28. Pendapat

1.7K 189 42
                                    

"Kebanyakan soalan tak la mencabar sangat, Cuma perlu ubah prosedur dan juga bahan yang digunakan. Pola persoalan dari tahun ke tahun terlampau umum. Mereka terlalu mengikut peraturan dan tak berani nak ubah prosedur dari kitab lama," jelas Kleim.

"Apa yang kamu maksudkan anak muda?" Penjelasan Kleim tadi menjentik perasaan ingin tahu Aunsellus. Apakah benar pendirian Kleim? Mungkinkah idea yang dicetuskan oleh Kleim mampu membentuk disiplin baru yang lebih konvensional dari tradisional?

"Kebanyakan kitab Alchemy yang telah saya baca mempunyai satu persamaan. Mereka telah menetapkan kaedah dan juga kuantiti bahan yang perlu kita gunakan. Penulis kitab Alchemy juga melarang Alchemist lain untuk mengubahnya. Adakah ia satu dosa jika kita mengubah sedikit prosedur agar ia sesuai dengan ujikaji kita?"

"Teruskan."

"Ilmu pengetahuan adalah bersifat dinamik. Ilmu pengetahuan tidak akan sesekali bersifat statik! Saya yakin, setiap disiplin ilmu diatas dunia ini akan berubah mengikut penemuan dan juga peredaran zaman."

Aunsellus mencapai sehelai kertas dan mencatat apa yang ditulis oleh Kleim. "Komen kamu terhada ilmu pengetahuan amat menarik bagi saya. Teruskan lagi, saya ingin mendengar pendapat kamu tentang Alchemy pula."

"Sebagai contoh, lihat kepada soalan dari abad ke-15 tulisan Sire Ylloid," Kleim mula bergerak ke arah kanan dinding mendekati soalan Sire Ylloid. Lirikan mata Aunsellus, Caius dan Abigail mengekori rapat pergerakan Kleim.

"Diakhir soalannya, beliau ada meninggalkan nota kecewa kerana gagal mendapat jawapan yang tepat walaupun beliau menggunakan lebih seribu satu jenis air sebagai pelarut dalam ujikaji beliau. Adakah Sire Aunsellus tahu mengapa beliau gagal?"

"Sire Ylloid adalah salah seorang Alchemist terbaik yang Ikalia pernah hasilkan. Maksud kamu, Sire Ylloid...,"

Kleim mencelah, "tidak kira apa jenis air yang Sire Ylloid gunakan, sama ada air dari Puncak Gunung Hrestha, air dari Sungai Khyn ataupun air dari kelopak bunga mawar sekalipun, beliau pasti gagal kerana ia adalah air! Sifat air adalah sama walaupun Sire Ylloid menggunakan seribu satu jenis air!"

"Hmm, jadi apa yang kamu cuba sampaikan, Tuan Muda Kleim?"

"Apa yang saya cuba sampaikan, tidakkah Sire Aunsellus pelik kerana selama beberapa ratus tahun kebanyakan Alchemist terdahulu seperti Sire Ylloid hanya mengikut kaedah dan bahan-bahan dalam kitab-kitab Alchemy secara membuta tuli tanpa melakukan sedikit perubahan? Kebanyakan kitab Alchemist juga tidak memberitahu jumlah kuantiti bahan yang perlu digunakan serta kondisi ujikaji." ujar Kleim.

Belum sempat Kleim menyambung,  Caius dengan kasarnya menghentak permukaan meja,"Kurang ajar Kleim! Kamu tu siapa nak mempertikaikan kesahihan kitab Alch..."

"Diam Caius! Kamu tiada hak untuk mencelah! Selesaikab soalan kamu dahulu," Aunsellus berang kerana Caius mengganggu proses perbincangan mereka.

"Tch..!" Caius mendengus, sementara Abigail pula hanya mendiamkan diri. Perbincangan ilmiah ini adalah sesuatu yang tidak patut dia lepaskan! Adalah sesuatu yang bagus jika dia mendapat satu atau dua tips hasil dari perbincangan ini.

"Mari lihat jawapan yang saya tulis. Untuk menyelesaikan permasalahan Sire Ylloid,saya hanya menggantikan penggunaan air dalam ujikaji Sire Ylloid dengan larutan alkohol. Jika Sire Aunsellus perasan, saya menggunakan bahan yang berlainan, tidak mengikut apa yang kebanyakan kitab Alchemy syorkan. Setiap jawapan saya akan sertakan dengan jumlah kuantiti yang perlu digunakan, suhu bahan dan suhu ujikaji, nisbah bahan serta kaedah pelaksanaan dengan lebih jelas. Saya juga ada lukiskan gambarajah untuk kefahaman yang lebih mendalam!"

"Alkohol? Apakah itu Alkohol?" Aunsellus kehairanan mendengar perkataan Alkohol. Ia begitu asing bagi halwa telinganya.

'Opsss!'

Arc ChemistWhere stories live. Discover now