BAMM # 4

113K 4.4K 227
                                    


Pelbagai jenis jubah umi menunjukkan kepada aku , tapi aku hanya mengganguk sahaja . Tidak tahu , bagi aku semuanya cantik . Abah pula sudah melencong ke tempat elektronik , katanya mahu mencari sesuatu untuk aku . Entah apa agaknya .

Aku hanya duduk dari tadi . Menunggu umi memlilih pakaian . Lama sungguh . Sekejap aku berdiri , sekejap membelek baju , sekejap duduk semula . Berbagai cara aku lakukan untuk menghilangkan bosan .
Pertama kali menjejak kaki di sini , kali terakhir pun masa berumur 12 tahun , 5 tahun yang lalu sebelum aku menetap di sekolah asrama penuh Agama . Sejak dari itu aku tak tahu dunia luar . Jika ada masa atau hari berjalan , aku hanya melepakkan diri di dalam perpustakkan atau di dorm bersama-sama Badriyah Umairah atau seorang diri .

"Umi , Rai'a ke sana ye ? terasa nak makan coklat dan biskut . Boleh ye ?" Aku meminta izin .

Umi , hanya anggukan sahaja . Biarlah umi yang memilihnya , janji sesuai dengan penampilan diri aku yang baharu sekarang ini.

-----

Luqman Rafi'e menggeleng melihat sikap adiknya yang dari tadi asyik memilih coklat sahaja . Separuh daripada trolly mereka hanya dengan coklat . Ingatkan nak beli baju ke apa . Ini tak manisan juga di kutipkan . Ishh , budak ni .

"makan la coklat , bebanyak . Gemuk nanti tak kahwin la kau ."

Nawal Iman mencebik sindiran daripada abangnya ."suka hati adik la . Yang gemuk adik bukan abang .sibuk je ." Balas Nawal Iman sambil meletakkan coklat yang dipilihnya ke dalam trolly .

"Suka hati kau la . Abang nak pergi beli roti untuk mama . Jaga barang ni semua ."

Nawal Iman menganguk . Luqman Rafi'e menghembus nafas keluhan sebelum pergi .

Rai'a Amalina mencari-cari biskut yang sering kali dimakannya . Biskut oat dan juga coklat kisses berbadam . Semuanya bermula oleh Badriyah Umairah mengajar dia makan makanan tu . Tengok ! Dah kemaruk sudah .

"Jumpa ! " baru Rai'a mahu berlari menyambar coklat kisses itu , tangan lain sudah pun menyambar . Nasib baik ada lagi .

Nawal Iman terkejut ."maaf , ustazah nak ni ke , ambil la ." Coklat ditangan dihulurnya .

Rai'a Amalina menolaknya sopan . Sepertinya dia mengenali gadis hadapannya . Rai'a Amalina memejamkan mata untuk mengingati kembali .

"Nawal kan ?"

"Pardon?"

"kau , Nawal Iman kan ?" Rai'a menduga .

"Ha , betul la . Nama saya . Ustazah kenal saya ?" Nawal Iman berkerut dahi didalam hatinya menyoal diri ustazah berfurdah mana pula , takkam ustazah sekolah lama kut . Nampak muda lagi .'

"Ustazah , Nawal ?" Rai'a Amalina ketawa kecil .

"Ini aku lah , Lina . Amalina ." Rai'a Amalina memperkenalkan diri . Macam mana dia boleh panggil aku ustazah , mungkin kerana penampilan aku agaknya .

"Lina ? OMG ! It that the real you ? I miss you so much . Di mana kau menghilang babe ? Tengok la kau dah bermuslimah , bertudung , berfurdah lagi . " lantas badan Rai'a Amalina dipeluknya erat .

Rai'a Amalina membalas pelukkan Nawal Iman . " aku pindah sekolah , kau apa cerita sekarang ?"

"Still macam dulu , single available."

Aku tersenyum , Nawal masih tak berubah dari dulu lagi. Masih ceria seperti Badriyah Umairah. Baru berapa jam aku dah rindu kau sahabat.

"Aku dengar kau berlajar Sweden."

"Yup, Sweden. And now aku dah tamat pengajian. Kau tahu tak, aku terkejut dengar-dengar junior aku yang tembam became beauty ni pindah sekolah. Now ! Look at you so many change haaa?."

Aku tersengeh. "Suka panggil aku tembam, kan? kau pun apa kurangnya senior, semakin cantik. " puji aku pula.

"Nahh, just so-so. " Nawal Iman merendah diri.

"Siapa pula, adik aku bual tu?"soal Luqman Rafi'e pada diri sendiri.

Dia menghampiri dua gadis itu. Roti ditangan diletakkan kedalam trolly. Tersedar Nawal Iman akan kedatangan abangnya.

Luqman Rafi'e memandang gadis dihadapan adiknya. Cantik betul matanya. Rai'a Amalina yang sedar akan pandangan Luqman Rafi'e cepat-cepat menunduk wajahnya dan terus beristifar. 'Kau sudah ada bakal suami Rai'a . Jaga pandangan mata kau. ' Rai'a Amalina mengingati diri sendiri.

"Lina, aku kenalkan Abang aku, Luqman Rafi'e . "

"Abang, ni Amalina kenalan adik masa sekolah menengah dulu, dia junior adik tau. " jelas Nawal Iman.

Saat itu jantung Rai'a Amalina berdegup laju, mendengar Luqman Rafi'e disebut oleh Nawal Iman terus bergetar dirinya,

' Luqman Rafi'e , Abang kepada Nawal Iman ? Kenapa aku tak sedar selama berkawan dengan Nawal ? Ya Allah , ujian-Mu. '

Luqman Rafi'e menghulur tangan untur bersalam , " Rafi'e ." Tapi tidak disahutnya.

Rai'a Amalina hanya menunduk wajahnya. Nawal yang sedar kesilapan abangnya terus memukul tangan abangnya itu. "Ishh."

Luqman Rafi'e mengusap tangannya yang dipukul tadi sambil menjeling tajam kepada adiknya . "Kau ni, bang. Dah terang dia tak bersalam dengan bukan muhrim gatal hulur tu kenapa? report kak ipar, abang mengatal. " sekali lagi Luqman Rafi'e diugut oleh adiknya sendiri.

'Nawal ni , suka betul malukan abang dia sendiri . Depan kawan dia pula tu. Kau, ni dik. ' omel Luqman Rafi'e didalam hati.

"Aku, minta diri dulu, umi dan abah aku mesti dah tunggu . Assalammualaikum." Terus Rai'a Amalina melangkah pergi tanpa menoleh .

Baru ingat dapat berjumpa bakal suaminya malam nanti, tiba sahaja waktu percepatkan sekarang di pusat membeli belah juga mereka diketemukan .

"Ya Allah, rindunya aku pada dia. "

- isteri 17 tahun -

Isteri 17 Tahun Where stories live. Discover now