22. Archeon (3)

1.5K 194 11
                                    

"Archemist..., Archemist..." Kleim menyebut berulang kali.

"Jangan terlalu obses dengan buku tu!" marah Lord Lionel.

"Oh tak, tapi macam pernah dengar nama tu..., Argghhhh...!!!"

Tiba-tiba Kleim mengerang kesakitan. Kepalanya dirasakan seperti dipulas kuat oleh satu daya kuasa luar. Kedua belah tangannya mula memegang sisi kepalanya.  Kelopak mata dipejam rapat, gigi diketap rapi. Kesakitan yang dirasakan menyebabkan dia berasa lemah dan terpaksa merebahkan badannya. Jeritannya amat kuat sehinggakan boleh didengar dari luar.

"Tuan Kleim!"

Eonna yang ketika itu berada di luar regia tersentak lalu meluru masuk ke dalam Regia mencari tuannya.

Melihat keadaan Kleim, Lord Lionel terus mendapatkan Kleim. "Kleim! Kleim!"

Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu sebelum tangannya menyentuh dahi Kleim. Lord Lionel juga mahir memanipulasikan kuasanya yang bersifat ofensif menjadi kuasa yang dapat menyelamatkan nyawa. Ketika ini, dia sedang menyalurkan tenaga Mana kepada Kleim untuk meringankan kesakitan yang dihadapi.

Kleim ketika itu mula tidak sedar diri. Minda separa sedarnya sedang mengalami kesakitan. Saat ini juga ribuan imej aneh menghujani masuk ke dalam kotak kesedarannya. Ribuan imej aneh ini menambahkan lagi kecelaruan Kleim. Dia tidak lagi dapat membezakan diantara realiti dan fantasi mimpi. Imej itu bukan sesuatu yang menjadi kebiasaan baginya. 

*Thumpp!!!

Ribuan imej itu tadi sedikit demi sedikit membentuk sebuah pentas realiti. Kleim dibawa ke suatu dunia yang begitu asing.  Segalanya tampak kabur pada awalnya. Ribuan imej itu tadi mula membentuk persekitaran seperti dunia maya.

Sungguhpun begitu, Kleim dapat merasakan tiupan angin membelai rambutnya. Permukaan tanah dipijak lembut. Gunung-ganang sejauh mata memandang, burung-burung berterbangan; menari-nari seperti semuanya sudah termaktub dalam takdir, memukau manusia kerdil yang terpinga-pinga. Dunia maya ini seperti manifestasi realiti!

Sepohon pokok hasil daripada gabungan ribuan imej aneh mula mematerialkan jasad fizikal tidak jauh dari Kleim. Dibawah pohon itu, kelihatan seorang lelaki tua berbaju lusuh sedang duduk bersila dibawah redupan pohon tersebut. Orang tua itu seperti sedang memeluk sesuatu dengan erat.

Kleim teragak-agak untuk  mendekati orang tua itu. Menyedari Kleim tidak berganjak dari tempatnya, orang tua itu memandang muka Kleim dengan lirikan matanya yang agak malas.

"Archemist..." orang tua itu bersuara perlahan. Tangan orang tua itu melambai-lambai memberi isyarat agar Kleim datang segera. "Aku kena perhatikan keadaan sekeliling dulu. Mana tau ada musuh nak datang," ujarnya.

Melihat Kleim mula mengatur langkah, orang tua itu mempercepatkan lambaian tangannya. Riak muka orang tua itu memaparkan ada perkara yang serius hendak disampaikan.

"Archemist..., Archemist..." Kali ini, orang tua itu bercakap lantang, lalu mengangkat tinggi kitab buruk itu menggunakan kudrat kedua belah tangannya.

"Archemist? Buku taboo tu?" mendengar perkataan itu, Kleim mempercepatkan langkahnya. Orang tua itu tersenyum. Banyak perkara yang perlu Kleim tahu dan salah satunya adalah Archemist dan kaitannya dengan Archeon. Mungkin orang tua itu mempunyai segala jawapan terhadap persoalan Kleim.

"Zssrrhhhhhhhhhh...!!!"

*pa *pa *pa *pa *pa

"TIDAKKKKKK...!!!!!" jerit Kleim. Kleim cuba menggunakan kuasa [Caeleste Arte] namun tiada apa yang berlaku. Kuasanya tidak dapat digunakan dalam dunia ini!

Manifestasi hayunan pedang mula mematerialkan dan singgah di tengkuk orang tua itu. Darah pekat memancut-mancut dari leher. Baju lusuh orang tua itu berlumuran dengan darah. Hari ini, permukaan dunia maya itu menerima limpahan darah orang tua yang membuak-buak. Mata orang tua itu masih lagi celik; seperti tidak sedar apa yang telah berlaku ke atas dirinya.

Kleim gumam. 

Seorang pahlawan berbaju zirah lengkap membersihkan pedangnya yang berlumuran darah menggunakan cebisan baju lusuh orang tua itu tadi. Pahlawan itu tersengih. Dibelakangnya terdapat lima lagi orang, namun dari pandangan Kleim jasad mereka terlalu kabur, hanya menampakan susuk tubuh mereka sahaja.

Salah seorang dari mereka mendekati jasad tanpa kepala itu untuk mendapatkan kitab yang telahpun berlumuran darah. Lagaknya seperti Alchemist, kerana dia ditangan kanannya memakai Gauntlet bertakhtakan tiga batuan Mana. Dia mula membelek-belek setiap helaian kertas kitab buruk itu sebelum berhenti.

"Srapppp! Srapppp! Srapppp! Srapppp! Srappp! Srappp!"

Alchemist itu mengoyakkan enam helaian kertas dari kitab tersebut. Enam helaian kertas itu kemudian dibahagikan kepada yang lain. Kitab itu dicampak jauh dari orang tua. Setelah dapat bahagian masing-masing, mereka beredar mengikut haluan masing-masing dan hilang dari ufuk horizon.  

Kleim tidak dapat melakukan apa-apa. Segalanya berlaku dengan pantas. Kuasanya pula seperti disekat Jasad itanpa kepala itu terbujur kaku. Darah tidak henti mengalir keluar. Melihat enam susuk tubuh misteri itu telahpun beredar, Kleim mendekati kitab lusuh berhampiran jasad tersebut.  

Helaian demi helain Kleim mula menyelak. Matanya melirik pantas; membaca setiap bait-bait ayat yang terdapat dalam kitab. Walaupun tulisan dan bahasa yang digunakan amat sukar difahami, namun terdapat lakaran yang memudahkan Kleim memahaminya.  

"A..apakah..."

Kandungan buku itu banyak berkait-rapat dengan penggunaan tenaga Mana dalam asas kimia moden. Segalanya nampak logik dan tidak mustahil. Sebagai contoh, jika dia berada di dunia asalnya, asas kimia moden harus menggunakan tenaga seperti tenaga elektrik dan tenaga haba untuk mempercepatkan proses dan menjadikan ia berlaku dengan sempurna.

Namun di dunia ini, kitab yang dipegangnya menerangkan bahawa tenaga Mana boleh digunakan sebagai alternatif utama dalam asas kimia moden. Fundamental yang sama tetapi cara perlaksanaanya berbeza! 

"Apa yang terkandung dalam 6 helaian kertas itu tadi?"

Belum sempat beliau membelek kitab, Tiba-tiba keadaan di sekeliling Kleim bertukar menjadi gelap. Dunia yang terhasil tadi mula terurai menjadi ribuan imej-imej balik. Jasad yang terbujur kaku itu tadi sudah entah hilang ke mana. Sedikit demi sedikit keadaan di sekeliling Kleim mula luruh.

"Argghhhhh.....!!!!!" Keadaan ini menyakitkan minda separa sedar Kleim. Ribuan imej itu tadi membuak-buak keluar darinya.


**********


"Eonna, tak perlu la bersihkan lagi bilik saya ni," Kleim bersuara lemah tatkala melihat Eonna sibuk mengemas.

"Tuannn Kleim!!! Syukur tuan dah sedar!"

"Urghhh, rasanya baru beberapa jam saya tak sedarkan diri," ujar Kleim meeka.

" Beberapa jam? Sebenarnya, dah empat hari tuan tak sedarkan diri."

"Ee...empat??!!!"

"Oh ya, masa tuan tak sedarkan diri, ibu tuan selalu datang menjaga tuan. Griess pun ada datang juga tolong apa yang patut," jelas Eonna. "Nah, tuan patut minum air ni," Eonna meghulur segelas cawan kecil kepada Kleim.

"Terima kasih Eonna."

"Itu potion dari Lord Lionel. Lord Lionel suruh saya untuk jaga pemakanan tuan."

"Bluerrrkkkkk!!!!"

"Kenapa tuan Kleim? Potion ni dicipta khas oleh Lord Lionel untuk tuan tau!" marah Eonna tatkala melihat Kleim memuntahkan balik potion itu.

"Saya tak sedap badan. Baiklah Eonna, saya mahu lelapkan mata kejap." Kleim berdalih. Semestinya dia rasa ragu dengan potion ciptaan Lord Lionel.

"Emmm..., baiklah. Tapi lepas rehat tuan kena habiskan tau potion ni," botol sebesar saiz buku itu diletakkan diatas meja. "Saya balik dulu kalau macam tu,"

"Baik. hati-hati!" balas Kleim.

Arc Chemistजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें