3. [Caeleste Arte]

3.8K 345 33
                                    

*Knock Knock Knock

"Tuan Kleim. Marilah makan. Saya bawakan sedikit makanan." Eonna membawa dulang yang sarat dengan semangkuk sup kentang pekat, jus oren dan sekeping wafer coklat keemasan kegemaran Kleim.

Terima kasih Eonna. Berikan saya sup kentang tu. Untuk wafer tu, awak ambil je lah." Azim kemudian menghulurkan wafer coklat kepada Eonna.

"Maaf Tuan Kleim, tuan kan tahu yang kami dilarang untuk makan makanan yang keluarga Tuan makan. Kami hanya boleh makan makanan yang telahpun diperuntukkan kepada kami sendiri. Lagipun wafer ni mahal tau. Harga coklat dalam wafer ini boleh bayar gaji kami untuk setengah bulan." Balas Eonna. Mendengar keadaan itu, Azim merasa simpati melihat Eonna. 

"Takpe, takpe awak ambil je wafer ini. Saya tahu awak teringin nak makan wafer ini. Hari ini saya belanja awak sebab awak dah bersusah payah jaga saya." Azim menghulurkan Wafer coklat. 

"Ummm... Betul ke ni Tuan? Betul ke?? Wuuu~~ terima kasih Tuan Kleim!" Eonna terharu mendengar kata-kata Azim lalu mengambil Wafer coklat tersebut dari tangan Azim. 

"Em... Sedapnya...!" Azim hanya tersenyum melihat gelagat Eonna. Sambil itu dia menyuapkan kuah sup kentang kedalam mulutnya. 

Makanan yang manis memang mahal dalam dunia ini. Lebih-lebih lagi coklat, gula-gula dan madu. Bukan semua orang mampu membeli barangan tersebut.

"Nah, minumlah jus oren. Nanti tercekik pulak." Melihat keadaan Eonna seperti mahukan air, Azim menghulurkan segelas jus oren kepada Eonna. 

"Wuuu~~ betul ke ni? Saya tak pernah minum jus oren sebelum ni. Terima kasih Tuan Kleim." Eonna meneguk segelas jus oren dengan penuh nikmat. Kepuasan selepas minum tampak jelas pada riak muka Eonna.  

Azim bingkas bangun lalu duduk di kerusi bersebelahan Eonna."Jadi, keluarga Dy Rosso ni buat apa je?" 

"Keluarga Dy Rosso adalah keluarga Alchemy sejak bergenerasi lagi. Kebanyakan ahli keluarga Dy Rosso merupakan pakar alchemy serta mahir menggunakan magik dan pakar tentang sebatian kimia." 

"Magik? HAHAHAHA mustahil! Saya tak percaya dengan magik. Semua tu tipu dan gimik untuk meraih populariti!" Oleh kerana Azim merupakan seorang saintis, dia menolak dakwaan Eonna dan menganggap perkara ini sebagai mengarut. Magik, hantu, kuasa ghaib dan seumpamanya hanyalah (1)pseudosains. bagi Azim kesemua ini tidak layak mendapat tempat dalam komuniti sains.

"Apa yang tipunya? Keluarga Tuan Kleim sememangnya adalah dari keluarga alchemy yang mahir menggunakan magik." Jawab Eonna. "Lord Lionel, ayah tuan sendiri adalah salah seorang pakar alchemy negara tahu tak? Tuan Lionel mahir dalam [Caeleste Arte: Inferno]."

Azim memberhentikan ketawanya. Riak wajahnya mula menunjukan tanda serius. "[Caeleste Arte]?"

"Haishhh... tuan ni memang betul-betul dah hilang ingatan. [Caeleste Arte] adalah kuasa mutlak kurniaan tuhan kepada manusia yang memilih untuk menjadi alchemist. Bukan semua orang dapat kuasa ni. Hanya sebahagian manusia yang terpilih sahaja dikurniakan [Caeleste Arte], dan itu termasuklah keluarga tuan!" Jelas Eonna kepada Azim.

Eonna kemudian menyambung; "[Caeleste Arte] dapat dibahagikan kepada 5 attribut. Terdapat 5 attribut asas yang dikenalpasti buat masa ini. Antaranya adalah (2)Ignis, (3)Acqua, (4)Terra, (5)Ventus dan (6)Metallum. Setiap attribut ini juga mempunyai pecahan atau sub-attribut. Tapi apa yang saya tahu, setiap sub-attribut ini unik dan kemungkinan khas untuk seseorang alchemist sahaja. Contoh terdekat, Lord Lionel. Ayah tuan mempunyai kuasa [Caeleste Arte: Inferno].(7)Inferno adalah sub-kategori dalam attribut Ignis."

Tersengih Azim mendengar penjelasan Eonna. Dalam fikirannya semua ini tak masuk akal. Dia perlukan melihat dengan matanya sendiri, barulah dia mengakui dan percaya apa yang dikatakan oleh Eonna adalah tepat.

Arc ChemistWhere stories live. Discover now