1. Eureka?

7.2K 555 88
                                    

*Dupp..Dupp... Dupp... Dupp...

Degupan jantungnya kembali berfungsi. Perlahan-lahan denyutan jantungnya dapat dirasakan. Dadanya mula berombak, rongga hidung kembali sesak dengan pertukaran molekul Oksigen dan Karbon Dioksida. Peredaran darah perlahan-lahan bergerak kembali ke litar urat.

Azim cuba untuk membuka matanya. Segalanya tampak kurang jelas. Dia hanya dapat melihat bayangan dua susuk tubuh badan manusia disampingnya.

Pipinya ditampar kasar. Disebelah kanan, kedengaran suara garau memekik memintanya sedar semula. Disebelah kiri pula suara lembut meronta-ronta memintanya sedar semula. Sayup kedengaran.

"Denyutan Kleim dah kembali! Kleim! Kleim Dy Rosso!" Suara garau itu memekik.

Kleim? Kleim Dy Rosso? Siapa Kleim? 

"Dah sedar? Syukur kepada tuhan! Bawa dia ke bilik rehat! Cepat!"

Selebihnya, dia tidak dapat menangkap apa yang dibualkan oleh mereka berdua. Dirasakan berat matanya. Tiada daya untuk bertanya apa yang terjadi. Namun, dia tahu kedua-dua orang ini sedang cuba sebaik mungkin untuk menyelamatkan keadaan.

Aneh! Sungguh aneh!

"Apa yang dah terjadi padaku??!!!"

++++++++++

Namaku Azim. 25 tahun. Aku merupakan salah seorang saintis yang bekerja di Malaysia. Hidup aku membosankan bagi sesetengah orang. Aku seorang yang kuat bekerja. Mat Saleh kata Workaholic. Kehidupan aku banyak diluangkan di dalam makmal penyelidikan dan bilik pejabat. 

Rakan-rakan sekerjaku yang lain melihatku seperti mesin. Berfungsi 24 jam tanpa henti. Tapi aku tak kisah. Di usia muda ini, aku banyak membuat penemuan-penemuan saintifik. Nama aku banyak terpampang dalam journal-journal kimia dan farmaseutikal. Aku juga kadangkala dijemput untuk memberikan talk supaya dapat memberi sumber inspirasi kepada murid-murid sekolah rendah dan menengah. 

Eureka! Eureka!

Aku suka sebut Eureka! bila aku berjaya menemui sesuatu penemuan hasil daripada kajian.

Sudah menjadi adat, bila sesuatu kejayaan ditemui, orang-orang barat akan melaungkan Eureka yang membawa maksud aku dah jumpa! Menurut sorotan sejarah, Archimedes yang merupakan seorang pakar matematik pada zaman Yunani adalah manusia pertama yang memulakan trend gila ini. 

Disiplin ilmu penyelidikan aku kebanyakan berkaitan dengan bidang kimia dan farmaseutikal.  Walaupun tak pernah dicalonkan dalam senarai calon anugerah saintis terbaik Malaysia, sekurang-kurangnya aku dapat menyumbang dalam bidang penyelidikan di Malaysia.   

Masa cuti aku banyak dihabiskan dengan menulis laporan serta membaca jurnal-jurnal penyelidikan terkini dari seluruh dunia. Walaupun ketika waktu cuti, aku sibuk menyelongkar data-data yang diperolehi hasil dari kajian dalam makmal. Kadang-kadang aku akan berjaga semalaman demi menjalankan ujikaji dalam makmal. Walaupun aku mempunyai 2 orang Lab assistant yang cekap dan hebat, namun mereka hanyalah pekerja yang mengikut sistem. Masuk kerja dan balik kerja on-time. Mereka tidaklah giat seperti aku.  

Bagi aku, cuti atau tidak, tiada beza. Aku memperuntukkan masa tidurku hanya  4-5 jam sehari bergantung kepada beban kerja. Selebihnya aku akan bekerja. Bilik rehat staff memang selalu menjadi tempat tidur aku. Kadang-kadang, kalau aku rasa macam leceh, aku tidur di belakang lab beralaskan sleeping bag.

Aku jarang sangat balik ke rumah sewa. Budak-budak rumah aku bukan kenal sangat. Balik kampung? Lagilah jarang nak balik ke rumah orang tuaku. heh. Mujur mereka memahami kerja aku macam mana. 

Aku sememangnya puas dengan kehidupan begini.  

Dalam kotak fikiranku dipenuhi dengan idealism saintifik. Aku mahu mencipta satu utopia; dimana masyarakat lebih mempercayai penjelasan serta bukti empirikal berpaksikan sains moden. Aku mahu masyarakat kita maju dan berdaya saing seiring dengan masyarakat di Eropah. 

Seperti hari-hari kebanyakan yang lain, aku akan bekerja sehingga lewat malam.

Cuma....

Malam itu sungguh cantik. Tanpa awan menyelindungi langit, bintang-bintang bergemelapan memancarkan cahayanya. Kebiasaan sebelum menyambung semula kerja, aku akan melihat isi langit. Cahaya bintang yang berkilauan membuatkan aku sering tertanya;

berapa lamakah kecantikan ini akan kekal?

Retorik! sungguh Retorik!

Sebagai seorang saintis, pastinya soalan ini retorik! Cahaya bintang yang aku lihat sekarang kemungkinan berasal dari jutaan tahun yang lampau. Ini adalah hukum Fizik. Bintang-bintang yang sedang aku lihat ini mungkin beratus-juta tahun cahaya jaraknya!

Kita ambil contoh, cahaya matahari mengambil masa lebih kurang 8 minit 20 saat untuk sampai ke bumi. Ini bermakna, cahaya matahari yang menerpa ke muka kita diawal pagi adalah cahaya dari permukaan matahari 8 minit 20 saat sebelumnya.

Kemungkinan bintang-bintang yang aku sedang lihat sudah lama mati kerana kehabisan bahan bakar. Mungkin juga sudah menjadi bintang kerdil putih (White Dwarf), ataupun lebih teruk lagi menjadi lohong hitam (black hole).

Siapa tahu? Cahaya terakhir dari bintang itu pun tidak sampai lagi ke retina mata kita. haha.

Usai memerhati, aku mula bergerak masuk ke makmal.

Aku merasakan hari ini sangat berbeza. Entah kenapa, mataku seperti mahu terpejam rapat. Kepalaku seperti ditonyoh-tonyoh dibelakang. Dadaku berat. Pola pernafasanku sedikit terganggu. Ahh...! Mungkin aku kepenatan. Ye lah, seharian aku bekerja. Aku mengambil keputusan untuk baring sekejap di sofa yang disediakan di bilik rehat staf.

"Pejam mata kejap. Sekali-sekala apa salahnya. kan? hehe"

Pandangan mata mulai gelap. Macam biasa, aku mengganggap tidur ini untuk recharge balik tenaga. 

Tapi tak sangka pula kan....

++++++++++

Arc ChemistDove le storie prendono vita. Scoprilo ora