BAMM # 30

86.6K 3.2K 24
                                    


Enjin kereta milik Luqman Rafi'e dimatikan setelah  memasuki kawasan rumahnya . Aku yang baru terjaga daripada tidur menggosok mata sambil mulut di kembungkan .Haa , ni la tabiat aku dari kecil sampai sekarang bila bangun tidur je mesti macam tu .

Kalaulah Rafi'e ingat tabiat aku ni . Mesti dia akan kenal aku . Tapi malangnya tidak .

Saki baki mengantok masih ada . Tiga jam perjalanan amat memenatkan bagi aku walaupun Rafi'e yang memandu . Nampak tak ? Alah budak sekolah biasa lah .

Tali pinggang aku buka dengan mata yang masih tertutup rapat  . Dan lagi nak mengeliat 90 darjah ke 50 darjah ke , bebas .  Rafi'e dari tadi hanya memandang telatah aku . Aku menjeling memandangnya . Senyum - senyum . Macam lah dia tak pernah buat macam aku . Semua orang mengeliat okey ? Fakta semua tu .

"Apa tengok - tengok ada hutang ?"

"Sayang boleh buatkan, tidur macam tu je . Bukan nak teman biy . Kalau biy mengantuk tadi macam mana ? " dia berpeluk tubuh sambil kening kirinya dijongket ke atas .

"Radiokan ada . " aku bermain - main mata . Haaa , ini teknik untuk melarikan diri .

"Ingat comel lah buat macam tu ?"

"Awak rasa ?"

"Memain erk ." Rafi'e meninggikan badannya . Aishh , dia nak buat apa pula dalam kereta ni .

"Tanya je ." aku mengecilkan diri sambil memejamkan mata kerana takut . Gila tak takut . Jadi apa-apa aku juga yang susah .

Rafi'e ketawa besar .Ketawa pula . Sah nak kenakan aku lagi .  Kepala aku diusap lembut . "tahu takut ."

Aku mencebek , kan betul tekaan aku . Jeleran lidah aku berikan pada dia . Jangan risau dia tak nampak pun sebab aku pakai furdah , haha . Itu yang berani buat . Kalau tak , jangankan menjeler , ajuk  pun tak berani .

"Jom . Beg biar biy ambilkan ." katanya . kami keluar daripada perut kereta hampir serentak .

Aku berjalan sehingga tiba di hadapan pintu rumah . Aku menyandar pada pintu sambil mata  memandang suamiku bekerja . Tiba-tiba aku tersenyum sendiri . Apa yang bermain dalam layar minda aku , aku pun tak tahu .

Haishh , Rafie ....

"Termenung apa tu , sayang ?" tegur Rafi'e .

Aku tersedar . Ohoii , semangat .  Nasib tak terlepas plastik daripada tangan aku ni . Kalau tidak kempunan la Nawal nak makan budu dia . Tapi .. persoalannya ialah sejak bila dia ada depan aku ? bukan .. Hm , apa - apa jala . Nama pun mengelamun cinta Rafi'e apa pun tak sedar . Haha .

"Kunci awak ." aku berselindung . Malu la kalau dia tau aku termenung sebabkan dia .

"Kunci ?" Rafi'e meletakkan beg pakaian dibawah dahulu sebelum mencari kunci rumah yang aku pinta .

"Kejap , kat mana biy letak ye ?" dia meraba poket seluarnya .

"Ada tak ?" tanya aku mula cemas . Takkan nak bermalam dalam kereta kot . Lagi aku aku seram . Dengan Rafi'e pula tu .

Janganlah ! Aku rela minta tolong , tumpang rumah jiran sebelah daripada dalam kereta .

"Ada . "

Aku berpeluk tubuh . Mana la dia letak ? Jangan kata tertinggal atas meja solek . Dah tu nak masuk macam mana ? Kunci pendua ada pada papa .

Aku berserah . Memang itu takdir la kalau tertinggal kunci . Tangan aku secara spontan memegang pemegang pintu , pin di atas segaja aku tekan dan ... Pap !! Pintu terbuka . Diasaat itu juga Luqman Rafi'e menjerit telah menjumpai kunci rumah .

"Jumpa . " Rafi'e memandang aku hairan .

Aku sendiri pun terkejut sebenarnya . Bukan sebab aku boleh buka pintu secara ajaibnya , tapi sebelum keluar aku dah kunci pintu , takkan la pencuri masuk rumah  ?

"Sayang kunci tak pintu ?" Rafi'e mula khuatir .

"Saya kunci lah . " jawabku jujur .

"Betul ?"

"Betul . tak tipu ."

Rafi'e menarik nafas . Tangan aku ditariknya .  "Jom masuk , sayang sembunyi belakang biy , ingat jangan lepas tau tangan biy . "

Aku mengganguk laju . Aku ikut seperti disuruh . Tangan kanan Rafi'e aku gengam betul - betul erat . Takut punya pasal . Semua tak dihiraukan .

"Sayang ."

"Hm ?"

"Biy rasa ramai perompak dalam rumah ni ." katanya .

Saat itu aku sudah menelan air liur . Aku menghadiahkan tumbukan pada belakang badannya , kasar . Pandai - pandai je cakap ramai . Ingat Pesta merompak beramai - ramai ke ?

Rafi'e mengadu , sakit . Ceh lembek . Tumbuk sikit dah aduh .

"Jangan takutkan saya !" marah aku .

"Yang sayang tumbuk biy kenapa , sakit tau tak ?"

"Awak tu yang takutkan saya , siapa suruh ?! " lagi sekali aku menumbuk belakangnya .

Langkah Rafi'e terhenti tiba -tiba membuatkan aku dibelakang juga turut berhenti . Hidung aku berlanggar pada belakangnya . Adoii , boleh patah dibuatnya . Belakang dia ni badan ke besi ?  Tajam bukan main .

"Sayang jalan depan la ." dia menolak aku kehadapan .

"Eh , apa pula . Awak lelaki , kuat . Awak la ." Aku pula menolak badannya pula .

"Sayang pun lelaki juga . " katanya .
Aku punya bertudung , berfurdah lagi boleh katakan aku lelaki ?! Dah tu yang kau kahwin ni lelaki ke perempuan ? Nak kena ni .

Aku menarik telinga capang milik suamiku . Biadap sangat !

"Apa ni sayang .. Sakit la ."

"Saya perempuan tau tak . Memain je cakap lelaki ."

Dia minta aku lepaskan , ingat aku nak ikut ? Takkan ! padan muka . Tarik manja pun nak merenget .

"Woi - woi , nak gaduh dalam bilik bukan ruang tamu ." suara seseorang menegur .

Secara automatik aku dan Rafi'e memandang gerangan suara itu serentak . Nawal  ? Lol ingatkan perompak . Jadi .. Aku meleraikan tarikan pada telinga Rafi'e . Malu siak .

"Bila kau balik . " soal Rafi'e sambil mengusap telinga yang ditarik olehku .  Aik takkan dia pun tak tahu .

"Petang semalam . Saja buat kejutan . Terkejut tak ? "

"Mama mana ?" soal Rafi'e lain malas menjawab soalan tak penting daripada Nawal .

Aku ketawa sedikit melihat Nawal yang sudah menarik muka geram .

"Wei , Lina opah ada bagi apa - apa tak untuk aku ." tangan aku ditarik laju .

"Ada , luar ." jawabku ..

"Jom aku teman kau , ambil . Amacam best tak kampung ?" sengaja Nawal berbuat sebegitu mahu menaikan api kemarahan longnya . Bagus la , dua beradik ni . Sebelum tu sempat juga Nawal mengejek longnya . Itu yang bikin Rafi'e panas .

Rafi'e berpeluk tubuh .  'tak guna punya adik , dia buat donno je ? Tau  rampas bini aku je dia ni . Aishh .' omel Rafi'e disimpan dalam hati .

"Balas dendam nampak ." gumam Rafi'e perlahan .

"Jaga kau , dik . "

-isteri 17 tahun -

Isteri 17 Tahun Where stories live. Discover now