9. Non-Elemental

2.5K 217 18
                                    

"Istimewa? Apa yang kau cuba nak sampaikan?" Ujar Griess kehairanan.  

"Maksud aku, adakah kuasa ini dapat mencipta dan memusnahkan objek mengikut kehendak sendiri?" Balas Kleim.

"Mempunyai Non-Elemental sebagai Major-Attribut untuk kuasa [Caeleste Arte] tidak bermakna boleh buat sesuka hati." Pinta Griess. Tangannya tangkas mengheret kerusi sedikit sebelum melabuhkan dirinya ke atas kerusi.

"Contohnya? Aku masih tak jelas dengan perkara ni," Balas Kleim yang masih keliru saat mendengar ulasan Griess.

"Baiklah. Sub-Attribut untuk Non-Elemental yang dikenal pasti setakat ni adalah [Caeleste Arte: (1)Lux] dan [Caeleste Arte: (2)Nox]. Setakat ini, hanya Lady Artemisia Dy Verde dan Sir Descartes Dy Nero merupakan antara Alchemist terawal yang mempunyai kuasa [Caeleste Arte] dari Major-Attribut Non-Elemental." kata Griess dengan yakin. 

Lady Artemisia Dy Verde dan Sir Descartes Dy Nero. Dua orang Alchemist teragung yang hidup pada zaman yang berbeza. Walaupun berbeza era, mereka mempunyai persamaan ketara; dikurniakan [Caeleste Arte] Non-Elemental sebagai Major-Attribut.

Descartes Dy Nero (circa 830-920), adalah Alchemist terawal yang dikenali kerana mempunyai Non-Elemental. Namanya tercatat sebagai Alchemist pertama dalam sejarah awal Alchemy yang mempunyai Non-Elemental sebagai major attribut . Tiada rekod lengkap mengenai sumbangan beliau kerana ketika itu, manusia masih lagi tidak menyedari akan kepentingan penulisan dan catatan sejarah. Descartes ada meninggalkan legasinya, iaitu manuskrip tentang cara mengawal kuasa [Caeleste Arte] yang dimilikinya, Nox.

Manuskrip itu dinamakan sempena namanya, Descartes Manuscript, dan disimpan di Muzium Natura Dy Alchemy yang terletak di barat daya kota Ikalia.

Artemisia Dy Verde (circa 1360-1420), adalah seorang Alchemist pertama dari golongan wanita. Bidang Alchemy pada ketika itu banyak didominasikan oleh kaum lelaki menyebabkan Artemisia bercita-cita ingin memperjuangkan hak -hak wanita yang ingin menjadi Alchemist.   

Disebabkan Artemisia adalah seorang Non-Elemental, dia dikenali oleh segenap lapisan masyarakat. Dikenali sebagai Iron Lady, beliau dengan berani menggunakan pengaruhnya sebagai seorang Non-Elemental melakukan pembaharuan dan revolusi dalam bidang Alchemy yang selama ini dikuasai oleh golongan lelaki.

Hasilnya, golongan wanita mula mendapat tempat sebagai Alchemist atas usaha yang dilakukan oleh Artemisia. [Caeleste Arte: Lux] dikenang sepanjang zaman bukan kerana kehebatan kuasanya, tetapi disebabkan pengaruh nama kuasa ini terhadap revolusi Alchemy di Ikalia.

Antara legasi yang dapat dilihat kukuh bertahan sehingga kini adalah Artemisia Girl School, sekolah yang dikhaskan untuk golongan wanita yang ingin mendalami bidang Alchemy.  

"Untuk mencipta sebarang benda serta memusnahkannya, itu bukan lagi diklasifikasikan sebagai [Caeleste Arte]. Itu adalah sesuatu yang diluar norma manusia." Jelas Griess.

"Macam tu rupanya..." Kleim tahu kuasa yang dimilikinya bukan lagi [Caeleste Arte] seperti yang Griess katakan tadi. Kuasa yang wujud dalam dirinya adalah sesuatu yang baru dan belum ditemui lagi dalam dunia mereka.

Buat masa ini, dia perlu merahsiakan hal ini dari pengetahuan orang lain, walaupun keluarganya. 

"Griess, kenapa kita semua perlu belajar mengawal kuasa ini?" Soal Kleim.

"Ada tiga sebab utama. Peperangan, teknologi dan perkembangan Alchemy," Griess menjawab tenang.

Dunia parallel ini baru sahaja pulih dari kancah peperangan besar terutama di benua Evrope. Walaupun begitu, masih terdapat lagi peperangan-peperangan kecil yang terjadi disekitar Ikalia.

Arc ChemistWhere stories live. Discover now