15. Tutor

1.9K 205 52
                                    

Wajah Kleim berubah menjadi serius. Dia tidak suka apabila hasil kerjanya direndah-rendahkan. Melihat perubahan raut wajah Kleim, Griess berhenti ketawa dengan serta-merta. Dia tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku, lebih-lebih lagi dengan seorang Alchemist berkuasa Non-Elemental.

"Kepingan-kepingan kecil ini dipanggil pad. Pad ini aku cipta khas untuk kau. Kandungannya rahsia, tapi kau boleh cuba pakai. Kau hanya perlu tampal sahaja pad ini dimana-mana bahagian badan yang kurang selesa. Tapi ingat jangan tampal pada bahagian luka" Kleim sekali lagi meletakkan kepingan pad itu diatas meja bersebelahan dengan potion Lord Lionel yang telah diubahsuai sendiri olehnya.

Kepingan pad (koyok) itu mempunyai bahan aktif bersifat (1)(analgesik). Kemungkinan, ini adalah satu-satunya pad pertama bersifat analgesik yng dicipta di dunia parallel ini.

Melihat keikhlasan Kleim, Griess meletakkan perisai anti-magis.

"Ttt..terima kasih...," kepingan pad itu menarik perhatian Griess, lalu dia mengambil sekeping pad. Griess menyambung, "Emm, segar bau koyok ni. Wangian apa yang kau letak?" 

"Sama-sama. Itu adalah rahsia hasil kerja aku, hehe" jawab Kleim berseloroh. Melihat Griess yang begitu asyik memerhati dan memegang kepingan pad itu, Kleim dapat agak yang Griess berminat dengan pad anti-radang ciptaannya. 

"Griess, betul ke kau nak berhenti menjadi tutor aku?" Kleim mengambil peluang dengan bertanya. Riak wajah Griess bertukar, seperti ada penyesalan jelas terpapar di mukanya.

"Betul tu aku nak berhenti jadi tutor kau," tegas Griess, "lagipun aku takde apa-apa lagi nak diajar pada kau. Kau bukan Kleim yang sebenar. Aku tak tahu sama ada kau manusia ataupun tidak. Tambahan lagi, kau adalah Non-Elemental. Sesuatu yang jarang berlaku abad ni."

Griess beranggapan Kleim yang sekarang bukan lagi Kleim yang dia kenal seperti sebelum ini. tersentak dengan jawapan yang diberikan oleh Griess.

"Anggap je la aku manusia biasa. Sekarang ni, aku perlukan bantuan untuk kau untuk mengajar aku bagaimana nak mengawal kuasa [Caeleste Arte], sebab aku pun tak tahu bagaimana nak mengawal kuasa ni dengan lebih baik!"

"Tuan Muda Kleim! Bagaimana kau boleh keluarkan ayat semberono macam ni? Mana boleh aku anggap kau seperti manusia nomal yang lain! Untuk menjadi manusia normal, Kau kena ada bayang-bayang sendiri. Lagipun, hanya aku sorang je yang perasan hal ni. Aku tak faham betul dengan keluarga Dy Rosso ni. Takkan sorang pun tak perasan yang kau langsung takde bayang-bayang?"

"Err..., itu... itu..." Kleim teragak-agak memberi jawapan, "persekitaran di Regia Dy Rosso amat malap dan aku jarang keluar rumah, mungkin sebab itu mereka tak perasan kot," ujar Kleim dengan alasan kukuh. 

"Emm, betul jugak. Rumah kau banyak sangat tirai langsir sampaikan cahaya matahari jarang masuk ke dalam rumah. Lagipun Lord Lionel sendiri benci dengan keadaan persekitaran yang terang," ujar Griess tenang.

"Griess, aku nak kau jadi tutor aku balik. Aku memang memerlukan bantuan kau sekarang ni. Aku nak kau ajar bagaimana nak mengawal kuasa [Caeleste Arte] ni dengan lebih baik, tolonglah!" Rayu Kleim dengan harapan.

"Kalau aku menolak?"

"Aku berharap kau tak buat begitu," jawab Kleim pendek.

"Adakah kau akan bunuh aku sebab aku tahu tentang rahsia kau?" Soal Griess. 

"Itu bukan cara aku. Aku takkan bunuh orang. Cara itu salah dan tidak berperikemanusiaan langsung!"

"Baiklah, aku akan pertimbangkan permintaan kau. Berikan aku masa beberapa hari untuk aku fikir," balas Griess serius.

"Terima kasih. Kalau macam tu, aku balik dulu. Aku harap kau dapat pertimbangkan permintaan aku ni," kata Kleim dengan penuh harapan.


Arc ChemistWhere stories live. Discover now