6. Revision (2)

2.6K 285 30
                                    

"Mustahil!"

Mata Kleim terbeliak apabila dia mula membaca buku-buku tersebut. Helaian demi helaian mukasurat diselak. Buku demi buku dibuka untuk mendapatkan kepastian.

Dia tidak pasti apa yang sedang berlaku ketika ini. Ribuan imej asing mula terbentuk dan memasuki lowongan fikiran Kleim. Visual Kleim beserta manusia-manusia lain menjalankan pelbagai eksperimen alchemy menyebabkan dia tergumam. Menambahkan lagi kebingungan, Kleim sendiri tidak pernah mengalami sendiri perisitiwa-peristiwa seperti ini.

"Urghhh, apa yang berlaku ni?"

Kepala Kleim terasa seperti disiat-siat. Pandangan mata mula kabur. Peluh mula membasahi baju. Ternyata ratusan ribu imej asing yang meluru masuk menyebabkan Kleim terasa seperti disihir. Tangan kleim pantas memicit-micit ubun kepalanya agar dapat melegakan sakit kepala. Namun usahanya tidak mendatangkan sebarang hasil. 

Apa yang sudah terjadi?

Ketika ini, memori Kleim yang terdahulu meluru masuk ke dalam kotak fikiran. Limpahan memori tersebut mula memenuhi segenap ruangan fikiran. Saat ini, memori-memori Kleim yang terdahulu membanjiri kotak fikirannya. hal ini menyebabkan Kleim merasa sakit kepala. Kesemua memori-memori yang menerjah masuk kedalam fikiran berkait rapat dengan pembelajaran ilmu Alchemy, salah satu cabang ilmu yang asing baginya. 

"Arghhhh....!!! SAKITTT...!!!!"

Kleim meronta-ronta. Kepalanya terasa sakit bagai ditusuk seribu jarum kecil.

"Tuan!"

BAMM!!

Sebujur tubuh rebah di atas lantai.

++++++++++


Sejam kemudian


Eonna melihat raut wajah Kleim dengan penuh penantian. Kleim masih belum sedar lagi. Rasa bersalah mula menyelubungi Eonna. 

Dia sepatutnya tidak memaksa tuannya membaca buku-buku Alchemy sejurus tuannya beransur pulih dari kemalangan.

Dia sepatutnya tidak membuatkan tuannya terasa beban.

Dia sepatutnya tidak mencerita tentang perihal Ikalia dan dunia yang kompleks.

Namun, nasi sudah menjadi bubur. Eonna hanya mampu berdoa sahaja agar tuannya sedar semula.

Kleim hanya tersedar setelah mendengar mulut Eonna terkumat-kamit berdoa ditepi katil. Dia cuba membuka matanya. Melihat pembantunya Eonna yang agak kerisauan, dia hanya mampu tersenyum kelat. "Aku tak mati lagi la," Gurau Kleim.

"Tuan Kleim! Rehatlah dulu ya," Ujar Eonna kerisauan. Dia hanya mampu menggenggam jari jemari Kleim.

"Aku tak apa-apa, bawa sini gelas, aku nak minum air," arah Kleim.

Kleim berasa amat bingung dengan kejadian tadi. Tujahan demi tujahan memori Kleim yang terdahulu mula tersingkap kembali. Ketika ini, dia mula faham mengapa perkara ini berlaku. Sukar untuk dijelaskan kerana ia melangkaui logik akal.

Menurut cebisan memori yang menerjah masuk kedalam dirinya, sains dan teknologi tidak memainkan peranan penting. Kebanyakan pelajaran serta ilmu yang diterima oleh Kleim tidak tepat dan agak menyimpang. Manusia dalam dunia ini masih tidak dapat lagi membezakan diantara fakta dan mitos. Falsafah sains tdak terbentuk lagi ketika ini.  

Lebih mengejutkan, Kleim juga mendapati apa yang tertulis dalam buku-buku Alchemy tersebut amatlah menakutkan dan tidak masuk akal. Kaedah-kaedah serta penerangan yang dijelaskan di dalam buku-buku Alchemy amat ganjil dan sukar untuk dihadam otak.

Antaranya, kaedah rawatan pesakit yang kejam, cara pencegahan penyakit yang agak mengerikan, kandungan ubat-ubatan menggunakan bahan terlarang seperti racun dan heavy metal serta penggunaan bahan kimia yang tidak terkawal dalam penghasilan ubat-ubatan. Ketika ini, Kleim hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja. 

Hasil kajian dan tulisan dalam kebanyakan buku-buku alchemy banyak disandarkan kepada ilmu astrologi dan numerologi. Sebahagian maklumat yang wujud dalam buku itu amat mengelirukan.

Setiap resepi ubat-ubatan serta kaedah rawatan disertakan sekali dengan bacaan mantra-mantra Latin. Keberkesanan setiap ubatan dan rawatan tidak disertakan sekali dengan pembuktian melalui hasil kajian. Sebaliknya, pembuktian tentang keberkesanan ubatan dan rawatan hanya disertakan dengan testimoni-testimoni pesakit. konsep ini bertentangan dengan etika dan falsafah sains moden.

Hal ini membuatkan Kleim berasa amat geram dan tidak berpuas hati dengan apa yang telah dibacanya.

Tulisan dalam buku-buku alchemy juga menyatakan penyakit yang menyerang manusia serta haiwan ternakan adalah disebabkan berpunca daripada gangguan syaitan serta roh-roh jahat yang berkeliaran. Oleh sebab itu, ubat-ubatan yang dibekalkan akan disertakan sekali bersama mantra-mantra dalam bahasa Latin untuk dijadikan tangkal dan doa agar pesakit membacanya untuk mengubati penyakit. 

Pendek kata, ilmu sains dan perubatan dalam dunia ini sudah bercampur-aduk dengan kepercayaan supernatural. Ia tidak lagi bersifat analitikal.

Memikirkan keadaan ini menyebabkan Kleim murung. Jika dibiarkan berterusan, orang yang sihat akan mendapat penyakit, orang yang sakit pula akan bertambah sakit dan boleh membawa padah kepada pesakit! Oleh itu, dia perlu membuat pembaharuan dalam dunia ini.

"Tuan nampak macam tak sihat. Rehat la dulu," Eonna menyuarakan pendapat.

"Apa yang tertulis dalam buku ini semuanya tak masuk akal!" Kleim bertegas.

"Tapi, semua buku yang saya pilih itu ditulis oleh pakar-pakar Alchemist negara yang hebat. Buku-buku ini terpilih sebagai bahan rujukan kepada golongan bangsawan serta kebanyakan pusat pendidikan," kata Eonna.

"Ilmu sains tidak bersifat statik sepanjang masa. Ilmu sains sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan kemajuan teknologi. Ilmu sains bersifat analitikal dan memerlukan pembuktian melalui kajian. Buku-buku yang ditulis oleh pakar Alchemist terdahulu tidak lagi sesuai untuk dipraktikkan. Malah kebanyakan jauh menyimpang dan boleh juga membahayakan Alchemist itu sendiri!." Kleim bingkas bangun dari katil dan menuju kearah rak yang menempatkan buku. 

"Walaupun dalam dunia ini daya magik seperti [Caeleste Arte] memainkan peranan penting, namun sains dan kemajuan teknologi tidak patut dipinggirkan! ia perlu seiring dengan kemajuan magik." Desak Kleim dengan nada geram.

Dia mula mengaktifkan kuasa [Caeleste Arte] ke arah salah satu buku Alchemy yang berada di atas meja.

Poof...!

Buku Alchemy itu bertukar menjadi timbunan-timbunan daun serta kayu.

Melihat tindakan tuannya yang memusnahkan buku Alchemy dan mendengar apa yang tuannya cakap membuatkan Eonna terpegun. Tidak pasti sama ada tuannya itu sudahpun gila akibat panahan petir ataupun sudah menjadi serius. Tetapi kata-kata yang keluar dari mulutnya membuatkan Eonna berasa kagum.

"Aku perlu lakukan sesuatu!" 

Dengan pengetahuan ilmu moden yang dibawa dari dunianya, dia pasti dia boleh lakukan sesuatu!

Mungkinkah itu tujuan mengapa beliau 'dihantar' ke dunia ini sebagai Messiah?


Arc ChemistWhere stories live. Discover now