25. Index Alchimia (2)

1.5K 170 14
                                    

"Kau dah sedia untuk jawab peperiksaan esok?" tanya Griess. Buku yang berada ditangan segera dihulurkan kepada Kleim yang ketika itu sedang kusyuk membaca buku di bilik bacaan Dy Rosso.

"Hmmm...,"

"Hmmm... ? Itu je ke?" Balas Griess.

"Senyap sikit boleh tak? Aku nak cuba fokus ni," marah Kleim.

"....."

++++++++++

"Selamat datang ke Akademi Alchemia, tuan. Sudah mendaftar untuk peperiksaan Index Alchimia? Murah sahaja huhu. Bayaran cuma 500 Wiss," kerani akademik separuh botak itu mula menggosok-gosokkan telapak tangannya yang tak gatal.

"Baiklah. Bila boleh mula?" Kleim menghulur wang sejumlah 500 Wiss kepada kerani itu sebagai yuran kemasukan. Kerani separuh botak itu mencapai wang dari tangan Kleim dengan gaya lemah-lembut.

"Tuan yang bijaksana, peperiksaan Index Alchimia akan bermula pada waktu tengahari nanti. Jadi sebelum tu, silakan isi borang ni terlebih dahulu. Sementara tu bolehlah tuan duduk sebentar di sana," jarinya menunding ke arah meja tidak jauh dihadapan mereka berdua.

"Jika tuan perlukan apa-apa, tekan loceng ni beberapa kali. Saya akan datang melayan tuan," sambung kerani itu lagi.

Kleim berlalu pergi meninggalkan meja kerani dan menuju ke arah kerusi yang berhampiran. Dia melabuh punggungnya diatas kerusi kayu. Pena hitam dicapai dari poket bajunya. Kleim mula rancak menulis maklumat diri diatas permukaan borang kertas tersebut. Helaian pertama borang tersebut mula dipenuhi dengan tulisan Kleim.

"Hei, kerusi ni kosong tak?" seorang gadis tinggi lampai datang menegur Kleim yang ketika itu sedang mengisi borang.

"Oh, boleh je duduk. Lagipun tiada orang lain disini," balas Kleim bersahaja.

"Terima kasih! Oh ya, lupa nak perkenalkan diri. Saya Abigail. Abigail Dy Luteus, dari keluarga Dy Luteus." gadis berambut kuning itu menundukkan dirinya sedikit, menggayakan curtsy.

Kleim bingkas bangun melihat Abigail. Sebagai membalas gaya curtsy Abigail, dia menundukkan sedikit badannya tanda hormat.

"Panggil saya Kleim," balas Kleim ringkas. Berhadapan gadis secantik Abigail ini menyebabkan Kleim sedikit gugup.

"Awak Kleim dari keluarga Dy Rosso? Bangga dapat jumpa dengan awak!" sambung Abigail gembira.

Mereka mula mesra berbual selepas memperkenalkan diri masing-masing. Sambil mengisi borang, mereka berborak rancak. Sekali-sekala mereka akan ketawa kecil. Lagak mereka berbual seperti mereka sudah kenal begitu lama antara mereka, padahal mereka baru sahaja berkenalan.

BAMMM!!!

Perbualan mesra mereka terhenti seketika. Entah dari mana, sebuah buku tebal tiba-tiba dilemparkan tepat diatas meja mereka. Kedua mereka tersentak. Kelihatan seorang pemuda sedang mencekak pinggangnya. Raut wajah pemuda tersebut kelihatan seperti tidak berpuas hati, lebih-lebih lagi pemuda tersebut menjeling terus kearah Kleim.

"Heh, si penakut ni rupanya. Ada hati nak ambil peperiksaan Index Alchemia?" Pemuda berpakaian serba hitam itu memulakan perbualan dengan menempelak Kleim.

"Caius! Tolong hormat kami boleh?" tegas Abigail.

"Hei Abigail, sejak bila kau mula berkawan dengan si pengecut ni? Heh, anak seorang Archduke mana boleh jadi penakut. Bodoh sungguh!" Ujar Caius dengan nada provokasi. Melihat provokasi dari Caius, Kleim mula bersuara, tetapi dengan pantas Abigail terlebih dahulu bertindak.

"Caius! Caius Dy Verde! Jaga sedikt mulut awak tu. Jaga nama baik moyang awak, Lady Artemisia Dy verde! Jangan sesuka hati memanggil orang lain dengan gelaran bodoh!" marah Abigail.

"Heh! baiklah, ini demi nama baik moyang saya! Tapi awak kena janji dengan saya, jangan bergaul dengan si dungu ni lagi. Faham?"

"Siapa awak untuk menentukan dengan siapa saya nak berkawan hah???" Abigail bingkas bangun dan menumbuk permukaan meja. Sikap Abigail yang berubah angin dari seorang gadis cantik yang mesra berbual menjadi seorang yang menakutkan menyebabkan Kleim berasa kurang selesa.

Sikap Abigail yang tiba-tiba berubah menyebabkan Caius segera beredar. Sempat juga Caius menjeling ke arah Kleim yang sedang duduk. Jelingan Caius itu seakan-akan memberi isyarat 'jangan mendekati Abigail lagi kalau tidak nahas!'

"Jumpa kat dalam dewan nanti!" kata Caius.

"Hmmphh! Perangai masih tak berubah!" ujar Abigail sambil menyusun borangnya.

"Hei Abigail. Siapa Caius tu? Kenapa tiba-tiba dia angin semacam je?" Tanya Kleim.

"Betul ke kau tak tahu?" Abigail menepuk dahinya, "Semua orang kenal siapa dia Caius. Lebih-lebih lagi tentang sikapnya yang kurang ajar."

Caius Dy Verde. Seorang pemuda dari keluarga bangsawan Dy Verde. Bapanya adalah salah seorang Duke di bahagian barat daya Outer Heaven. Keluarga mereka amat lantang dan berpengaruh. Pengaruh keluarga Dy Verde amat besar disebabkan mereka mendapat sokongan penuh dari Artemisia Girl School. Hal ini tidak pelik bagi kebanyakan warga Ikalia kerana Artemisia Girl School juga diasaskan oleh Artemisia Dy Verde, salah seorang dari keluarga besar Dy Verde yang merupakan seorang Non-Elemental.

Disebabkan pengaruh keluarga Dy Verde, Caius mampu mendapat apa sahaja yang dia mahukan. Segalanya adalah yang terbaik. Guru persendirian yang berkualiti, Gauntlet Alchemy kelas tinggi, sepersalinan baju zirah, kekayaan dan kemashyuran.

Hanya satu perkara sahaja yang Caius tidak akan dapat capai sampai bila-bila pun. Dia tidak layak untuk memasuki Artemisia Girl School.

Walaupun dia menggunakan segala pengaruh kuasa bapa dan juga nama baik moyangnya, Artemisia Girl School akan tetap menolak permohonan Caius. Sudah menjadi tradisi Artemisia Girl School, mereka hanya menerima perempuan sahaja untuk menyertai sekolah mereka.

Perkara ini ada tercatat dalam (1)Edict Artemisia. Edict ini menyatakan bahawa kesemua warga Artemisia Girl School mestilah berjantina seorang perempuan. Perkara ini merangkumi guru-guru, pelajar dan pekerja am mereka. Edict ini merupakan permintaan Lady Artemisia sendiri dan Emperor ketika itu memperkenankan permintaan beliau.

"Si Caius tu nak masuk Artemisia Girl School? Apakah dia sudah gila?" kata Kleim.

"Dia tidak gila langsung. Dia memang nekad mahu menyertai Artemisia Girl School. Mungkin dia ada agenda sendiri. Ada ura-ura mengatakan dia terpengaruh dengan sebuah cerita yang mengatakan bahawa Lady Artemisia Dy Verde ada meninggalkan sesuatu sebelum beliau meninggal dunia. Kemungkinan sebuah legasi. Mungkin Caius memang inginkan legasi tersebut," terang Abigail.

"Legasi? Macam menarik!"

"Malangnya selepas kematian Lady Artemisia, kesemua keturunan Dy Verde hanya dapat melahirkan zuriat yang berjantina lelaki sahaja. Sudah beberapa generasi, tiada langsung kelibat zuriat yang berjantina perempuan. Ada juga ura-ura mengatakan Lady Artemisia tidak mahu jalur keturunannya memiliki legasi tersebut," sambung Abigail menjelaskan lagi keadaan.

"Untuk menjejakkan kaki ke dalam perkarangan Artemisia Girl School, syaratnya mestilah seorang perempuan. Lelaki, kanak-kanak mahupun dewasa dilarang sama sekali menjejakkan kaki ke perkarangan sekolah Artemisia, apatah lagi ingin menyertainya," Abigail ketawa kecil.

"Ehemm..., Tuan Kleim dan Cik Abigail. Masanya sudah tiba untuk kalian menduduki Index Alchimia. Sudah lengkap borang kamu semua?" ujar kerani Akademi.

Mereka berdua mengangguk tanda bersedia.

"Sila tinggalkan kesemua barang milik kalian ke dalam kotak ni. Jangan risau, barang kalian tidak akan hilang kerana saya akan menjaga dengan rapi. Sila naik ke tingkat atas. Di sana, kalian akan bertemu dengan seorang Alchemist yang menjaga dewan. Tidak perlu bawa alat tulis, kami akan bekalkan alat tulis lengkap kepada kalian semua."

"Semoga berjaya!" ucap Abigail pendek.

"Awak pun sama, Abigail!" Balas Kleim.

++++++++++

(1) Edict: sebuah arahan atau mandat sama ada bertulis ataupun lisan.

Arc ChemistWhere stories live. Discover now