omel aku .

"Sayang nah , rasa . Biy namakan tom yam Rai'a . " bekas yang berisi tom yam diangkat oleh Luqman Rafi'e.

"Abang Man , nak ." cik meminta .

"Bagi la kak Rai'a rasa dulu .Tau makan je budak ni ." marah Luqman Rafi'e manja .

Cik berpeluk tubuh tanda merajuk ."fine.''

Hehe , comel je cik ni . Kemudian Aku beralih memandang isi dalam bekas itu . Sedap ke ? Betul ke dia ni pandai masak ? Macam tak je , nak rasa ke tak ni , hm ?

"Sini biy letakkan . " diceduknya kuah dan isi tom yam kedalam pinggan milik Rai'a Amalina.

Aku menelan air liur . Alah , Rai'a makan ajelah . penat-penat suami kau masak untuk kau . Apa nak jadi - jadi lah .

Aku mengganguk setuju . Bismillah . Dimasukkan kedalam mulut . Aku kunyah perlahan - lahan . Sedikit demi sedikit wajah aku , mula bertukar kurang senang .

"So , how ?"

Aku sengeh . 'pedas.'

"Sedap . " aku cuba untuk sembunyikannya .

"Kan , dah cakap . Sedap punya . Tom yam ni biy masak sendiri tanpa bimbingan opah . "

'Tanpa bimbingan opah ? Patut lah .'

"Akak , panas ke ? " soal cik .

Aku menggeleng . tidak .

"Habis tu kenapa akak berpeluh ?"

Opah dan Luqman Rafi'e memandang aku . Aku mengelap peluh pada dahi aku . Mak ! Serius pedas . Berapa banyak cili dia taruk dalam tom yam dia ni .

"Rai'a kamu betul okey ke ni ? Muka kamu dah merah tu ."

Aku mengganguk menjawab pertanyaan opah . Tahan , jaga hati suami kau Rai'a .

"Sayang pedas ke ?"

"Awak letak berapa cili dalam ni ."

"Semua dalam bekas yang opah bagi ." terangnya .

Aku membulat mata , semua ?!

'Dia nak bunuh aku ke apa ni?'

"Ya Allah , opah cakap ambil sikit aje yang kamu pergi kisar satu bekas tu kenapa Man ? Sua air tu pada isteri kamu ."

Kalut Luqman Rafi'e menghulur air kepada aku tak cukup dengan itu , air kepunyaan dia juga aku kebas . Pedas weii ,pedas .

"Air ."

"Kejap sayang ."

"Sorry sayang pasal tadi . biy tak tahu pula tom yam tu pedas ."

"Hm . lain kali rasa dulu sebelum bagi saya rasa ." marah , tak marah . Pedas kut .

"Maafkan biy . Janji sebelum hidang pada sayang biy akan rasa dulu ." janjinya . Hm , janji .

"Em , sayang ." panggilnya setelah aku membisu lam .

Aku memandangnya .

"Biy nak tanya sesuatu boleh ?"

Nak tanya apa ? Macam serius je ? Aku mengganguk setuju . okey tanya la .

"Sayang orang yang macam mana ?"

"Erk , maksud awak ?"

Aku keliru . Dah kenapa dia ni ? Dia nak kenal aku ke ? Aku isteri dia . Entah tu pun tak tahu ke ,Takkan amnesia sebab tom yam tu kut . Hahaa . Pukulan tom yam .

"Macam ni , untuk lebih mudah . Apa kata kita main permainan."

'Permainan?' aku berkerut dahi .

Tangan aku di tarik lalu digengamnya . aku relakan sahaja . Sebab aku pun tak tahu .

"Permainan , Ya atau tak ? ."
terangnya.

" soalan bebas setiap seorang . Apa sahaja , tentang sayang suka dan tak suka . Kira macam sesi kenal diri masing-masing . Boleh ?"

Dia tersenyum . Aku mengganguk setuju . 'Saya rasa awak sahaja perlu kenal saya daripada saya perlu kenal awak . Saya pernah crush on you Rafi'e . Semua yang awak suka dan tak suka , saya dah tahu.'

"Sayang mula dulu ."

Aku menggeleng . "awak."

"Okey , biy dulu ye ?"

Aku mengganguk setuju . Tanyalah.

"Warna kegemaran , biru?"

Aku mencuba menarik tangan aku dalam gegamannya sebelum menjawab . Okey ! Tak berjaya wei .
Aku menggeleng .

"Hijau ?"

Aku menggeleng lagi . Salah la . Takkan la kau tak pernah sedar getah rambut , beg sekolah , semua barang aku semuanya , berkaitan dengan unggun . Mestilah unggu Luqman Rafi'e .

"Alah , semuanya salah ." rungutnya.

Aku tersenyum . Nak di lindung senyuman aku , tak boleh . Tangan aku , well dia kuasai oleh Luqman Rafi'e sekarang .

"Awak suka black and white kan ?"

"Betul ."

"Roti kastard ?"

"Betul."

"Suka main hoki dan bola sepak?"

"Betul."

"Awak tak suka coklat yang berisi kacang kan ?"

"Betul . Macam mana sayang tahu ?"

Aku hanya tersenyum . Aku harap dengan permainan ni kau kenal aku. Tolong lah .

"Nawal beritahukan ?" dugaanya , melemahkan aku .

"Nawal ? " soal aku , aku tak salah dengat ke tadi ? Kenapa pua Nawal ?

Dia menganguk ."ye , cepat mengaku . Nawal beri tahu sayang kan . Eleh. "

Aku senyum dan menganguk lemah . Kenapa la otak kau lembab sangat ? Ya Allah , susah juga aku nak kembalikan ingatan suami aku ni . Takkan la masih tak perasan ? Kenapa pula aku mesti tanya Nawal sedangkan aku tahu pasal diri kau .

"Kan , biy dah agak . Patut la hebat sangat wife biy ni ." hidung aku dicuitnya manja .

"Erk , awak dah lewat la . Saya tidur dulu ye . Assalammualaikun ." aku meleraikan pegangan tangannya lalu, berlalu pergi ke rumah .

Aku tak mampu nak main lagi permainan ni lagi . Kenapa dia lupakan Budak Gemuk yang selalu dia buli ? Aku budak gemuk tu Rafi'e ! Waktu aku sudah bersedia untuk kau tahu , kau amnesia pula . arhhhh .

"Laa , kenapa pula? Aku salah cakap ke tadi ?" Luqman Rafi'e mengosok belakang lehernya .

- isteri 17 tahun -

Isteri 17 Tahun Where stories live. Discover now