29. Vitrum (1)

2.1K 200 42
                                    

Ikalia digemparkan dengan terjawabnya hampir semua soalan yang berada di dinding dewan peperiksaan Index Alchimia.

Saban hari, hampir semua Alchemist dari seluruh pelusuk Ikalia -pusu datang dengan tujuan ingin melihat jawapan-jawapan yang tertulis.

Peperiksaan Index Alchimia terpaksa dibatalkan kerana ruangan dewan dipenuhi dengan Alchemist yang mengerumuni kesemua soalan.

Pelbagai ragam dapat dilihat tatkala mereka membaca jawapan yang ditulis oleh Kleim. Ada yang menyalin kesemua jawapan supaya mereka dapat menguji sejauh mana kebenaran jawapan tersebut. Ada yang ketika itu mula berdebat antara satu sama lain demi membuktikan jawapan yang tertulis itu benar ataupun sebaliknya. Tidak kurang juga ada yang datang hanya sekadar untuk melihat dan memerhati keadaan sekeliling. Keadaan dewan tersebut hiruk-pikuk dengan pelbagai ragam manusia. Sudah menjadi lumrah, apabila segerombolan manusia berkumpul, mereka akan mula membuat bising. Suasana dewan peperiksaan yang bingit membuatkan pihak pengurusan, terutamanya kerani tua pening seketika.

"Heh, belajar tinggi-tinggi tapi takde adab langsung," gumam kerani yang menjaga dewan tersebut. Beliau berang melihat gelagat-gelagat buruk Alchemist ini yang tidak ubah seperti kawanan monyet yang membuat bising dan tidak menghormati kawasan orang lain.

Sebahagian daripada Alchemist yang datang melihat jawapan Kleim merasa bingung kerana penjelasan yang diberikan agak asing dan pelik bagi mereka. Sebahagian daripada mereka mula mempersoalkan sejauh mana kredibiliti jawapan yang diberikan.

"Agak pelik jawapan yang tertulis tapi kalau ikut akal ia logik dan boleh digunapakai." ujar salah seorang Alchemist tua.

"Kebanyakan jawapan tertulis mempunyai idea baharu. Ini satu revolusi!" tegas seorang lagi Alchemist.

"Aunsellus pasti tahu bagaimana nak jalankan ujikaji ni. Ayuh kita jumpa dia!"

Namun hajat mereka tidak kesampaian kerana Aunsellus langsung tidak mahu berjumpa dengan sesiapa pun. Dia hanya berpesan kepada pembantunya agar menolak kesemua pelawaan untuk berjumpa dengannya, walaupun individu tersebut salah seorang yang berpengaruh.

Barangkali seperti Alchemist lain, dia sedang sibuk menguji kesemua jawapan Kleim dalam makmalnya.

++++++++++

"Tuan Kleim! Tuan tahukan baru-baru ni hampir kesemua soalan yang berada di dinding dewan peperiksaan Index Alchimia telah dijawab oleh seseorang!" Ujar Eonna.

"Oh ya?" balas Kleim pendek. Malas dia nak melayan Eonna. Melihat reaksi Kleim seperti acuh tak acuh, Eonna mula menceritakan segalanya tentang apa yang didengar agar tuan mudanya tertarik untuk pergi sendiri melihat jawapan didalam dewan tersebut. Namun usahanya gagal kerana Kleim sedikit pun tidak menunjukkan tanda berminat.

"Tuan Kleim tak nak lihat jawapan tu ke?" tanya Eonna. "Mana tahu dapat idea baharu pula?"

"Tak perlu sebab saya tak berminat langsung," jawab Kleim yang ketika itu sedang sibuk melukis sesuatu diatas kertas.

"Tapi, Griess pun pergi tau!" Eonna menyebut nama Griess untuk memancing perhatian Kleim. Dalam fikiran Eonna, jika Griess pergi, Kleim pasti akan pergi juga.

"Eonna, bukan semua benda kita perlu ambil tahu. Bagi saya, jawapan yang tertulis didinding dewan Alchemy itu tak penting dan langsung tidak menarik perhatian saya. Lagipun sekarang ni saya sibuk dan banyak kerja."

Eonna mendengus mendengar jawapan Kleim. Jika Kleim pergi, ada peluang untuknya juga untuk belajar dan memahami Alchemy dengan lebih lanjut.

"Oh ya, tahu tak mana nak cari sesiapa yang mahir membuat barangan kaca di Ikalia?" tanya Kleim.

Arc ChemistWhere stories live. Discover now