BAMM # 35

80.4K 3.1K 39
                                    


Aku bergegas ke pejabat seorang diri . Tak payah tanya sebab aku dah hafal sangat selok - belok sekolah aku ni . Oh , maksud aku sekolah lama aku .

Rindu aku pada waktu dulu . Ah , sudah sekarang bukan masa nak flashback . Aku dah lambat sangat masuk kelas sekarang ni . Rafi'e la ni nak kiss-kiss bagai . Dia tak tahu aku ni dah lambat 15 minit .

"Adoii ." aduh aku , terjatuh di atas lantai .

Aku langgar tiang ke tadi ? Perasaan mana ada tiang . Gila ke tengah-tengah jalan bina tiang . Sakit pula tu .

"Awak tak apa-apa ? maaf saya nak cepat tadi ." Mohonnya sambil menghulurkan tangannya untuk membantu aku .

Aku bangun perlahan-lahan . Hulurannya aku hanya pandang sekilas . Gila nak sambut , Bini orang kut dan bukan muhrim pula tu . Memang tak lahh .

"Maaf bukan muhrim ." kataku sambil mengemas pakaianku . Beg sekolah aku di angkat olehnya dihulur kepada aku .

"Maaf . Beg awak ."

Aku mengangkat muka . SubahanaAllah . Kacaknya . Aku beristifar di dalam hati . Jangan Rai'a kerja syaitan semua tu . Ingat suami kau dekat pejabat tu .

Lelaki dihadapan aku keras membatu . Lah , kenapa pula ? macam nampak hantu je  kenapa ? Aku melambai pada wajahnya . Pada mulanya dia masih membatu dan akhirnya dia sedar.

"Saya Muhammad Ammar . Ketua pengawas di sekolah ni . Am , awak ni pelajar baru ke ? Tak pernah nampak awak pun sebelum ni ." ujarnya peramah .

"Ahh , ya . Saya dari sekolah SMK Agama Al-Musflah . Baru berpindah ke sini ." aku juga turut berbicara . Tak payah la sesi perkenalan . Aku jadi kekok bila berbual dengan lelaki tanpa berteman .

Selalunya , Badriyah Umairah yang akan menemani aku di saat berbual dengan Harith Khuwalid . Sekarang .. Hm , rasa tak selesa pula .

Dia memandang aku atas dan bawah , amboi ! Ini yang aku rasa tak sedap ni . Mata tu , mata tu jaga sikit . Aku ni bini orang okey !

"Patut la pakaian sekolah awak labuh aje . Kalau awak nak tahu di sekolah ni tak ramai perpakaian macam awak . Cantik ."

Erk , ayat akhir tu buat aku kurang dengar . Dia puji aku ke tadi ?

"Erk .. Apa ?"

Dia menayangkan wajah terkejut dan gelisah . Pelik .  Aku berkerut dahi . Dah kenapa mamat depan aku ni ? Naik takut aku .  "tak ada apalah . Mari saya tunjukkan kelas awak . Awak kelas apa ?"

"Am .. Kelas 5 - 2 sains ?"

"Wah , sebelah aje dari kelas saya . Marilah kita bergerak sama . "

Aku hanya mengganguk lalu , berganjak ke kanan sedikit menjauhkan jarak kami . Kekok dan tak selesa semestinya . Ammar hanya membiarkan sahaja dan masih berbual dengan aku .

Kebanyakkan aku hanya mengganguk , tersenyum . Setiap kali dia bertanyakan namaku aku hanya mendiamkan diri . Nasib baik la tudung aku ni tiada nama dan hanya lencana sekolah lama aku sahaja yang masih setia di situ . Alhamdulilah .

Kami telah sampai di hadapan pintu bilik kelas aku iaitu , 5 - 2 sains . Aduh , masa ni la gemuruh aku nak datang . Masuk dan lapor diri pada guru itu aje Rai'a . Apa yang susah sangat ? Aduhh . .

Ammar memandang aku yang tiba-tiba berhenti melangkah . "awak tak nak masuk ke ?" soalnya .

Aku memandangnya.  "Saya .. Takut la ."

Ammar tersenyum . "Tak apa mari saya tolong . "

Aku hanya mengganguk lalu mengekori Ammar dari belakang . Ammar memberi tahu kepada Puan Masyitah iaitu guru kelas aku yang mengajar mata pelajaran sains tulen .

Setelah selesai . Ammar memohon diri untuk memasuki kelasnya . Sebelum itu sempat dia mengenyetkan matanya kepada aku sambil senyum manisnya itu . Aku membulatkan mataku . erk ...

"Class , this is our new student . I hope everyone be nice to her . Terutama sekali kamu , Danial . " aku memandang lelaki yang namanya Danial itu .

Rakan disebelah Danial mengoncangkan badan Danial yang lagi sedap tidur itu .

"Apa kau ?" dengan suara yang masih mengantuk dia memarahi rakannya .

"Danial . siapa suruh kamu tidur ? Sekarang waktu belajar bukannya waktu kamu untuk bermimpi . Bangun dan cuci muka kamu . Now !" arah Puan Masyitah tegas .

"5 minutes teacher . "

"Now !"

Danial bangun lemah , sambil kepalanya dia digaru berkali-kali . Aku hanya mampu menggeleng sahaja . Dia bangun dan keluar daripada pintu berlakang kelas . Pelajar di dalam kelas hanya menjadi penonton setia .

"Rai'a , have a sit . Misya . "

"Yes , teacher ?"

"Kamu boleh duduk di sebelah Misya . Penolong ketua pengawas kita ."

Aku mengganguk faham  . Aku melangkah ke arah tempat duduk aku itu.  Misya tersenyum ke arah aku . Haishh , sah dia tak kenal aku .

"Assaammualaikum ." tegur aku .

"Waalaikummusalam . saya Misya."

"Saya Rai'a , tapi awak boleh panggil saya Lina ." aku memberi klu .

"Lina ?"

Aku mengganguk . "ya , kenapa ?"

"Ahh , tak ada apa ." dia tersenyum lemah . Masih tak dapat cam aku ke Misya ?

"Misya .. Ni aku la Lina ..Lina budak gemuk ?" aku cuba menahan suara aku . Yalah , cikgu tengah mengajar di hadapan . Tak pasal ditegur nanti , dapat malu je .

Misya membutangkan biji matanya sambil mulutnya di tekup oleh kedua belah tangannya . Seperti tak percaya . Memang tak percaya pun .

"Li-lina ? Are you serious . OMG ! Kau berubah sangat . You're so beauty . I miss you damn so much . Mana kau menghilang , babe ?"

Aku hanya tersenyum dan ketawa kecil . Peragai masih tak beruah . "Nanti aku cerita. Sekarang masa belajar ."

"Janji ?"

Aku mengganguk . Janji . Gembira Misya aku tengok . Apalah riaksi dia bila tau aku ni isteri Luqman Rafi'e . Agaknya paling teruk pu pengsan aje kut .

- isteri 17 tahun -

Isteri 17 Tahun Where stories live. Discover now