BAMM # 25

88.8K 3.5K 112
                                    


"Betul tak ?" soalnya , membuatkan aku tidak faham .

Aku berkerut dahi sambil menanyang muka blank .

"Sayang gemukkan?"

"Ye gemuk . kenapa , awak ada ingat apa-apa ke?" aku sudah mula teruja .

Rafi'e menggeleng . "tak ada ."

Cehh , punah harapan dan semangat . Aku menghembus nafas geram lalu menjentik pada dahi yang diketuk oleh ku . well , secara sengaja nak bagi sakit lagi .

"Aduhhh ". adu Rafi'e .

"sakit tak ?" soal aku selamba badak . Padan muka .

"Sakit la sayang ." lengan aku ditarik supaya duduk disebelahnya . Aku akur sahaja .

" Rasa dia lebih kurang macam ni ." tanpa sebarang isyarat terus dahi aku dijentiknya .

Aku mengusap dahi aku . Sakit la !

"Apa pukul sayang ni ." marah aku tanpa sedar menggelar diriku , erk .. Sayang ?

Saat itu Luqman Rafi'e sudah pun tersenyum lebar .

"Alolo . sakit ke sayang ? Sini meh biy kiss dahi yang sakit tu . "

Terus aku menolak muka Rafi'e kasar apabila badanya sudah mula mendekati aku .

'Pagi-pagi dah nak mengatal.'omel aku tidak berpuas hati .

"Sayang.. Nak kiss ." merontaknya sambil tangan tergapai-gapai mahu memelukku tapi tak kesampaian . Haa , tau sebab apa ? Sebab aku tahan muka dia lagi . Walaupun aku tahu dia sengaja je sebenarnya . Nak mngedik ! Dia lebih kuat kut dari aku . Lelaki guys .

"Dah bangun . Saya nak kemas katil . Shuhh..shuhh .''aku menolak badanya lembut .

"Amboii, halau suami macam halau kucing ." kini Rafi'e memuncungkan bibirnya . Nak aku pujuk ? Tak ada masa nak memujuk ni . Plan B hancur !

Kau guna otak apa ni suamiku , Luqman Rafi'e ? Besi ke bata ? Susah sangat ke sampai tak boleh ingat aku walaupun sedikit . Tak sedikit pun , suku pun jadi lah . Aku tak kesah !

Cuma aku kesah , sama ada kau terima aku seadanya seperti kau kata pada aku tempoh hari . Aku taknak dengan mulut manis tapi dengan hati sendiri , ikhlas berkata macam tu . Barulah aku tahu yang aku tak syok sendiri dari dulu sampai sekarang .

"Turun la awak . " aku mendesak lagi .

"Tak . nak ."

"Turun la , please . " kini aku mula bertukar kepada merayu .

Dia menggeleng .

"Awak tak turun saya panggil opah ." ugut pula . Haha.

"Tak . takut . Panggil la ."

Aku mengeluh . Geram betul la mamat ni . Macam nak aje ambil balik cebuk mandi di bawah katil tadi , pukul biar ingatan dia cepat sembuh . Lebam sebiji pun tak apa . Lantak janji dia ingat siapa aku .

Satu lagi sifat degil dia tu . Aishh desak tak menjadi , merayu pun tak menjadi . Nama opah pun tak menjadi ! Mesti dia tahu yang opah tak ada dekat rumah .

"Fine . Nah awak kemaskan katil. "

Terus aku bangun dari katil , baru mahu melangkah , mata aku ternampak cebuk itu tadi , aku apa lagi guna kaki untuk tendang masuk bawah katil semula la. . Kalau dia nampak kantoi la , aku yang hentuk kepala dia .

"Bunyi apa tu ?" tegur Rafi'e.

"Tak ada bunyi apa la . Dah kemas katil . Dah siap baru boleh turun makan ." aku melangkah pergi . Adalah juga dengar rungutan Luqman Rafi'e "Alahhh, sayang ." ha macam itulah rungutan dia . Tapi aku buat tak dengar aje .

Lantak lahh ..

Siapa suruh degil sangat .

Ishh , aku kena cari cara lain ni untuk dia kenal aku . Susah , betul bila otak suami sendiri ada benteng pertahanan . Apa aku kerjakan semua tak ingat ! Herrr .

"Nasib kau la Rafi'e , isteri suruh buat ajelah ." Rafi'e mengeluh .

Dia bangun mengemaskan katil seperti yang disuruh oleh Rai'a .

Beberapa minit sahaja sudah siap dia mengemas . "Alah , kacang je ."

"Mananya batal satu lagi ?"soalnya pada diri sendiri .

"Takkan bawah katil kut . Buas betul Rai'a tidur ."

Rai'a juga dituduhnya . Dia yang tidur buas , cakap orang . Ciss !

Luqman Rafi'e merendahkan badanya untuk melihat di bawah katil . Tak ada . cuma cebuk mandi aje yang tersesat bawah ni .

Dia bangun semula ."nanti , cebuk mandi ?"

Luqman Rafi'e mula mengimbas kembali . Sepertinya dia macam tahu siapa yang pukul dia tadi .

"Adoiii ! . " bangun terduduk Rafi'e sambil mengusap dahinya .

"Ke-kenapa awak ? Terkejut saya ."

"Tak tahu la . rasa macam kena ketuk ni . sakit oh ." ujar Rafi'e.

"Sorry ."

Kenapa dia perlu minta maaf ?

"Bunyi apa tu ?" tegur Rafi'e.

"Tak ada bunyi apa la . "

Tak akan Rai'a kut . Tapi , kenapa dia nak pukul aku ?

"Nakal ye . Nak kena sayang ni . Tunggu lah . " terbit senyuman nakal pada bibir pink milik Luqman Rafi'e .

- isteri 17 tahun -

Isteri 17 Tahun Where stories live. Discover now