21. Archeon (2)

1.9K 189 15
                                    

Archeon adalah sebuah guild atau persatuan yang diasaskan oleh Sir Reubert pada awal abad ke-13. Nama Archeon dikatakan berasal daripada (1)Insignia keluarga moyang Sir Reubert yang pernah memerintah sebuah kerajaan purba suatu ketika dahulu sebelum pembentukan negara bangsa Ikalia.

Archeon lahir hasil daripada ketidakstabilan politik. Ketika itu terdapat banyak guild kecil yang berbeza pendapat. Terlalu banyak pertelingkahan berlaku diantara satu sama lain disebabkan perbezaan pendapat dan kepercayaan terhadap bidang Alchemy.

Suasana ketika itu amatlah tidak tenteram, sehinggakan seorang pujangga Ikalia menggambarkan suasana ketika itu dengan satu frasa yang berbunyi

'Setiap pendapat diakhiri dengan pedebatan, setiap perdebatan diakhiri dengan kemarahan, setiap kemarahan diakhiri dengan pertelingkahan, setiap pertelingkahan diakhiri dengan pertumpahan darah. Dunia ini seperti sebuah sangkar yang didalamnya terdapat banyak burung yang berkicauan melalui paruhnya yang merupakan sebilah pedang tajam'

Walaupun terdapat banyak pendapat terhadap ilmu Alchemy, hanya dua pendapat sahaja yang paling dominan sehingga berjaya membentuk kumpulan besar.

Kumpulan pertama berpegang kepada pendapat bahawa Alchemy itu adalah penciptaan dan tiada kemusnahan. Malah mereka percaya bahawa kemusnahan itu tidak perlu wujud! Pendapat ini mula popular dan berjaya mempengaruhi banyak bijak pandai Alchemist ketika itu sehinggakan ia mula membentuk falsafah.

Manakala kumpulan kedua berpegang kepada pendapat bahawa Alchemy itu adalah kemusnahan. Penciptaan wujud adalah semata-mata untuk 'diratah' oleh kemusnahan. Pendapat tentang Kemusnahan ini banyak dipengaruhi oleh ciri-ciri budaya dari luar.

Kedua-dua doktrin yang diterapkan ke dalam pengikut masing-masing menyebabkan terjadi kefanatikan melampau dalam kalangan mereka itu sendiri.

Sikap fanatik yang berlebihan telah membawa kepada keburukan dan pergaduhan. Suasana Ikalia pada ketika itu amat tegang dan hampir terjadi kancah perang saudara jika Emperor ketika tidak masuk campur.

Kemuncaknya, Emperor yang berkuasa ketika itu Ariuse Ly Tessa murka dan bersumpah jika tercetusnya lagi pertelingkahan besar diantara kedua belah pihak, beliau sendiri sebagai Emperor akan 'turun padang' menghapuskan kesemua manusia yang mempraktiskan ilmu Alchemy secara langsung dan tidak langsung.

Disebabkan itu, dia juga mahu merombak balik sistem kerajaan dan ingin menghapuskan peranan Alchemist dalam negara.

Sebuah skuad elit dibentuk khas oleh Emperor itu sendiri dengan tujuan untuk membunuh Alchemist yang masih fanatik dengan fahaman masing-masing.

Beliau juga mengeluarkan titah melarang rakyatnya dari terlibat dalam bidang Alchemy selama tujuh generasi.

Pendek kata, ilmu dan bidang Alchemy akan dipadam terus dari negara Ikalia dan sejarahnya secara total.

Insiden yang menyebabkan kemarahan Emperor Ariuse ada dicatatkan dalam sejarah pembentukan Ikalia. Peristiwa ini dinamakan sebagai (2)Emperor's Wrath.

Ia merupakan salah satu daripada 12 sisi gelap sejarah negara.

Sir Reubert, yang ketika itu merupakan Alchemist negara gusar dengan tindakan tegas Emperornya. Masakan tidak, keluarganya adalah berketurunan bangsawan Alchemist sejak turun temurun lagi. Dia juga amat bimbang dengan dasar kuku besi Emperor Ariuse yang menyokong penghapuskan individu yang mempraktikkan Alchemy. Seluruh keluarganya akan dihapuskan jika beliau tidak membuat sesuatu. Sebagai Alchemist, dia harus memainkan peranan.

Skill dan pengetahuan Alchemist amat berguna untuk melawan magik serta memberikan sokongan kepada askar dan pahlawan. Bayangkan jika tiada Alchemist ketika negara dilanda peperangan? Tanpa mereka, pertahanan negara akan menjadi ampuh.

Sudah tentu Ikalia akan mudah dijatuhkan bukan?

Disebabkan itu, Sir Reubert mengambil tindakan proaktif dengan mengumpul dan mengadakan perbincangan diantara guild-guild serta Alchemist persendirian yang lain.

Usahanya ketika itu bukan mudah kerana dia mendapat banyak cemuhan dan ugutan dari semua pihak. Malah, Emperor Ariuse sendiri memperkotak-katikkan usaha Sir Reubert ketika itu. Beliau sering memanggil Sir Reubert dengan gelaran Senile Ol' Men yang membawa maksud orang tua gila.

Usaha kerasnya berbaloi apabila dia berjaya mendapat sokongan dari semua pihak. (3)First Council of Romaea atau Persidangan Romaea Pertama diwujudkan demi mencapai persetujuan diantara Alchemist-Alchemist di Ikalia.

Persidangan ini diketuai sendiri oleh Sir Reubert bersama rakan Alchemist Negara yang lain.

Intipati utama adalah untuk membincangkan tentang perbalahan diantara fahaman dan kumpulan. Seterusnya mencapai persetujuan kedamaian demi kemashalatan bersama serta menjadikan bidang Alchemy terus relevan dalam Ikalia.

Melalui persidangan ini, perbezaan fahaman dibincang bersama dan kata sepakat diantara kedua belah pihak telah dicapai hanya 2 tahun kemudian, setelah banyak pertumpahan darah berlaku serta kerugian harta benda yang meningkat.

Hasil daripada persidangan ini, Archeon sebuah guild bebas telah ditubuhkan untuk memerhati keadaan serta perkembangan kedua fahaman Alchemy tersebut. Sir Reubert dilantik sebagai pemimpin pertama Archeon.

Diakhir fasa dimana pertelingkahan mula reda, Archeon berjaya menggariskan satu falsafah yang menggabungkan kedua-dua falsafah pihak yang bertelagah.

"Tanpa Penciptaan Tiada Kemusnahan, Tanpa Kemusnahan Tiada Penciptaan"

Kejayaan Archeon menggariskan falsafah ini tidak dapat dilihat oleh Sir Reubert sendiri kerana dia telahpun meninggal dunia akibat sakit tua. Namun usaha Sir Reubert itu sendiri berbaloi sehingga Emperor Ariuse mengiktiraf kejayaan beliau. Archeon adalah sebuah legasi yang ditinggalkan oleh Sir Reubert.

Sehingga ke hari ini, falsafah yang dicetuskan oleh Archeon diamalkan dan diterap dalam setiap Alchemist muda yang mengamalkan ilmu Alchemy.

Setelah beberapa ratus tahun berlalu, peranan Archeon mula pudar. Sedikit demi sedikit Archeon bertukar menjadi guild perniagaan, menjalankan pelbagai urusan jual beli berkaitan Alchemy.

Archeon semakin kukuh dari segi kewangan dan pimpinan. Dikatakan kekayaan mereka dapat membeli lima buah daerah di Ikalia sekali gus.

Sumber rahsia mengatakan, kekayaan mereka melebihi kekayaan Emperor itu sendiri. Dengan wang yang mereka miliki, mereka dapat membentuk pasukan tentera upahan yang elit serta mempunyai persenjataan sendiri. Mereka (individu-individu) yang mengemudi Archeon dari dalam mula dihasut dan digoda dengan sifat tamak. Kemuncaknya, mereka mula terlibat dalam persengketaan politik demi mencapai keuntungan.

Malah, sumber risikan ketenteraan ketika itu memberitahu, Archeon menjadi orang tengah dalam menjual senjata Alchemy kepada negara-negara yang sedang berperang. Mereka mendapat keuntungan berlipat kali ganda setiap kali peperangan berlaku!

"Perang adalah bisnes!" pernah suatu ketika ketua Archeon mendabik dada bercakap ayat ini dengan nada bongkak.

**********

"Archeon kini bukan lagi seperti dulu! Mereka seperti ada agenda yang tersembunyi. Hingga sekarang, banyak peninggalan penting Alchemist yang berjasa hilang dan ada juga yang dimusnahkan. Ini termasuklah buku tersebut!" ujar Lord Lionel.

"Buku? Buku apa?"

"The book of Archemist," jawab Lord Lionel pendek.

"Archemist? Menarik. Ayahanda ada simpan tak salinan buku Archemist tu?" Kleim begitu teruja mendengar perkataan Archemist itu.

"Shhhh...! itu adalah (4)taboo!" Lord Lionel berbisik memberi amaran. Buku Archemist adalah sesuatu yang tidak patut dibincang secara umum.

*********

(1)Insignia: Bermaksud lambang, emblem.

(2) Emperor's Wrath: Kemarahan Emperor

(3) The First Council of Romaea: Nama ni hanyalah fiksyen. Aku dapat Inspirasi dari pembacaan dari wikipedia, iaitu the First Council of Nicaea. Ia adalah satu persidangan yang diwujudkan oleh Emperor Constantine I untuk membincangkan masalah serta perbezaan Mazhab orang-orang Kristian ketika itu.

(4) Taboo: perkara terlarang.



Arc ChemistWhere stories live. Discover now