10. Non-Elemental (2)

2K 218 26
                                    

"Gauntlet tu takde kena mengena, okey!" Marah Griess yang ketika itu sedang mencari sesuatu di dalam begnya.

Griess mengeluarkan prisma berbentuk hexagonal. "Ini adalah Caeleste Hex, sejenis alat untuk menentukan kuasa [Caeleste Arte] Alchemist. Nah pegang Caeleste Hex ni dan perhatikan perubahan warna pada alat ni," Griess menghulurkan prisma berbentuk hexagonal kepada Kleim.

Griess masih ragu-ragu akan kuasa Kleim walaupun dia mengetahui bahawa Kleim adalah pengguna [Caeleste Arte: Acqua Serpente]. Baginya, tidak rugi jika dia memeriksa balik kuasa Kleim.

Tanpa membuang masa, Kleim menyambut Caeleste Hex tersebut menggunakan kedua tangannya. Pada mulanya, alat itu hanya mengeluarkan cahaya malap. 

"Caeleste Hex digunakan untuk mengenalpasti attribut kuasa [Caeleste Arte], setiap warna yang dikeluarkan oleh prisma ini menunjukkan attribut yang dimiliki oleh..."

Belum sempat Griess habiskan bicara, tiba-tiba Caeleste Hex yang berada dalam gengaman Kleim mengeluarkan cahaya kebiruan yang amat terang.

Warna Prisma itu bertukar cepat dari biru menjadi putih. 

"Putih...Hijau...kuning...merah..." Mata Griess membundar tatkala melihat perubahan warna pada bongkah hexagonal. Inilah kali pertama dia melihat perubahan warna Caeleste Hex yang begitu cepat. 

"Hitam?"

"Woahaaa! Kenapa warna hitam ni Griess? Panas pulak tu!" Ujar Kleim teruja.

"Ini.... ini adalah perkara mustahil! Warna hitam! Hitam adalah Non-Elemental!" Kata Griess.

Caeleste Hex adalah satu alat untuk menentukan attribut Alchemist berdasarkan warna perubahan yang ditunjukkan. Terdapat 6 warna yang mewakili Major-Attribut. Biru mewakili Acqua, merah mewakili Ignis, hijau mewakili Terra, kuning mewakiliMetallum, putih mewakili Vellum dan hitam mewakili Non-elemental. 

Kleim hanya mendiamkan diri sahaja.

"Kau ada apa-apa masalah tak bila kau tengah guna kuasa [Caeleste Arte]." Tanya Griess.

"Saat aku menyarungkan Gauntlet, badan aku dah rasa lain. Rasa lemah dan tak berdaya. Selepas Nukleus kat atas Gauntlet tu musnah, aku langsung tak berdaya nak bangun," Jelas Kleim.

"Gauntlet tu tak sesuai dengan Major-Attribut kau. Erti kata lain, Gauntlet tu tak mampu nak tampung aliran kuasa [Caeleste Arte]. Sebab tu kau rasa lemah," jawab Griess tenang.

"Sebelum ni, aku mampu menggunakan kuasa [Caeleste Arte] tanpa bantuan Gauntlet tu," ujar Kleim 

"Berapa lama kau berlatih?"

"paling lama 7 hingga 8 jam tanpa henti"

"Tanpa bantuan Mana Stone?" Tanya Griess.

"Ya, tanpa Mana Stone"

"......!!!" Griess tercengang.    

Untuk menggunakan kuasa [Caeleste Arte] dalam jangka masa panjang, seseorang Alchemist mesti mempunyai sejumlah Mana Pool yang besar. Jika terlampau banyak menggunakan kuasa, Mana di dalam Mana Pool akan habis dan membuatkan Alchemist tidak berdaya, malah boleh menyebabkan kematian! 

"Aku dapat rasakan kapasiti Mana Pool aku ni agak besar. Aku bebas menggunakan sebanyak mana tenaga Mana tanpa had, seolah-olah tenaga Mana ini disalurkan dari dunia yang lain." sambung Kleim.

"Ini pertama kali aku dengar seseorang Alchemist boleh menggunakan kuasanya tanpa had. Lebih-lebih lagi alchemist itu adalah Non-Elemental. Kleim, aku nasihatkan jangan menunjuk-nunjuk kuasa kau dikhalayak ramai."

Arc ChemistWhere stories live. Discover now