17. Asid atau Alkali? (2)

1.7K 196 13
                                    

Makmal Alchemy Dy Rosso

Kleim membelek-belek botol kecil yang mengandungi cecair potion bewarna merah itu. Sifatnya yang tidak likat dan berbau wangi dan menyegarkan menarik perhatian Kleim.  

"Wangi betul bau potion ni. macam bau cecair kumur antiseptik pula," getus Kleim. Tangannya ligat menulis sesuatu di atas kertas. Segala pemerhatian serta sifat-sifat cecair merah itu direkod di atas kertas.

"Tuan tulis apa kat atas kertas putih ni?" tanya Eonna. Kleim tidak menjawab persoalan itu dan hanya fokus melihat cecair merah tersebut.

"Bagaimana  pula dengan pH?" Kerjanya terhenti sebentar. Ya, bagaimana pula dia boleh terlupa dengan ujian pH. Ujian pH dijalankan untuk menentukan serta mengukur tahap keasidan atau kealkalian sesuatu larutan atau cecair. Ujian pH amat penting lebih-lebih lagi jika larutan atau cecair itu adalah untuk kegunaan luaran dan dalaman manusia.

Jika cecair itu mempunyai skala keasidan atau kealkalian yang tinggi, ia akan menyebabkan radang dan kerosakan kulit. Asid dan Alkali juga boleh menyebabkan sakit perut. 

Disebabkan pH meter mahupun kertas litmus tidak wujud lagi ketika ini, Kleim terpaksa melakukan ujian pH ini dengan cara klasikal.  

"Eonna, saya perlukan awak untuk didihkan air. Carikan juga kobis. Kalau boleh kobis yang bewarna ungu. Jangan lupa bawa juga pisau pemotong sayur ya," pinta Kleim.

"Kobis ungu? Pisau pemotong sayur? Tuan tahu kan kita tak boleh memasak di dalam makmal Alchemy ni? Hanya ujikaji sahaja dibenarkan." jelas Eonna.

"Hahaha! Bukanlah. Saya nak buat ujian pH untuk menentukan sama ada cecair merah ini bersifat asid atau alkali," jelas Kleim.

"Errr, pH? Asid? Alkali?" Eonna bingung saat mendengar perkataan asing ini. 

"Lupakan! Cepat pergi cari bahan yang saya minta tu!" tegas Kleim.

++++++++++

Bahan-bahan yang diperlukan oleh Kleim telahpun Eonna sediakan diatas meja. Kleim memulakan kerja dengan menghiris kobis ungu itu menjadi bahagian-bahagian kecil. Kemudian, hirisan kobis ungu itu dimasukkan ke dalam sebuah bekas.

"Tuan sebenarnya nak buat apa? " Tanya Eonna kehairanan melihat tuannya gigih memotong kobis ungu itu.

"Hari ni, kita nak buat satu ujian ringkas terhadap cecair potion merah pemberian Lord Lionel tu. Lihat dan belajar Eonna. Semoga ilmu ini berguna nanti," balas Kleim.

"Ujian? Tapi saya yakin potion merah ciptaan Lord Lionel selamat digunakan! Lihat sahaja Uncle Moor. Sakit giginya berkurangan tiap kali dia berkumur menggunakan cecair potion merah ni," Eonna memberikan pendapatnya. Kredibiliti dan skill Lord Lionel dalam bidang Alchemy menyebabkan dia yakin dengan potion merah ciptaan Lord Lionel selamat untuk digunakan.

"Saya sebenarnya meragui ubat ciptaan ayahanda saya, lebih-lebih lagi jika bahan yang digunakan itu tertulis di dalam buku lama Alchemy," kata Kleim berterus-terang tanpa selindung.


"Bukankah Lord Lionel seorang Alchemist yang hebat dan berpengalaman?" Tegas Eonna.

"Saya bukan nak merendahkan prestij serta skill ayahanda saya sendiri, saya cuma was-was dan tertarik untuk mengkaji dengan lebih lanjut tentang potion merah ni. Kita tak tahu lagi sama ada potion itu asid atau alkali. Hari ini kita akan buat ujian pH," jelas Kleim.

Eonna hanya mengangguk tanda akur. Siapalah dia untuk membantah setiap kata Kleim. 

Kleim memulakan proses dengan menuangkan air panas ke dalam bekas yang berisikan hirisan kobis ungu.

"Kita biarkan campuran ini bersama air panas untuk 20 minit minit," ujar Kleim.

Selang beberapa minit, air panas yang jernih itu bertukar warna menjadi warna keunguan. Kleim kemudian mengasingkan hirisan kobis tersebut dari air dengan menggunakan penapis. "Kita nak air yang bewarna ungu ni je," jelas Kleim kepada Eonna.

"Apa istimewanya kobis ungu dan juga air rebusan ni, tuan?" tanya Eonna. Sifat ingin tahu Eonna semakin membuak-buak. 

"Kobis ungu ni mempunyai pigmen khas, iaitu sejenis (1)dye. Pigmen inilah yang bertanggungjawab menentukan sama ada cecair itu bersifat asid ataupun alkali!" Jelas Kleim dengan lengkap. "Warna ungu yang terhasil dalam air rebusan ini adalah disebabkan sifat air yang neutral," tambah Kleim. 

"Apa yang tuan maksudkan asid dan alkali? Saya tak berapa faham?" Eonna kelihatan bercelaru ketika mendengar jargon-jargon sains yang keluar dari mulut Kleim.

"Baiklah, untuk kefahaman Eonna, asid dan alkali kedua-duanya bersifat menghakis. Contoh bahan makanan yang bersifat asid adalah Lemon, cuka, dan jus oren, manakala contoh bahan yang bersifat alkali adalah sayuran hijau, kekacang, air garam dan bawang,"

Eonna mengangguk apabila mendengar penjelasan ringkas Kleim. 

"Untuk kita mengetahui  sama ada sesuatu bahan itu bersifat asid atau alkali, kita memerlukan pigmen yang ada dalam kobis ungu ni," sambung Kleim.

"Pigmen?" Eonna sekali lagi menggeleng kepala mendengar perkataan jargon sains ini. Baginya ini adalah sesuatu yang baru dan tidak pernah lagi didengar olehnya.

"Anggap je la pigmen tu adalah bahan semulajadi yang  wujud di dalam kobis ungu tu," balas Kleim.

Dia tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan lagi tentang perkara ini. Kosa-kata sains serta pengetahuan kimia amatlah terhad dalam dunia parallel ini. Mungkin era peralihan dari Alchemy ke Kimia moden belum lagi bermula.

"Perhatikan tindak balas ni," kata Kleim.

Kleim menuangkan sebahagian cecair merah itu ke dalam bekas berisikan air bewarna ungu. Air bewarna ungu tersebut bertukar warna menjadi warna merah dengan serta-merta. Perubahan warna air rebusan kobis itu dari ungu ke warna merah menandakan cecair merah itu bersifat asidik.

"Nampak tak Eonna? Cecair potion merah ini bersifat asidik! Uncle Moor tidak sepatutnya berkumur dengan cecair ini tau. Lidah dia boleh rosak dan menambahkan lagi kesakitan pada gusi nanti!" ujar Kleim.

"Wah! magik!" Eonna sedikit teruja melihat perubahan warna. 

"Hahaha...! Eonna. Ini bukan magik, tetapi sains kimia!" terang Kleim sambil ketawa.

"Jadi apa langkah seterusnya tuan?" tanya Eonna. Eksperimen mudah ini menarik perhatiannya dan dia ingin mengetahui apakah Kleim mempunyai eksperimen lain. Minat untuk belajar mula mekar dalam minda Eonna.

"Ubat gigi ataupun cecair kumur antiseptik?" Gumam Kleim sendirian. "Oh ya Eonna, kat sini ada jual berus gigi tak?"

"Berus gigi? Hanya orang-orang kaya je yang mampu memiliki berus gigi. kebanyakan berus gigi diperbuat dari ekor kuda dan harganya amat mahal serta mudah rosak. Bagi orang kebanyakan seperti kami, hanya daun pudina beserta campuran bahan-bahan lain sahaja yang kami gunakan untuk membersihkan gigi kami serta mengurangkan bau busuk nafas," jelas Eonna.

**********

Arc ChemistWhere stories live. Discover now