BAMM # 41

75.3K 2.8K 35
                                    


"Misya , dah seminggu aku bersekolah dekat sini . Tak pernah aku nampak pengetua . Entah lelaki , entah perempuan." aku memulakan bicara . Naik lemau asyik menghadap buku je .
Sekarang waktu seni . Kesemua perlajar kelas tingkatan 5-1 sains dan 5-2 sains ditugaskan ke perpustakaan . Jadi bagi melarikan diri daripada Amir , aku menarik Misya ke ruang belakang yang jarang dipenuhi orang .

Walaupun ada satu tubuh disebelah kami , dari lagak belakang macam tubuh lelaki . Sekolah ni ada juga pelajar perempuan yang tidak bertudung . Jadi agak susah la .

Mungkin pelajar itu sedang membuat taik mata . Tak bergerak dari tadi . Aku menutup muka buku ku .

"Pengetuan kita lelaki . Muda lagi and also single . Kalau kau nak tahu dalam banyak sekolah pengetua kita yang paling muda . Pengetua kita ni bukan calang-calang orangnya , walaupun dia berpangkat tinggi , cikgu-cikgu yang lebih tua daripada dia hormat . Dengan pelajar pun baik . " terang Misya bersungguh-sungguh .

"Oh , begitu . Berapa umur pengetua kita ?"

"29 tahun ."

Aku membulat mata . "kau biar betul . Peringkat PHD pun belum tentu lepas . "

"Kan... Mikael ."

Aku menjongket bahu tidak faham . Asal tetiba naik nama Mikael pula ni ?

"Oh , sorry . Nama pengetua kita Alif Mikael . "

Zappp ! Terpanah aku seketika . Tak akan abang Alif ? Mungkin nama sahaja yang sama . Orangnya lain . Abang Alif dah lama menghilangkan diri Rai'a . Dia dah lupa siapa kau . Kalau betul dia ingat aku dia akan balik jumpa kau . Tapi malangnya tidak sama sekali .

Tangan aku disentuh oleh seseorang membuatkan aku tersedar ."Lina ? Kau okey ? Kenapa menangis babe , aku ada salah cakap ke ? "

Misya cemas , walaupun dia tidak tahu jika dia ada atau tidak menggores hati aku .

Aku mengesat air mata aku ."tak ada apa . Cuma teringat kenangan silam ." aku ketawa kecil menutupi wajah cemas Misya .

"Kau masih ingat senior ke ? Lina semua tu dah lepas . He is your husband now . Kau dah maafkan dia kan ? Jadi buang yang keruh ." nasihat Misya . Nasib baik la tak ada orang yang dengar cuma pelajar lelaki yang sedang tidur disebelah meja kami berdua .

"He is your husband ? Kau dah kahwin ?" terkejut aku dan misya serentak apabila soalan itu diajukan sekali lagi .

Malah lebih terperanjat apabila soalan itu dituju oleh pelajar disebelah kami . Secara perlahan kami berpaling .

Oh , tidak . Danial .

"Husband ?" sekali lagi Soalan itu diaju .

Aku pandang wajah Misya lalu sepakkan penalti aku berikan kepadanya . Kenapala kau tak kawal suara tu . Ya Allah . Misya !

"Aduh . Arkk , husband ? Awak salah dengar Danial . Mana ada saya sebut husband ." misya cuba untuk berdalih .

"Telinga aku masih fresh dan boleh diguna pakai . Jadi dalam erti kata lain ... aku tak pekak ."

Misya tersengeh . Bukan dia tidur ke ?

"So , Amalina . Dah kahwin , really ?"wajah yang selamba dia persoalkan aku .

"Huh?"

"I'm waitting for your answer ."

Aku pandang Misya . Tolong la . Masih awal untuk dia orang tahu . Malahan aku tak kenal mereka sama sekali . Hanya tahu nama sahaja , latar belakang ? Of course tak .

"Husband - to - be ." Misya tiba-tiba menyelamatkan keadaan .

"Bakal suami ? Calon ? Haha , budak perempuan . Apa-apa sajalah ." Danial bangun daripada tempat duduknya .

Isteri 17 Tahun Where stories live. Discover now