BAMM # 40

76.3K 3K 39
                                    


Aku menyikat rambut panjangku . Tapi dalam keadaan yang tidak seberapa selesa . Rafi'e di katil dari tadi hanya memandang aku kosong . Aku lihat pada muka cermin , dia masih setia memandang aku .

Akhirnya , aku sudah tidak tahan . Naik risau aku dengan pandangan matanya itu .

"Apa pandang-pandang ? Nak saya sikatkan juga ke?" aku memerli . Geram .

"Apa sayang ?"

Aku mengeluh kasar . 'Dia ni , nak ganti aku pula ke kuat mengelamun ?'

"Tak ada apa , saya cakap sikat rambut ni cantik ." sekali lagi aku memerli .

"Biy dengar la . " katanya .

'Dengar ?! Sakitnya hati .'

Aku meneruskan rambut aku disikat . Jangan la peragai dia tu Rai'a . Malam-malam memang otak dia bergitu .

"Sayang..."

Nama aku diseru , aku buat tak endah .

"Sayang..." alunan suara manja pula dia gunakan .

"Kenapa awak..." jawabku meleret .

"Sini kejap . Teman biy . " pintanya .

"Saya nak sikat rambut saya la , awak ." aku menolak . Alasan yang aku main gunakan aje .

" 10 minit je . Biy nak luahkan sesuatu , please ?"

Haishh , suami aku ni . Sejak bila pandai bermanja dengan aku ni . oh , ya .. Sejak aku dan dia bergelar suami isteri .

Aku akur . Sikat rambut aku letakkan di atas meja solek semula . Rambutku dibawa semua ke kanan bahuku .

Perlahan - perlahan aku melangkah pergi kepadanya . Aku mengambil tempat , menghadap didepannya .

"Okey , luah la ."

Tangan aku di gengamnya lalu diberikan ciuman pada tanganku . lama .

Aku menjongket kening . Asal ni ? Dah pukul berapa , yang tiba -tiba macam ni ? Selalunya sebelum tidur tak ada pula pantang larang dan adat , apakah ini ?

"Awak okey ke ?"

Dia memandangku . Kini tangannya mula mensasarkan pipi kananku . Mata aku hanya mengikuti gerak tangannya lalu memandang wajahnya semula .

Aku mula cemas . Apa dia buat ni . Dah naik seram sejuk aku dibuatnya .

"Awak .. Nak luah apa , cakap la ." aku mula mendesak . Takut aku pun dah lain macam ni .

"Cuak ke ? " Rafi'e ketawa kuat .

'Nak kena kan aku la ni? Tak apa - tak apa . tunggu .'

"Maaf sayang . saja je nak usik sayang . Tengok sayang cool aje . Hebat ye , isteri biy ." dan .. Seperti biasa rambut aku pasti akan dia serabutkan .

Daaaa .. Aku baru sikat okey , rambut aku ni !

"Hei , saya baru selesai sikat rambut saya la ." marah aku sambil berpeluk tubuh .

Rafi'e ketawa lagi . comel baginya melihat Rai'a sebegitu .

"Awak nak luahkan apa sebenarnya ?"

"Bukan luahan tapi pertanyaan . Boleh ?"

"Terserah . " jawab aku bersahaja .

"Tatap mata biy , jawab dengan jujur . " tegasnya .

Aku menggamguk .

Aku tatap matanya , seperti yang disuruh . Tiba-tiba mata aku ditutup oleh tangan Luqman Rafi'e .

Aku memarahinya " Apa awak ni ! Tadi suruh tatap mata awak , kenapa awak tutup mata saya ?"

"Kita tukar la . Sayang macam nak goda biy je . Boleh lemah iman biy . Tak pasal malam ni juga sayang dapat ."

Aku menolak pipinya lembut ."Boleh tak jangan jadi miang sangat . Dulu awak tak pernah pun nak miang buluh macam ni ."

"Sayang .. Past is past . Biy tahu dulu biy jahat dengan sayang . Maafkan biy . "

Dia menunduk kepalanya , mungkin kerana rasa bersalah . Aku mengangkat kepalanya dengan dagunya aku pegang .

Aku menarik senyuman pada bibirku .

"Saya dah maafkan lama dah . Malahan lebih sayang adalah ."

"Betul ? Amboi ini kes mengoda ni ." sekali lagi dia mengulanginya .

"Tengok tu ."

"Gurau . .. Sayang ... Kenapa sayang menangis petang tadi ? Disebabkan biy kan ? " soalnya dan terus memandangku tepat .

"Eh , tak adalah . Perasan la awak ni ." aku cuba untuk berdalih .

"Kalau bukan sebab biy , mesti ada sebab lain kan ? ." Rafi'e mencuba lagi ingin tahu sebabnya .

"Tak ada . Betul . "

"Sayang tolong luahkan . Biy dulu pun pernah okey , berumur 17 tahun . Jadi biy tahu pemikiran otak 17 tahun sayang . Pasti ada sebabnya . " ujarnya .

"Jadi awak nak tahu , apa otak 17 tahun saya ni fikirkan ?" soal aku yang sudah mendapat satu idea untuk dia melupakan hal ini .

"Mestilah ."

"Ini . " terus aku mencium pipinya . Sejak bila aku berani cium dia ni ? Lantak la kan ? Suami sendiri siapa yang nak halang dan siapa yang nak mengata .

"Rai'a .."

Lantas aku memotong ."Good night . Pergi tidur . Saya nak minum air kejap . Bila saya naik awak mesti dah tidur lena tau . "

Tanpa menunggu jawapannya aku bergegas keluar . Malu ! Pipi aku dah berbahang merahnya . Kalau dia nampak lagi bertambah la kemerahan pipi aku ni .

Luqman Rafi'e hanya memandang isterinya keluar begitu sahaja . Tanpa dia sedar , terbit senyuman indah pada ukiran bibirnya sambil tangan kanannya menyentuh pipi yang dicium oleh Rai'a Amalina .

"Sayang , takkan lepas ." gumam Rafi'e separuh berbisik .

   - isteri 17 tahun -

Isteri 17 Tahun Where stories live. Discover now