30. Vitrum (2)

4.2K 323 194
                                    

*knock *knock *knock

"Ya, tunggu sebentar. Saya datang ni...!" Sahut seorang gadis spontan. Daun pintu dibuka perlahan.

"Hai, saya Kleim," Kleim memperkenalkan diri.

"Saya Eonna, pembantu Tuan Kleim," Eonna menundukkan sedikit kepalanya. Kleim menunjukkan kad kecil bewarna perak. Gadis itu mengangguk.

"Masuklah," pelawa gadis tersebut.

"Terima kasih."

"Emm..., Vitrus kata saya boleh dapatkan khidmat pembuat barangan kaca yang terbaik daripada keluarga ini."

Berkerut dahinya tatkala mendengar apa yang diutarakan oleh Kleim. Mulutnya berat untuk bercakap. Dalam hatinya, kemungkinan Kleim datang ke sini semata-mata untuk memerli hasil kerja keluarganya.

Namun sangkaan beliau meleset apabila melihat reaksi Kleim yang begitu teruja menunjukkan pasu kaca yang dibawa Kleim.

"Kalau boleh, saya mahu berjumpa dengan orang yang membuat pasu ni."

"Saya Joanne Vitrum. Mungkin awak nak berjumpa dengan abang saya, Ephraim Vitrus."

"Ephraim?"

"Ya. Tapi dia tiada disini," jelas Joanne.

"Malangnya. Saya datang ke sini untuk membuat satu urusan perniagaan dengannya," jelas Kleim hampa.

"Maksud awak?"

"Begini, saya memerlukan kemahiran abang awak untuk membuat radas kaca untuk saya. Saya lihat ciri-ciri barangan kaca yang abang awak buat menepati keperluan dan citarasa saya," ujar Kleim. Kleim kemudian mengeluarkan sehelai kertas lukisan yang dilipat kemas.

"Nah lihat ni. Ini adalah lakaran yang saya lukis. Ini adalah lakaran asas radas yang saya nak abang awak buat."

Joanne melihat setiap lakaran yang dilukis oleh Kleim dengan teliti. Lakaran tersebut amat janggal dan aneh. Dahinya berkerut melihat lakaran tersebut. Setiap lakaran disertakan sekali dengan ukuran dan dimensi. Dalam benak hatinya, Kleim mungkin merupakan seorang lagi penipu yang ingin mengambil kesempatan terhadap diri dan abangnya.

"Matanya tertarik dengan setiap nama pada setiap lakaran yang dilukis Kleim.

"Beaker? Silinder penyukat? Kelalang Kon? Apakah?" Joanne berasa pelik namun pada masa yang sama amat kagum melihat dan mendengar benda baharu yang diperkenalkan Kleim.

"Oh itu adalah nama untuk setiap lakaran radas kaca ni," balas Kleim pendek.

Matanya beralih pula kepada ukuran dan dimensi setiap lakaran Kleim. Setiap lakaran disertakan dengan maklumat seperti ketinggian, diameter dan ketebalan dinding setiap peralatan radas. Lukisan yang dilukis oleh Kleim tidak langsung kelihatan seperti lakaran asas; ianya kelihatan seperti hasil kerja tangan seorang arkitek!

"Nipis betul dinding radas ni!. Malangnya kami tak lagi mempunyai teknologi untuk membuat hasil kerja senipis ni. Ini adalah kerja gila! Belum pernah dibuat orang," geleng kepala Joanne.

"Itu jangan risau!" Sengih Kleim. "Saya akan tunjukkan cara proses dan bagaimana nak menghasilkan radas senipis ni. Ianya berkaitan dengan sukatan komposisi bahan serta kaedah perlaksanaan yang tepat!" jelas Kleim.

Dahinya berkerut sekali lagi. Mungkinkah pemuda yang berada didepannya ini seorang pembohong professional yang ingin mengambil kesempatan terhadap keluarganya?

"Hmmm, baiklah apa bahan-bahan tersebut?" Joanne bertanya untuk menguji kemampuan Kleim.

"Itu..." Kleim teragak-agak sedikit.

"Kami tak boleh beritahu sehingga kami berjumpa dengan Ephraim dan berbincang dengannya," Eonna mencelah.

"Ahaha... Ya kami perlu berbincang dengan Ephraim dahulu. Joanne pun boleh turut serta nanti." sambung Kleim.

"Apa bukti supaya kamu berdua tak mengkhianati kami?" tanya Joanne tegas. Ramai orang yang sering mengambil kesempatan ke atas mereka berdua kerana mereka berdua adalah keluarga bawahan Vitrum. 

"Kami akan sediakan kertas kerja yang lengkap beserta dengan perjanjian perniagaan."

"Termasuk keuntungan?" Joanne mencelah.

"Ya termasuk keuntungan. Saya jamin jika abang awak setuju, nama keluarga Vitrum akan naik!"

"Hmmm..., berkenaan dengan nama keluarga Vitrum tu..."


************

"Tuan, bila kita nak jumpa dengan Ephraim?" Tanya Eonna.

"3 hari lagi kita akan datang balik. Buat masa ni saya perlukan bantuan Eonna untuk mencari bahan yang saya perlukan."

"Tapi, bukankah Joanne kata mereka sudahpun mempunyai bekalan bahan mentah yang cukup untuk membuat peralatan kaca tu?"

"Untuk membuat radas makmal kita, malangnya bahan yang mereka gunakan tidak cukup. Perlu ada penambahan dari segi bahan."

"Maksud tuan, mereka perlu mengubah bahan yang mereka gunakan sejak turun-temurun?" Ujar Eonna.

"Betul."

Tidak diketahui sejak bila bermula Industri pembuatan kaca, namun para ahli sejarawan berpendapat industri pembuatan kaca bermula sejak tahun 1500 BC, iaitu ketika zaman Mesir Purba dan Mesopotamia (Assyria). Para sejarahwan menemui sebuah buku manual pembuatan gelas dari Perpustakaan Agung Raja Ashurbanipal, Assyria yang bertarikh kira-kira 650 BC.

Pada ketika itu, industri pembuatan gelas dan kaca merupakan industri renyah dan perlahan disebabkan proses yang kompleks untuk membuat gelas dan kaca. Relau yang digunakan untuk meleburkan bahan membuat gelas dan kaca amat kecil. Untuk meleburkan bahan-bahan tersebut, relau tersebut mesti dipanaskan sehingga 1600 darjah celcius! Proses ini memerlukan banyak kayu api dan oksigen bagi memudahkan kerja proses pembuatan gelas dan kaca berjalan dengan lancar.

Disebabkan itu, hanya segelintir golongan sahaja yang mampu membeli barangan gelas dan  kaca. Dianggarkan,kos pembuatan kaca dan gelas boleh menyamai harga barangan perhiasan pada ketika itu!

Namun, segalanya berubah apabila pada abad 1 BC, apabila orang-orang Syria mencipta satu cara untuk menjadikan proses pembuatan gelas dan kaca menjadi senang dan cepat, iaitu dengan menggunakan kaedah blowpipe. 

Bahan untuk membuat gelas dan kaca amat mudah didapati dikawasan sekitar. Antara Komponen utama bahan asas yang digunakan untuk membuat gelas dan kaca adalah Pasir (Silica, Silicon Dioxide), Batu Kapur/Lime (Calcium Oxide) dan alkali (sama ada menggunakan potash, K2CO3 yang boleh didapati dari proses pelunturan abu tumbuh-tumbuhan yang dibakar ataupun dilombong dan juga natron, Na2CO3·NaHCO3·2H2O ataupun soda, Na2CO3, yang boleh melalui aktiviti perlombongan).

Disebabkan pasir yang rata-ratanya mempunyai komposisi Silica atau Silicon Dioxide mempuyai takat peleburan yang tinggi, lebih kurang 1650 - 2000 C, bahan seperti lime digunakan untuk menstabilkan campuran dan alkali dicampurkan sekali untuk merendahkan takat peleburan pasir.

Terdapat juga gelas dan kaca yang mempunyai warna yang pelbagai. Hal ini disebabkan oleh kehadiran bahan yang bertindak sebagai 'pewarna'. Antara contoh bahan adalah bahan yang mempunyai molekul seperti Iron Oxide yang dapat menghasilkan warna hijau dan coklat, Manganese Oxide yang dikatakan dapat menghasilkan warna ungu, Kuprum (Copper) yang dapat menghasilkan warna seperti biru, hijau dan merah.

"Kita kekurangan bahan apa lagi?" tanya Eonna.

"Borosilicate!"

"Boro...apa? Apa tu???" Eonna bingung.

"Borosilicate adalah bahan yang perlu dimasukkan ke dalam campuran bahan utama. Kehadiran Borosilicate dikatakan dapat menghasilkan barangan gelas dan kaca yang bermutu tinggi!" jelas Kleim.

Borosilicate banyak digunakan dalam industri pembuatan radas makmal pada zaman moden ini. Kehadiran Borosilicate dalam gelas dan kaca dikatakan dapat menghasilkan radas yang berdaya tahan tinggi terhadap suhu haba serta bahan kimia yang lain.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 13, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Arc ChemistWhere stories live. Discover now