13. Losyen (2)

2K 210 26
                                    

"Eonna, awak akan jadi pembantu saya dalam makmal Alchemist ni. Saya akan ajar awak cara-cara nak buat losyen. Awak boleh belajar kesemuanya dari saya," jelas Kleim kepada Eonna.

Eonna hanya mengangguk tanda setuju.

"Bagus! Sekarang tukar baju yang tebal sedikit. Baju yang awak pakai sekarang ni tak sesuai," ujar Kleim.

++++++++++

Ketiadaan (1)Bunsen Burner menyukarkan kerja penghasilan losyen. Selain mudah alih dan ringan, api dari Bunsen Burner mengeluarkan suhu haba yang konsisten. Namun, dalam dunia ini, Bunsen Burner masih belum dicipta lagi.

Satu-satunya cara adalah membakar kayu api sebagai sumber penghasilan haba. Kleim perlu mengawal suhu api dengan berhati-hati. Jika suhu api yang dikenakan terlampau tinggi, tindak-balas kimia tidak akan terjadi dan merencatkan proses pembuatan losyen, manakala jika suhu api rendah dan tidak sekata, proses tindak balas kimia akan menjadi perlahan.

Oleh itu, Kleim menugaskan Eonna untuk mengawal suhu api.

Kleim memulakan kerja dengan memanaskan sedikit campuran air suling dan Aloe Vera di dalam sebuah periuk sederhana. Setelah mendidih, dia mengarahkan agar Eonna mengawal kepanasan haba dengan membuang sedikit kayu kering agar api menjadi kecil.

Kemudian, serbuk teh, herba-herba yang dikering, (2)Cinnamon, (3)Citric acid dan (4)Potassium Sorbate dicampur ke dalam larutan air suling dan Aloe Vera itu tadi lalu dibiarkan seketika. Dia juga ada mencampurkan beberapa jenis herba untuk mendapatkan khasiat tertentu. Campuran sebatian ini dibiarkan selama 2 jam.

Pada masa yang sama, Kleim mencampurkan (5)beeswax, (6)stearic acid, madu asli dan ekstrak pati minyak (7)Lavender ke dalam periuk berlainan. Eonna menghidupkan dapur api. Asap mula berkepul. Proses pembakaran kayu api sedang berlaku. Periuk kecil itu diletakkan di atas dapur.

"Eonna, tolong gaul sebatian ini sehingga menjadi sedikit likat. Jangan lupa kawal suhu api. Api yang terlalu besar akan merosakkan beeswax ni nanti."

Eonna mengangguk tanda faham. Dia sedikit kekok berada di dalam makmal Alchemy.

Peraturan di Regia, hanya Alchemist dari Keluarga Dy Rosso dan keluarga lain bertaraf Alchemist sahaja dibenarkan membuat kerja dalam makmal. Pembantu rumah dan orang gaji tidak dibenarkan sama sekali.

Setelah 2 jam berlalu, campuran sebatian Aloe Vera itu tadi ditapis bagi mendapatkan patinya. Tujuannya adalah untuk mengasingkan hampas herba tadi. Pati campuran sebatian Aloe Vera itu dicampur terus ke dalam periuk kecil yang sedang digaul Eonna.

"Eonna, tolong cari periuk baharu dan isikan dengan air. Jangan penuh sangat, sukatan air yang diperlukan hanya perlu separuh dari ketinggian periuk tu je."

Eonna bergegas ke belakang makmal mencari periuk baru.

"Kita akan menggunakan teknik (8)Double Boiling. Panaskan periuk berisi air itu dengan api yang marak. Bila air mula mendidih, panggil saya. Kita akan letakkan periuk kecil tu ke dalam periuk berisi air."

Untuk membuat losyen, Beeswax perlu dilarutkan seratus peratus. Oleh kerana (9)Sonnicator tidak wujud lagi, teknik double boiling amat sesuai digunakan untuk mencairkan sisa-sisa Beeswax yang belum larut lagi.

"Tuan kenapa perlu buat macam ni? Bukankah lagi senang untuk kita panaskan terus dengan bara api?" Eonna bertanya.

"Tak boleh! Beeswax tadi akan rosak dan mengeluarkan bau hangus. Seterusnya, ia akan merosakkan kualiti ekstrak Lavender dan campuran herba lain. Kita mahu ekstrak Lavender mengeluarkan bauan harum," jelas Kleim.

Kleim menambah, "kat sini takde Sonnicator lagi. Tapi dengan teknik double boiling, beeswax itu akan mencair dan tidak akan hangus. Baik, sekarang awak tolong gaulkan sebatian campuran ni. Nah (10)spatula. Gaulkan sebatian tu cepat."

"Sonnicator? Spatula? apa tu?" Tanya Eonna bingung.

"Lupakan je la. Tolong perlahankan api tu. Kemudian buangkan bara kayu api sedikit demi sedikit selang 2 minit. Masa itu penting. Jangan leka. Ini proses kritikal!"

Eonna mengangguk tanda faham. Apa yang dia perlu lakukan hanyalah ikut sahaja arahan yang diberikan Kleim.

Eonna mula menggaul sebatian losyen. Selang 2 minit, bara api akan dikeluarkan untuk memperlahankan suhu api. Proses menggaul itu dilakukan sehingga ia tidak mengeluarkan lagi gelembung buih kecil. Setelah beberapa waktu yang sesuai, Kleim mengarahkan Eonna supaya mengalihkan periuk kecil itu tadi ke atas meja.

Melihat tahap kelikatan losyen itu, Kleim merasa puas hati. Losyen itu dibiarkan lagi sehingga suhun losyen menyejuk menyamai suhu bilik. Kemudian, losyen itu dituang ke dalam botol kecil.

"Siap akhirnya. Nah saya hadiahkan untuk awak Eonna." Kleim meberikan botol berisi Losyen itu kepada Eonna.

"Waahhh! Mana boleh saya terima losyen ni. Dah la proses nak buat losyen ni sukar!" Eonna menolak tawaran Kleim dengan hormat. Baginya, losyen ini adalah terlalu besar nilainya dan dia tidak layak untuk mendapat hadiah sebegini.

"Hahaha, tak, tak. Losyen ni tak sesuai untuk lelaki macam saya. Losyen ni sesuai untuk golongan wanita macam awak. Cuba lah pakai dan rasai kesannya dalam masa seminggu.

Eonna mula menyapu sedikit losyen ke tapak tangannya. Bau nyaman haruman Lavender dan kesegaran daun Pudina menyapa permukaan tangan Eonna.

"Wah...! Segarnya rasa!" Eonna dapat rasakan losyen yang dibuat oleh Kleim sangat efektif. "Terima kasih Tuan Kleim. Bolehkah ibu saya pakai losyen ni juga? Sejak kebelakangan ni tangan ibu makin kusam dan kasar." Tanya Eonna.

"Dipersilakan!" jawab Kleim gembira.

Eonna tersenyum puas. Ucapan terima kasih diucapkan sekali lagi. Botol kecil itu disemat kemas didalam poket kecil bajunya. Eonna berlalu pergi dengan hati gembira. Mungkin dia tidak sabar untuk menyapu losyen itu pada tangan ibunya dan melihat hasilnya.

++++++++++

(1) Bunsen Burner (Penunu Bunsen): Dinamakan bersempena penciptanya, Robert Bunsen. Antara radas yang digunakan dalam makmal untuk memanaskan sampel. Bunsen Burner adalah sebuah tong gas kecil dan mudah alih serta mudah digunakan. Api juga boleh dikawal. Sumber bahan api Bunsen Burner adalah Metana. Sesetengah Bunsen Burner menggunakan Liquiefied Petroleum Gas (LPG) seperti Propana, Butana atau campuran kedua-duanya.

(2)Cinnamon: Kayu Manis

(3) Citric Acid: Sejenis asid lemah dengan formula kimia C6H8O7. Banyak terdapat dalam buahan jenis citrus seperti Lemon, Oren, Limau Mandarin.

(4) Potassium Sorbate: Formula kimia C6H7KO2. Digunakan untuk merencat pertumbuhan mikroorganisma, spora, kulat dan yis dalam produk makanan dan kosmetik.

(5) Beeswax: Lilin lebah

(6) Stearic Acid: Dikenali juga sebagai Octadecanoic acid dengan formula kimia C18H36O2. Stearic acid adalah sejenis fatty acid dan banyak ditemui didalam lemak tumbuhan seperti lemak sayuran, butter, minyak kelapa sawit dan juga lemak haiwan seperti tallow. Banyak digunakan dalam kosmetik sebagai surfactant. Disebabkan surfactant, kotoran degil dan habuk yang melekat pada kulit dapat ditanggalkan mudah dengan bantuan air. Tanpa surfactant, kotoran tidak dapat ditanggalkan.

(7) Lavender: Sejenis bunga

(8) Double Boiling: Salah satu teknik untuk mencairkan/melarutkan bahan atau sampel tanpa merosakkan bahan atau sampel tersebut. Dalam teknik double boiling, sebanyak 2 bekas berlainan saiz digunakan. bekas bersaiz besar disi dengan air manakala bekas kecil pula diisi dengan bahan yang hendak dicairkan/dilarutkan. Bekas besar berisi air haruslah di didihkan. Kepanasan air yang mendidih akan memanaskan bekas kecil dan seterusnya akan mencairkan/melarutkan bahan yang ada dalam bekas kecil.

(9)Sonnicator: salah satu radas makmal untuk mencairkan/melarutkan bahan atau sampel dalam skala makro dan mikro. Sonnicator juga boleh digunakan untuk membuang gelembung gas (Degassing)

(10) Spatula: Sejenis sudu yang mempunyai 2 kepala, versi makmal.

Arc ChemistWhere stories live. Discover now