26. Index Alchimia (3)

1.6K 189 41
                                    

Mereka berdua masuk ke dalam dewan peperiksaan. Ruangan peperiksaan ini begitu besar. Lantainya seperti diperbuat dari lapisan batu marmar jernih berkualiti tinggi. Keadaan didalam dewan itu amat sejuk. Kedinginan dapat dirasakan seperti waktu malam. Di ruangan atas siling pula terdapat Lampu Chandelier mewah tergantung di tengah dewan. Ruangan syiling itu dihiasi dengan pelbagai lukisan epik. Setiap satunya seperti menceritakan tentang sejarah dan hikayat lampau sejarah Ikalia dalam bentuk visual. 

Berlainan pula dengan dinding ruangan dewan peperiksaan. Dinding-dinding pula seperti diconteng dengan tulisan yang berbeza. Jika dilihat dengan dekat, ia bukanlah contengan vandalisme, tetapi contengan itu merupakan persoalan dan permasalahan yang berkaitan dengan Alchemy. Terdapat beratus soalan beserta persamaan yang tercatat di dinding dewan tersebut. Kebanyakan dari persoalan tersebut masih lagi tidak berjawab. Ada diantara persoalan yang masih tidak terjawab bertarikh dari Emperor Zsar atau dari zaman yang lebih lama lagi!

"Heh, kau lagi. Semoga kau gagal dalam Index Alchimia hahahaha!" gertak Caius.

"Biarkan sahaja si Caius tu. Yang penting mental dan emosi kena jaga sebelum peperiksaan," pesan Abigail.

Kleim tidak mudah tercabar dengan provokasi. Baginya, itu semua adalah mainan emosi untuk melemahkan kekuatan mental yang dia miliki.

"Kita tengoklah nanti siapa yang akan dapat malu," kata Kleim kepada Caius.

"Kau... !" Riak wajah Caius mula berubah.

"Ehemm!" Seorang lelaki tua separuh abad berjubah biru berdehem batuk menghentikan 'perbualan' mereka. Tangan kanannya sedang asyik membelai janggut putih yang panjang manakala tangan kirinya pula sedang memegang kertas soalan Index Alchimia. 

"Nampaknya kamu semua seperti sedang 'bemesra' antara satu sama lain hoho. Ini persaingan sihat. Anda dibenarkan meniru," jelas orang tua itu seperti acuh tak acuh.

"Meniru? Peraturan apakah yang...," belum sempat Abigail menghabiskan ayat, orang tua itu mencelah dengan tegas, "Kalau anda meniru pun, setiap calon yang menduduki peperiksaan akan mendapat set soalan yang berbeza. Hohoho! Kamu boleh meniru, tapi dilarang sama sekali untuk berbincang. Sesiapa yang didapati melakukan perbincangan sama ada terbuka atau secara tertutup, saya akan kenakan tindakan tata-tertib. Kemungkinan kamu akan dilarang untuk mengambil peperiksaan Index Alchimia selama setahun, atau mungkin lebih hohoho...!"

"Hei orang tua, pelik juga peraturan yang dibuat ni!" Caius berkata kasar.

"Hati-hati wahai keturunan Dy Verde. Moyang kamu merupakan seorang yang amat lemah-lembut tutur bicaranya. Lebih-lebih lagi apabila berbicara dengan orang yang lebih tua. Cara kamu menegur orang yang lebih tua dari kamu amatlah mengecewakan saya. Haish..., keluarga Dy Verde mampu menghasilkan keturunan yang terbaik dari segi skill Alchemy tetapi miskin budi pekerti," orang tua itu mula mempersoalkan kredibiliti Keluarga Dy Verde.

"Tschhh...!" Caius mendengus.

"Caius! Jaga tingkah-laku kamu!" gertak Abigail.

"Maafkan saya tuan, sebelum kita mula, boleh tak saya tahu siapakah nama tuan?" Kleim bertanya.

"Emm, Dy Rosso. Keluarga kamu tidaklah besar seperti keluarga lain tapi kamu mempunyai tutur bicara yang hemah. Hoho! Saya Aunsellus Dy Albus. Penjaga dewan peperiksaan untuk sesi ini."

"Maafkan kami semua Sire Aunsellus Dy Albus. Kami semua amat naif dalam perbualan kami." Abigail bingkas mencelah meminta maaf.

"Hohoho, tidak mengapa. Pergi ke meja kamu masing-masing. Peperiksaan Index Alchimia akan bermula sebentar lagi," Aunsellus mula menghulurkan kertas-kertas soalan di atas meja mereka.

Arc ChemistWhere stories live. Discover now