BAMM # 55

75K 2.8K 88
                                    


Aku bingkas bangun apabila aktiviti menoton tv aku diganggu oleh Rafi'e yang tiba - tiba duduk disebelahku . Boleh pula dia bermain - main dengan jari jemari aku . Nak pujuk aku la tu ?

Now , ini cara perempuan merajuk .

Waktu aku mahu memasak untuk waktu makan petang , Rafi'e juga turut kedapur . pelbagai cara dia gunakan untuk berkomunikasi denganku . Aku hanya mendengar tidak membalas kata .

Sekejap tanya nak potong macam mana? Nak letak apa ? Kena tambah air ke ? Semua dia tanya . walaupun dia dah hafal setiap apa yang perlu dimasukkan .

Maklum la sejak kejadian jari aku terhiris terkena pisau . Kerja memotong semuanya dia nak buat . Jadi , bagi ajalah . Bukan senangkan dapat pembantu dapur sekali . huhu

"Sayang tak nak makan sekali ?" Rafi'e memandangku yang sedang menyeduk nasi ke dalam pinggan .

"Awak nak lauk apa ?"

"Apa pun tak apa . semua biy makan ." jawab Rafi'e sayu .

Okey , aku letak ajelah . semua kau makan kan ? Setelah selesai aku hulurkan padanya.

Rafi'e tak menyabut malah hanya memandang isi pinggan itu lalu dibawanya ke wajaku dengan wajah meminta simpati ?

' Dia nak mulakan dah . '

"Suap ?" pintanya manja .

"Bukan kali ni ." aku meletakkan pinggan di depannya . Kemudian bertindak untuk meninggalkan Rafi'e seorang diri.

"Kalau tak sudi .. Teman la biy makan , bolehkan ? ."

Aku menarik nafas . Kerusi aku tarik memberi ruang untuk aku duduk . Rafi'e tersenyum puas .

' Kau masih sayang aku Rai'a ' getus hati kecil Luqman Rafi'e .

"Done ?"

"Nak ke ? Oh baru tahu .."

Aku berkerut dahi . "apa ?"

"Nak biy suapkan , kan ? Ngadanya sayang kita ni ." Rafi'e mula mengusikku. Nasi telah pun dijemputnya bersedia untuk dihulurkan kepada aku . Badannya dilonjak kehadapan sedikit .

"Saya taknak la . "

"Makan la sikit . Nanti sayang sakit macam mana ?"

"Tak . nak . " aku tetap keras menolak .

"Kalau sayang benci sangat pada biy tolonglah fikir kesihatan sayang , itu je biy minta . sayang ?" Rafi'e merayu kepada aku .

Suka betul buat muka macam tu .. Ishh , dah nama manja tu manja juga .

"Yalah . pinggan . " suara ala-ala malas gitu aku buatkan .

"Makan banyak - banyak tau . "

"Tahu lah ."

"Sebelum makan baca bismillah dan doa makan . "

"Tahu ." kataku setelah selesai lauk diceduk . Doa makan aku baca seperti yang diperingati olehnya tadi

"Eh , basuh tangan dulu . "

"Ish ." aku bangun . Banyak songeh la dia ni .

Aku membasuh tanganku sesuci secukupnya . Terkumat - kumit mulut aku membebel . Geram betul aku dibuatnya .

"Adalah tu , gaya nak lembutkan hati aku . Jangan pernah kalah Rai'a . Ingat dia sorang je boleh ego , isteri dia pun boleh . " aceh action aje .

"Sayang.. Basuh tangan pun lama ke ? Cepat la biy tunggu nak makan sekali . " suara Rafi'e memanggilku di ruang meja makan .

Isteri 17 Tahun Where stories live. Discover now