BAMM 43

76.5K 2.8K 34
                                    


"Morning kakak iparku ." nawal tiba - tiba menyergah dari belakang memelukku .

"Selamat pagi . " balas aku .

"Morning mama ."

"Morning . Sini duduk , hari ni Rai'a masak untuk kita .Awal tau Rai'a bangun . Bukan macam adik matahari dah tegak atas kepala pun masih nak 'burung hantu ' " . perli mama .

Nawal iman mencebek . Terasa akan sindiran oleh mama . Kerusi disebelahku ditarik memberi ruang untuk dia duduk.

" Lina bangun awal sebab sekolah la ma . Lagi pun rawatan spa semalam seronok gila . weii , lina nanti kita pergi bertiga nak ? Boleh tak mama ? "

Aku hanya membisu . Spa ? Aduh , aku mana pernah jejak . Seumur hidup aku memang tak pernah pun . Apalah yang seronoknya sampaikan menjadi gila ?

Mama tersenyum lalu mengganguk . " Boleh , apa pula tak boleh ."

Nawal bersorak gembira . Pinggan yang diisi nasi goreng kampung disambut oleh Nawal . Dia membau wangian nasi goreng buatanku

"Macam sedap . "

"Rasalah . Mohon komen yang murni . " aku tersengeh . Tolong la . Bukan tak pernah buat .. Pernah . Malahan selalu .

Aku cuma cemas , selalunya aku akan masak untuk ahli keluarga aku sahaja tapi sejak dah bergelar isteri ini kali pertama aku terniat hendak menyediakan sarapan pagi lebih lagi Rafi'e pula antara jurinya  .

Mama bukannya benarkan aku memasak , katanya aku lebih baik fokuskan pada pelajaran terlebih dahulu . Spm tu penting . iyalah mama Spm memang penting tapi tanggungjawab sebagai isteri pun penting .

Haishhh ...

"Nampaknya semua dah ada .. Long mana ? Tak bersiap lagi ?" suara garau seorang lelaki berkata sambil membutangkan bahagian atas di koler bajunya .

"Selamat pagi papa ." ucap nawal seperti selalu . Selalu ceria .

"Pagi . cantik anak papa ni . Nak pergi mana ?"

"Cari kerja . "

"Kerja , di mana ? Kenapa tak di tempat papa saja ? " papa menawarkan kerja .

Nawal iman mengeluh ."papa , macam yang adik selalu cakap . Seriously i didn't want kerja dekat situ . Nawal mahu berdikari sendiri ." terangnya .

"Kalau nak berdikari , baguslah . Elok sangat la adik berkahwin . " mama menyampuk .

"Ma.. Adik still young okey ? Tak main la kahwin muda ni ." kata Nawal . Aku berdehem sedikit . Terasa okey .

"Opss , sorry babe aku tak bermaksud nak cakap macam tu . Mulut ni ." Nawal memarahi mulutnya lalu ditampar lembut .

"Sudah adik . habiskan nasi kamu ." arah mama .

Mama mengambil tempat menghadap anaknya , nawal iman .

"Rai'a tak nak jamah sedikit ke , sayang ? " mama memandang aku .

Aku memberi senyuman sebaris lalu mengganguk . "Tak apa , Rai'a memang tak makan pagi ."

"Betul ni Rai'a , nanti perut kamu masuk angin ." papa pula mula risau .

"Papa ni macam tak biasa , Lina memang macam ni . Dari dulu lagi dia memang tak makan pagi . Paksa la macam mana sekali pun memang itu la jawapan dia ." Nawal menyampuk sambil mulutnya masih dipenuh nasi . Itu namanya biadap .

"Adik ...! Sopan sikit semasa bercakap ." papa menengur anak dara bongsunya tegas .

"Telan dulu baru bercakap ." mama pula bersambung .

Habis la dua lawan satu .

"Yalah ."

Aku tersenyum mendengar perbualan anak beranak dihadapanku .

"Mama .. Papa.." aku memanggil lembut .

"Kenapa Rai'a ? " mama bertanya ingin tahu manakala papa memandangku menunggu kata daripada mulutku .

"Rai'a nak tanya , boleh tak kalau Rai'a ke sekolah naik bas ?"

"Kenapa , kamu berdua bergaduh ke ?" papa menduga .

Pantas aku menggeleng ."Bukan ."

"Habis tu , sebab apa ?" Nawal pula bertanya .

" Rai'a tak nak la susahkan Rafi'e . Ulang- alik dari tempat kerja . "

"Tak ada yang susah pun sayang." suara Rafi'e memeranjatkan aku .

Aku menunduk wajah . ' Aduhh , dia dengar la pula . Mesti dia terasa dengan kata aku . Rasa bersalah la pula . '

Kerusi disebelahku ditarik kemas oleh Luqman Rafi'e lalu duduk disebelahku .

"Alang-alang suami kamu dah turun , lebih afdal kalau Rai'a minta izin daripada Rafi'e sendiri . " kata Papa . saat itu aku sudah mengeluh kecil .

"Sayang..."

Dia memanggil aku . Aku masih menunduk wajah . Nak pandang muka dia pun takut . Alahai hati , henti la berdegup kau buat aku lagi gelisah dan cemas .

"Haishh , tidur ke ? Senyap je ."

Aku angkat muka memandang Nawal disebelah . Nawal tersengeh menampakkan barisan gigi putihnya . Aku minah ni , sumbat juga cawan ni dalam mulut dia . Tak reti senyap langsung .

"Amm , long . Hari ni aku hantar Lina boleh ? "

"Alasan ?"

"Aku ada temu duga dekat sana . Alang - alang tu boleh aku tumpangkan Lina . Boleh erk ?" Nawal Iman separuh merayu yang dibuat - buat kepada abangnya .

Rafi'e bermain-main dengannya seperti berfikir akan permintaan adiknya , Nawal Iman .

"Long..."Nawal merayu lagi .

"Yalah - yalah . Hari ni je . Esok long yang hantarkan . Faham ?"

"Baik , tuan Haji Bakhil ."perli nawal

"Aku tak kedekut ye . Aku sumbat nasi ni kat kau nak ?"  acah Rafi'e sambil sudunya sudah bersedia diagkat tinggi .

"Sumbat - sumbat . Malam ni aku suruh Lina tidur dengan aku ." agut Nawal lagi .

"Eh - eh , kau fikir kau suami dia ? Nak arah dia tinggalkan aku ? "
"A'haa . kalau ye kenapa ? Jeles ? "

Mama dan papa sudah menggeleng kepala . Macam ni la pagi - pagi bila berkumpul di meja makan ramai - ramai . Ada ja bahan nak digaduhnya . Lain tak bukan aku la 'bahan' tu .

Naik , muak aku macam ni . Aku bangun daripada tempat dudukku .

"Rai'a nak ke mana ?"soal mama apabila melihat aku sudah menggangkat punggungku .

Ahli yang lain juga memandang aku pelik .

"Dah lambat . Aku  tunggu di luar . Cepat sikit tau . " pesan aku sambil memegang bahu nawal .

Nawal mengganguk faham .

Baru aku mahu melangkah keluar daripada kawasan meja tersebut lengan aku ditahan oleh suamiku . Aku melihat peganggan itu lalu memandangnya .

"Tak salam biy dulu sebelum keluar ?"

"Ahh , maaf lupa awak ." balasku seraya menyambut hulurannya .

Setelah selesai aku menyalami kedua ibu bapa mertuaku . "Berlajar rajin - rajin ye sayang." pesan mama .

Aku hanya membalas dengan senyuman lalu melangkah pergi . Taknak lama - lama , hati ni semakin kuat rasa bersalahnya terhadap Luqman Rafi'e . Apa tunggu lagi larikan diri dulu la jawabnya .

              - isteri 17 tahun -

Isteri 17 Tahun Where stories live. Discover now