16. Asid Atau Alkali? (1)

1.7K 220 19
                                    

Griess secara tiba-tiba membatalkan kelas tutor [Caeleste Arte] selama beberapa hari atas sebab-sebab tertentu. Mungkin juga bapanya, Lord Bonnafey Dy Trieste kurang selesa dengan tingkah-laku Griess yang sering kali bertemu dengan Kleim. Atau kemungkinan juga Lord Bonnafey mendapat tahu tentang tahap kerosakan pulau persendirian milik keluarga Dy Trieste setiap kali mereka berdua berlatih [Caeleste Arte] di pulau tersebut.

Semasa beberapa hari ketiadaan kelas tutor Griess, Kleim mengambil peluang berlegar-legar disekitar kawasan luar Regia Dy Rosso. Laman belakang Regia Dy Rosso amat luas dan cantik. Ditengah laman, terdapat sebuah tasik kecil. Di sekeliling tasik pula ditanam pelbagai jenis bunga. Bau haruman bunga menyelubungi kawasan sekitar laman Dy Rosso. Kawanan lebah kerap dilihat berlegar disekitar kawasan tanaman bunga; melakukan kerja rutin menghirup manisan madu serta melakukan pendebungaan.

Kleim bergerak menuju ke salah sebuah Gazzebo yang terletak ditepi tasik.Keadaan di luar Regia menyebabkan dia harus berhati-hati dengan keadaan sekeliling. Takut juga kalau rahsia besarnya bocor diketahui para pekerja Regia Dy Rosso.

"Ahh...nyamannya udara disini!" Kleim menghela nafas. 

"Alangkah bagusnya kalau di Malaysia udara sebegini aku hirup setiap hari. Dah tentu otak aku segar," ujar Kleim.

"Tuan Muda Kleim, apa khabar?" Seorang perempuan berumur 50-an secara tiba-tiba menegur Kleim yang ketika itu sedang leka menikmati udara segar.

"Sihat je auntie," jawab Kleim ringkas. Siapakah perempuan tua ini? Mukanya persis Eonna, cuma wajahnya kelihatan matang.

"Terima kasih sebab hadiahkan Eonna losyen tu. saya ada pakai sikit. Tengok la tangan saya, lembut je. Wangi pun ada. Hohoho...," Ujar perempuan itu dengan perasaan teruja. Kepuasan jelas terpapar pada riak wajahnya.

Melihat Kleim diam membatu tidak memberi sebarang respons, perempuan separuh abad itu cepat-cepat memperkenalkan dirinya untuk memecahkan suasana kebuntuan.

"Oh ya, lupa pula. Seingat saya, tuan ada masalah hilang ingatan selepas kemalangan tempoh hari. Biar saya perkenalkan diri,"

Dia mula membongkok sedikit badannya dan melakukan gaya Curtsy. "Apa khabar, saya Meryl Eu Fleur, ibu kepada Eonna Eu Fleur. Kami berdua bekerja untuk keluarga Dy Rosso."

"Oh, emak kepada Eonna rupanya!" Kleim baru teringat tentang Eonna dan losyen yang dibuat tempoh hari dalam makmal Alchemy Dy Rosso.

"Ya...ya.. Eonna tu anak saya. Kelmarin dia ada berikan kepada saya sebotol losyen. katanya pemberian dari Tuan Muda Kleim. Auntie ada cuba sapukan losyen pemberian tuan kat tangan! Nah, tengok la ni. Berkesan sungguh losyen ni! Tapak tangan Auntie tampak lembut dan kulit jadi mulus" ujar Meryl teruja.

"Baguslah kalau macam tu! Nanti dah habis, saya boleh buatkan lagi" Balas Kleim gembira. Respons positif sebegini yang dia perlukan. Baginya, mendapat respons positif adalah salah satu cara untuk memotivasikan dirinya sendiri.

"Wahhh! Betul ke ni? Terima kasih tuan!" Balas Meryl teruja. 

"Sama-sama. Sikit je benda ni takde masalah!" 

"Emm..., Tuan Kleim ingat lagi tak tukang kebun kita, Uncle Moor?" tanya Meryl.  

"Ahaha maaflah, saya tak berapa nak ingat sangat. Kenapa ye?" balas Kleim ringkas.

"Sejak kebelakangan ni, Uncle Moor ada masalah sakit gigi. Banyak kerja yang seharusnya dia boleh siapkan dalam masa sehari tergendala. Lord Lionel ada beri ubat tapi rasanya hanya berkesan dalam jangka masa pendek," jawab Meryl kerisauan.

Kleim hanya menggangguk. "Sudah sebulan tapi entah kenapa masih tak elok-elok lagi. Risau pulak dengan kesihatan dia tu," sambung Meryl lagi.

"Nanti dulu! Auntie kata ayah saya ada bagi ubat?" Sergah Kleim.

Arc ChemistWhere stories live. Discover now