BAMM # 29

87K 3.4K 384
                                    


Dah 3 hari aku menetap dekat kampung ni . Kampung opah pun sama juga dengan rumah aku . Ada sawah padi , kerbau pun ada .

Kalau la Rafi'e tau peragai aku yang suka naik atas kerbau mesti dia terkejut besar . Hilang habis keayuaan aku .

Aku meneliti wajah aku pada muka cermin .  Siap ! Rasanya tak ada yang tertinggalkan ?

Aku paling ke katil . Hm , beg baju ada . 1 , 2 cukup .

Tiba-tiba bunyi pintu dibuka oleh seseorang . Aku menelan air liur . Haish , buat takut aku je .

"Cepatnya bersiap . "

"Hm . awak-" okey aku dah mati kata . Ya Allah , menyesalnya paling tengok dia . Apa yang dia fikir sekarang ni . Nak goda aku waktu sekarang ke ?

"Kenapa, sayang?" dia melangkah setapak .

Aku dengan cemas berundur dua tapak . Tak main la satu tapak . Dua tapak lagi menjauhkan jarak aku dengan dia . so , dua tapak .

"Ba-baju ?"

"Biy baru lepas mandi la ."

"Bila awak masuk ? Saya tak dengar bunyi air pun . "

Luqman Rafi'e ketawa lucu . "apa yang sayang merepek ni ? Ni kampung sayang bukan rumah kita . Biy mandi dekat dapur la . Pintu sayang tak kunci , malas nak ketuk biy masuk aje la ."

Ceh , mana ada merepek . Cemas jelah . Aku mencebek .

"Muncung lagi . Panjangkan lagi bibir tu . Senang biy nak sangkutkan tuala ni . nak ?"

Eh , eh  . Main ugut tuala dia pula .

"Lain kali bawa la baju sekali ."

"Biy dah terbiasa la sayang . kenapa tak suka ? Jarang tau perempuan tak suka body sasa macam biy . " ceh , isi bakul angkat sendiri . Puji apa tah lebih - lebih .Dulu kau bukannya sasa pun . Kering adalah .

Aku menyambar baju t-shirt di atas katil . Dengan beraninya aku melangkah ke arahnya .

"Apa-apa la prince . Pakai baju , saya nak jumpa opah . Sebagai denda awak angkat beg pakaian kita . " baju ditangan aku lempar ke arahnya .

"Baiklah my princesss ." Rafi'e menunduk hormat seperti kerabat diraja .

Hei , ingat aku tak boleh ?

Aku tersenyum sebalik furdah . Balas balik ye . Aku menarik sedikit kedua belah sisi jubahku lalu , menunduk hormat 90 darjah . Amacam ? Macam kerabat diraja tak ? Huhu .

Dan sebagai pencuci mulut . Kenyitan mata aku hadiahkan . Aku berlalu pergi . Rasa malu la pula buat sedemikian . Haishh , tak boleh bagi dia nampak .

Pintu bilik di tutup .

Rafi'e tersenyum seorang diri . Terima kasih kerana menghadiahkan Rai'a kepada aku .

"Kau tak ubah seperti dulu , Lina ." katanya sambil tersenyum . Rafi'e dah tahu ke siapa Rai'a ?

-----------

"Opah buat apa tu ?"

"Rai'a . Saja bungkuskan untuk kamu berdua bawak balik . "

Aku mengganguk . Ooo .

"Apa dalam bekas ni ?" penutup bekas berwarna merah jambu menarik perhatianku .

"Yang ni untuk Nawal . Semalam dia telefon opah katanya teringin sangat nak makan . Opah pun buat kan la ."

Aku mengganguk lagi . Bekas itu aku ambil lalu membuka penutupnya sedikit . Aku membaunya .

"Apa ni opah , busuknya ."

"Ni lah budu , buatan air tangan opah tau . "

Aku meletaknya semula .

"Tak tahu pula Nawal suka budu . Dulu dia cuma layan makan makanan orang luar . "

Opah ketawa kecil . "ego je Nawal tu . Luaran aje tapi dalaman masih orang kampung. Iya tak ? "

"Betul . "

Aku membantu memasukkan bekas-bekas itu ke dalam beg plastik . Banyak juga la .

"Rai'a , opah nak minta tolong boleh ?" suara opah kendengaran lemah .

Aku pandang opah . Bahunya aku usap . "InsyaAllah kalau Rai'a mampu , Rai'a akan tolong . "

"Tolong tengok-tengokkan Luqman ye ? " tangan aku diambil lalu digengamnya erat .

"Kenapa opah cakap macam tu . Opah ... Apa maksud opah ? Rai'a tak faham . " aku membalas gengamannya .

"Opah ingat siapa Rai'a . Akhirnya doa Opah termakbul ."

Aku terkejut . opah kenal ?

"Opah , kenal Rai'a ?"

"Lina yang montel tu kan ? Opah tak lupa lagi . "

"Tapi ... Macam mana ?"

Matanya memandang dahi aku .

"Hari pertama Rai'a datang ke sini dan kali pertama Rai'a makan malam di sini . Opah nampak parut tu walaupun Rai'a lindung dengan tuala . "

Aku garu kepala . hehe . Macam penyiasat pula opah ni . Meremang bulu roma aku .

"Opah , please jangan beritahu Rafi'e tentang hal ni . Rai'a nak dia tahu sendiri tanpa pemberitahuan siapa-siapa . Boleh ye opah ?" ujarku separuh merayu .

"Opah faham . Jangan risau . Opah dulu pegang watak heroin dalam lakonan sekolah . Opah tau serba - serbi lakonan ni . "

Aku ketawa . Opah ni . Aku memeluk badan tua opah . "terima kasih opah . "

"Sama - sama , sayang ."

Rafi'e yang sedang mendukung cik di belakang badanya menuju ke dapur . Langkahnya terhenti .

"Kami terlepas drama penting ke ?" tegur Rafi'e .

Opah melepaskan pelukkan aku . Aku menunduk malu . Aishh , kacau je orang nak berdrama . Sama je dengan si Nawal tu . Adik , abang dua - dua sama peragai . Penggangu  !

"Akak nangis . " sudah cik ni nampak saja .

"Sayang nangis ke ?" Rafi'e pula bertanya .

Aku menggeleng . Menafikan .

" Dah jom . Nanti lewat pula sampai KL . "

"Tengok cik , opah halau abang Man ." adu Rafi'e .

"Padan muka ." cik ketawa .

Rafi'e tarik muka , geram . Budak kecik tak membantu dia langsung . Rafi'e mengajak aku turun . Aku mengganguk lalu menyambar plastik yang berisi bekas makanan tadi di atas meja . Tangan opah  aku gengam dan menariknya mengikuti aku .

  - isteri 17 tahun -

Isteri 17 Tahun Where stories live. Discover now