14. Ziarah

1.9K 229 13
                                    


Seekor burung merpati dilihat terbang merentasi perkarangan Kediaman Dy Rosso. Bersamanya, segulung kertas dengan tali bewarna merah diikat kemas dikaki kiri burung merpati tersebut.

Burung merpati merupakan salah satu kaedah konvensional orang zaman dahulu kala berinteraksi antara mereka. Sifat burung merpati yang jinak serta mudah dilatih adalah antara sebab mereka sesuai dijadikan sebagai pembawa utusan. Selain itu, mesej juga dapat dihantar dengan cepat.

Merpati itu kemudian hinggap di sebuah bangunan pos kecil yang berfungsi sebagai rumah merpati. Pembantu rumah yang melihat burung merpati itu sampai, segera mendapatkan burung merpati itu dan melonggarkan tali ikatan gulungan kertas. Dia kemudian membawa kertas tersebut kepada Lord Lionel yang ketika itu sedang berehat di bilik bacaan.

Mata Lord Lionel terbeliak ketika membaca mesej dalam gulungan kertas itu. Mesej itu ditulis oleh Griess sendiri kepada Lord Lionel.

Dalam surat itu menyatakan bahawa dia tidak sihat dan ingin bercuti sehinggalah beliau sembuh. Selain itu, Griess juga menulis dia tidak lagi mahu menjadi tutor peribadi kepada Kleim.

Berang dengan tindakan Griess, Lord Lionel membakar mesej itu dengan kuasa [Caeleste Arte:Inferno], lantas menyuruh pembantu rumah agar segera memanggil Kleim.

"Griess tak sihat. Nampak gayanya, terpaksa la dia mengambil cuti," ujar Lord Lionel serentak memandang kleim yang ketika itu baru sahaja sampai dihadapannya.

Melihat Kleim tidak meberi respons seperti yang diharapkan, Lord Lionel menyambung,"untuk berhenti menjadi tutor peribadi kamu disebabkan faktor kesihatan adalah satu jenaka terhadap ilmu Alchemy! Menjadi tutor dan mengajar ilmu Alchemy adalah salah satu cara untuk menjadi seorang ilmuan Alchemist kelak!"

Kleim hanya diam membisu sahaja mendengar celoteh Lord Lionel.

Seperti yang diberitahu Eonna sebelum ini, Lord Lionel adalah seorang yang baran. Dia tidak suka sesiapa pun bercakap atau memberi pendapat ketika beliau sedang marah.

"Nahas nanti!" Pesan Eonna kepada Kleim sebelum Lord Lionel memanggil Kleim.

"Kleim. Segera melawat Griesella. Nah ambil ni, potion untuk ubat demam. Jangan lupa, bawakan juga buah tangan," ujar Lord Lionel.

"Potion? Mesti ubat mengarut lagi ni," getus Kleim dalam hati. Kleim dapat agak yang kandungan potion itu tidak sesuai untuk diminum. Namun, Arahan Lord Lionel itu segera dilaksanakan.

+++++++++++


Perjalanan menaiki kereta berkuda dari kediaman Dy Rosso ke kediaman Griesella memakan masa 45 minit.

Griesella Dy Trieste adalah satu-satunya anak perempuan kepada seorang bangsawan berpengaruh. Lord Bonnafey Dy Trieste, pemilik Regia Dy Trieste nerupakan sang penguasa daerah kecil luar bandar.

Kediaman Griess tidaklah besar dan gah seperti kediaman Kleim, namun di mata penduduk sekitar kediaman Griess, ia tetap gah dan bersifat simbolik kerana kediaman ini terletak di kawasan luar bandar San Roma!

Dari jauh, kediaman Dy Trieste ini menampilkan ciri-ciri binaan reka bentuk dari zaman pos-Renaissance. Di sekitar kawasan kediaman, terdapat banyak ukiran patung berwajah manusia. Di setiap dahi patung tersebut tersisip sebiji Mana Stone. Kehadiran Mana Stone pada setiap dahi patung-patung ini menyebabkan patung ini kelihatan seperti 'hidup' dan bergerak-gerak seperti mempunyai roh sendiri. Dihadapan kediaman Dy Trieste pula terdapat sebuah kolam kecil yang ditengahnya memancutkan jet air yang tinggi. Lingkaran halo pelangi terhasil dari pembiasan cahaya matahari terhadap percikan-percikan air menampakkan lagi suasana majestik.

Sekitar kawasan kediaman Dy Trieste pula dihiasi dengan beribu ribu pokok bunga. Bau haruman Lavender terlebih dahulu menjemput Kleim yang baru sahaja sampai dalam perkarangan Regia Dy Trieste.

Arc ChemistWhere stories live. Discover now