BAMM # 46

67.7K 2.7K 50
                                    


"Bagus . " puji ustazah kepada seorang pelajar lelaki . Sedap juga dia membaca ayat suci al-Quran ni .

"Danial ! Masih lagi buat tahi mata ? Kamu ni boleh contohi abang kamu , Amir ? Sudah banyak kali ustazah tegur masih buat peragai yang sama ?! SubahanaAllah . Apa nak jadi dengan kamu ni , Danial ." bebel ustazah , semua rakan sekelas  memandang ke arah Danial .

Tapi , apa yang dibuat oleh Danial ? Hanya pandang dengan wajah bosan dan seperti mahu dengar , tidak saja .

Danial tiba - tiba menjatuhkan matanya tepat memandangku . Cepat - cepat aku berpaling ke hadapan semula .

"Kau kenapa ? Sakit ke ?" misya menegur aku prihatin .

"Tak ada apalah . " dalihku .

"Saya lagi membebel boleh kamu senyum Danial ? Sudah bangun dan sambung bacaan Aiman tadi ." arah ustazah yang kini mula menenangkan diri .

Rakan disebelah Danial menyiku lengan Danial . Senyum sampaikan ustazah arah baca pun tak dengar dah .

"Baca ."

"Baca apa ?"

"Itulah lain kali bila ustazah bagi arahan dengar . " kata Misya sekuatnya , sengaja mahu Danial dengar mungkin .

Aku sudah menahan tawa . Misya ni . Buat malu je .

"Ha , Rai'a . tergelak - gelak . Senyum-senyum .  Bangun saya nak dengar bacaan kamu . "

Aku memandang muka ustazah sambil senyum senget . Aku pula yang kena . Adoiii . Misya lah ni . Aku pandang misya dengan jelingan geramku .

Apa yang dibalas oleh misya ? Bukan nak halang atau sengeh kerang busuk dia tu . Malah siap double tumb - up pula tuh . Cehh .. Kononnyaa , memberi semangat lah .

Aku bangun . al-Quran aku angkat untuk memudahkan aku untuk dibacanya .

Baru aku mahu membaca bismillah ustazah meminta aku membacanya dihadapan semua rakan kelasku . Aduhh , lagi nak tercabut jantung ni .

Nak kata tak pernah , pernah . Cuma selalunya aku akan baca dihadapan orang ramai dengan memakai furdah , itu semasa aku menyertai pertandingan bacaan al-Quran bersama-sama dengan Harith Khuwalid .

Sekarang .. Di hadapan kelas baharu dengan teman baharu dan lebih penting tanpa memakai furdah ? Itu yang lebih mencemaskan aku .

Aku duduk dihadapan dengan kerusi dan meja yang telah disediakan . Aku menarik nafasku sedalam - dalamnya . Bayangkan kau dan ustazah sahaja yang ada disini .

"Baca surah Al - Iqra . Pastikan bacaan kamu betul . Mulakan Rai'a ." ustazah memberi arahan lalu berjalan ke belakangku untuk melihat dan mendengar bacaanku sama ada betul atau tidak .

Aku menarik nafas dan hembus ."A'uzubillahiminasyaitonirojim..Bismillahirohmanirohim..."

"Bagus ..teruskan ."

Aku membaca surah tersebut seperti mana aku membacanya dihadapan ustazah di sekolah agamaku dahulu . Setiap bacaannya aku baca dengan penuh lembut , tanda bacaannya aku sebut satu persatu . Ustazah hanya mendengar sambil mengganguk - angguk kepalanya .

Setelah selesai bacaan aku , aku menutupinya dengan.. " sodokolwalhulazim ..."

Alhamdulilah , aku menarik nafas lega . Aku pandang rakan sekelas aku di hadapan . Erk , kenapa semua tengok aku macam nak terkeluar biji mata ? Aku ada salah baca ke tadi ?

"Bagus , bacaan kamu Rai'a . Kamu pernah mewakili sekolah di sekolah kamu dulu ?" soal ustazah .

"Terima kasih , emm .. Pernah . kenapa ustazah tanya ?" kini ku menyoal kepada ustazah pula .

"Begini , saya ingat.."

"Assalammualaikum , cikgu ." tiba - tiba seorang perempuan dengan berjubah dan berfudah memasuki ke dalam kelas sambil memakai cermin mata hitam .

"Waalaikummusalam . Ya , saya . Boleh saya bantu puan ?"

"Saya ibu kepada Nur Rai'a Amalina , boleh saya membawanya pulang ? Saya telah memaklumkan kepada staf di pejabat tadi . " katanya seperti melindung suara .

'Macam pelik je . takkan Nawal kot . Tapi macam mana dia boleh tahu nama penuh aku ? Dan ibu ?' aku mula curiga .

"Rai'a kemaskan barang kamu . "

Arah ustazah aku hanya patuh sahaja . Perlahan - lahan aku melangkah pergi . Asal berat sangat nak balik ni . Tapi hati aku cakap ikut aje . Akal aku menolak .

"Kau okey tak ni . " misya bertanya risau .

"Aku rasa , perempuan ni penipu ." kataku separuh berbisik kepada misya sambil tangannku mengemas barang- barangku .

"Apa maksud kau ni . Mak sendiri pun tak mengaku ke ?"

"Bukan . Umi . Mak aku selalu bahasakan dirinya 'umi' depan cikgu mahupun sesiapa . faham ?"

Misya membulat matanya ." habis kau nak ikut juga ke ?"

"Ye . jangan risau aku dapat rasakan hati aku ni betul . Aku pergi dulu . Balik nanti aku chat kau . "

"Hati - hati babe ."

Aku menggalas beg sekolahku sambil memeluk buku teks kimia dan matematik tambahan . Aku menyalami tangan Ustazah . Kemudian ustazah memelukku erat . "tabah ye , Rai'a . Allah itu ada untuk kamu . "

Aku tidak faham apa yang mahu disampaikan oleh ustazah tapi aku hanya mengganguk dan senyum .

" Terima kasih ye ustazah , maaf menggangu pembelajaran ustazah , assalammualaikum  . Mari sayang , kita dah lambat . " tangan aku ditariknya sehingga ke tempat parkin kereta .

Dia meminta aku masuk kedalam perut kereta selepas butang kereta ditekannya.  Kami serentak menutup pintu kereta.

Wanita disebelahku tiba - tiba membuka cermin mata hitamnya dan juga tudung yang dipakainya tadi . Terkejut juga la aku , tapi aku hanya buat muka selambe .

"Cik ni siapa ? "

"Saya ? Oh , maaf puan saya terpaksa berbohong untuk bawa puan pulang ." mohonnya.

"Maaf ? Untuk apa . dan.. Kenapa perlu berbohong ?"

"Sebenarnya puan .. Ini semua arahan daripada suami puan . Saya hanya ikut arahan je . Minta maaf banyak - banyak . Saya tak nak kena pecat . Dah 5 tahun saya bekerjasama dengan Tuan Rafi'e . " Mira memohon maaf kepadaku . Oh , jadi ni semua kerja Rafi'e la . siap ugut kakak depan aku ni lagi . Nanti ye . .

"Tak apa , saya maafkan . Akak janganlah panggil saya Puan panggil Rai'a je . Saya kan lebih muda daripada akak , panggil je nama ." kataku.

"Eh , tak boleh . Tuan Rafi'e dah bagi arahan untuk panggil Puan , Puan . " terangnya .

"Tak apa ..."

"Mira ."

"Tak apa kak Mira , panggil Rai'a je . Soal Rafi'e akak jangan risau , tahu la apa yang saya nak buat . Akak berlagak cool aje tau.  Dah jom kita pergu jumpa dia ."

"Baiklah . "

- isteri 17 tahun -

Isteri 17 Tahun जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें