23. Archeon (4)

1.8K 232 30
                                    

Nota penulis: Sempena 10k view, hari ni keluar 2 bab. Terima kasih sudi membaca, komen dan vote Arc Chemist. :D

++++++++++

Fikiran Kleim mula ligat memikirkan apa yang telah berlaku.

Ini adalah kali kedua ribuan imej ini terjadi. Siapakah gerangan jelmaan enam orang misteri yang muncul secara tiba-tiba? Siapakah orang tua yang memegang kitab tu? Yang paling penting masih wujud lagikah kitab Archemist dan mengapa 6 helaian itu diceraikan helaiannya dan dibawa berasingan?

Kleim pasti terdapat titik kunci yang saling berhubung-kait antara satu sama lain.

Yang pastinya dia harus mencari jawapan sendiri! Namun hal ini perlu dirahsiakan.

"Ehemmm! Jauh termenung?" Suara Griess menyedarkan Kleim dari lamunan imaginasinya. Satu demi satu buah epal dikeluarkan dari bungkusan kertas dan diletakkan diatas meja.

"Hey Griess, terima kasih sebab datang melawat," ujar Kleim sambil memerhati Griess.

Griess tidak menjawab.

"Er..., terima kasih juga sebab bergilir-gilir dengan ibu aku untuk menjaga aku," sambung Kleim.

"Mana kau tahu ni?" tanya Griess.

"Eonna bagitahu."

"Ceh..., sejak bila kau jadi melankolik dan lembut?" sindir Griess sambil menajamkan lirikan matanya.

"Hahaha..." Kleim tersengih. "Kuat menyindir juga perempuan ni," getus hatinya.

*Awkward

"Aku dengar kau ada cipta cecair kumur antiseptik? Wow! Macam (1)magnum opus tau!" sambung Griess memecah suasana buntu.

"Sebenarnya aku cuma melakukan improvisasi dari potion Lord Lionel je. Takde benda pun," Kleim berdalih.

"Lagipun aku kesian dengan Uncle Moor. Tiap-tiap hari mengadu sakit gusi dan gigi. Bila aku kaji balik rupanya pH potion yang diberikan oleh Lord Lionel tak sesuai untuk orang berusia seperti dia. Jadinya aku ubah suai la sikit potion tu. Tapi entah macam mana orang luar boleh tahu tentang cecair ni. pelik la."

"Nampaknya hasil kerja kau boleh dijual. Kau tahu tak, cecair kumur kau tu dah sampai ke pengetahuan orang orang istana San Roma!" ujar Griess sambil memotong buah epal yang dikeluarkan olehnya tadi.

"Ehhh??? Cepatnya tersebar! Macam mana boleh jadi macam tu sekali?"

"Entah. Yang pastinya Empress tengah mencari siapakah orang yang mencipta cecair tu," balas Griess sambil menghulur potongan buah epal itu kepada Kleim.

"Gulp!"

"Kalau pihak istana pun dah tahu, maknanya ciptaan kau memberi sumbangan sosial pada masyarakat. Kalau ini pun mendapat perhatian istana, maknanya kau pun dalam pemerhatian Archeon, tahu tak?" sambung Griess.

"Archeon? Kau tahu tentang Archeon?"

"Sikit-sikit je. Lord Lionel melarang aku untuk campuri urusan yang bersangkut-paut dengan Archeon," Griess mencelah. "Archeon adalah sebuah guild yang memonopoli pasaran ubat-ubatan serta barangan keperluan Alchemy. Boleh dikatakan Archeon ni dah jadi seperti sebuah perniagaan berbanding guild," terang Griess.

"Jadi, aku dalam masalah ke sekarang ni?" tanya Kleim balik. potongan buah epal itu disuapkan ke dalam mulutnya.

"Ya dan tidak," jawab Griess pendek.

"Maksudnya?"

"Ya, jika orang-orang Archeon sebulat suara membuat keputusan bahawa kau adalah bakal pesaing guild mereka. Hmm..., sama ada mereka akan membeli hak cipta produk kau ataupun mereka melakukan proses Alchemy berbalik terhadap produk kau tu. Hmm..., ataupun..."

"Ataupun?"

"Ataupun kau akan dibunuh oleh mereka. tu je," jawab Griess serius.

"Gulp! Bagaimana pula dengan pilihan tidak?"

"Itu bergantung pada nasib kau. Mereka mungkin akan memerhatikan sahaja gerak laku kau untuk beberapa tempoh waktu ni, jadi kau kena hati-hati. Hadkan penggunaan kuasa kau. Ingat, kau adalah Non-Elemental. Kuasa [Caeleste Arte] yang paling dikehendaki sekali," Griess memandang muka Kleim dan mula tersenyum.

"Mujur lah kau merupakan keturunan Dy Rosso. Ayah kau pula Lord Lionel, salah seorang dari lima Archduke di Ikalia. Mungkin mereka takkan bunuh kau. Pengaruh Lord Lionel masih lagi kuat dalam istana tau."

"Archeon... Archeon memang bertindak kejam ke?" tanya Kleim.

"Emm..., ini hanya spekulasi. Tapi dulu ada seorang Alchemist muda yang genius, telah berjaya menghasilkan beberapa ciptaan asli. Ciptaannya amat berguna sehinggakan pihak istana San Roma sanggup menawarkan bantuan dari segi kewangan untuk menjadikan ciptaannya dapat digunakan secara meluas dalam masyarakat," terang Griess sambil menggigit epal.

"Lepas tu?"

Griess menyambung, "Seminggu selepas pihak istana menyatakan hasrat untuk menawarkan bantuan kewangan, Alchemist muda itu menemui ajal. Tiada kesan pergelutan mahupun tikaman. Punca kematian tidak diketahui. Misteri kan?"

"Pihak istana tak buat apa-apa ke?"

"Pihak istana tidak menemui sebarang bukti langsung! Mereka menemui jalan buntu sehinggakan Empress sendiri meminta bantuan Lord Lionel untuk menyiasat jika terdapat penggunaan racun ataupun ilmu Alchemy terlarang. Namun dia juga tak menemui apa-apa pun."

"Ayahanda ada cakap apa-apa tak pasal ni kat kau?"

"Sehingga sekarang Lord Lionel tak menemui sebarang jawapan. Tapi dia syak Alchemist muda itu mati dibunuh. Kemungkinan juga ini semua adalah hasil kerja jahat orang-orang dari Archeon. Cara kematian Alchemist muda itu sama dengan kematian genius-genius yang terdahulu. Tiada kesan tikaman mahupun pergelutan. Cuma..."

"Cuma apa?"

"Mangsa-mangsa yang mati hampir kesemuanya mempunyai corak kematian yang hampir sama. Terdapat bintik kecil bewarna merah di kedua pergelangan tangan mangsa. Tambah lagi persamaan mereka semua adalah mereka merupakan genius yang berjaya mencipta sesuatu yang berguna kepada masyarakat."

"Bagaimana pula dengan hasil ciptaan mereka semua?" sambung Kleim.

"Archeon kemudian membeli hak cipta dengan harga yang rendah. Malah, ada diantaranya mereka dapatkan secara percuma setelah kematian penciptanya!!" nada Griess bertukar geram apabila menceritakan tentang kisah ini.

"Sayangnya latar belakang mereka bukan seperti kau, Kleim. Ada diantara mereka adalah orang susah dan bukan dari keluarga bangsawan. Mereka semua terpaksa bermula dari bawah tau!" Sambung Griess.

"Oh, patut la Lord Lionel melarang aku mengkaji lebih lanjut tentang Archeon. Eh, apa kaitan Archeon dan kitab Archemist?" tanya Kleim.

"Shhhh....!!! itu taboo. Jangan cakap kuat sangat. Ada telinga yang mendengar meskipun jauh,"

"Er..., baiklah." Kleim akur. Griess seperti tidak mahu bercerita dengan lebih lanjut tentang perkara ini.

"Oh ya, kau ada lagi tak losyen yang kau berikan pada Eonna?" Griess tersipu-sipu malu bertanya.

"Rasanya ada lagi. Kenapa ya?"

"Nak sikit boleh?" tanya Griess. Pipinya kemerah-merahan tanda malu.

"Hehe... sejak bila kau ada sifat macam ni?" sindir Kleim balik.

"Diam lah!! grrr!!!"

++++++++++

(1) Magnum Opus: hasil kerja agung.

Arc ChemistWhere stories live. Discover now