20. Archeon (1)

1.7K 206 20
                                    

San Roma digemparkan dengan penemuan ubat cecair kumur antiseptik baharu. Produk yang dicipta oleh Kleim itu mula menjadi bualan hangat dalam kalangan penduduk San Roma, terutama sekali penduduk yang mempunyai masalah sakit gusi dan bau mulut.

Entah bagaimana produk ciptaan Kleim ini boleh 'terlepas' keluar dari Regia Dy Rosso.

"Tak tahu."

Jawab Uncle Moor serentak mengangkat bahu dan menggelengkan kepala ketika Kleim datang bertanya.

Dia pun tak tahu bagaimana orang luar boleh tahu cecair kumur ini.

Keberkesanan produk tersebut menyebabkan ramai penduduk tidak kira latar belakang mula berkumpul dihadapan kediaman Regia Dy Rosso. Suasana mula riuh dengan lautan manusia.

"Saya dengar potion ni lagi berkesan dari yang sedia ada di pasaran!" Ujar seorang lelaki bangsawan yang ketika itu sedang berteduh dibawah khemah mewah bersama dengan bangsawan lain. Perbualan yang diselang-seli dengan gelak ketawa menyebabkan orang disekeliling meluat dan tidak puas hati dengan kelakuan mewah mereka.

"Ubat ni ajaib, tak sampai seminggu gusi jiranku tak lagi bengkak macam dulu!" bisik seorang pemuda kepada rakannya.

"Bukan tu je. Ubat ni juga boleh lindungi kita dari magik hitam," seorang petani memberikan pendapat.

"Ahhh...! Tak kira aku kena dapatkan juga potion tu!" jerit seorang lelaki lain.

Disebabkan khabar angin mula tersebar luas dan juga keberkesanan testimoni palsu yang melampau, keadaan menjadi semakin tegang. Lebih ramai lagi penduduk San Roma datang menjelang tengahari terik.

Tujuan mereka hanyalah untuk mendapatkan cecair kumur antiseptik bagi kegunaan mereka.

"Potion! Potion! Potion! Kami mahu potion tu!" laung sekumpulan lelaki. Kekecohan mula berlaku. Orang ramai mula berasak-asak tatkala kereta berkuda yang dinaiki oleh Lord Lionel sampai dihadapan perkarangan Regia.

Keadaan ini memeningkan Lord Lionel kerana kebanyakan penduduk berhimpun dihadapan Regia dan meyukarkan pergerakan keluar masuk beliau.

"Apa yang anakanda sudah buat sampai jadi macam ni?" bisik hati Lord Lionel sambil memicit dahinya.

"Pengawal! Halau mereka semua. Bangsawan atau tidak, halau kesemuanya. Jika mereka ingkar, Archduke Lord Lionel secara sendiri akan datang selesaikan sendiri!" bentak Lord Lionel.

*********

Penutup botol potion itu dibuka. Bau haruman potion itu mula memenuhi ruangan dewan. Wajah 4 orang lelaki berkerudung berubah serius apabila menghidu bau potion tersebut .

"Kami sudah dapatkan sedikit potion itu," ujar seorang lelaki berkerudung merah. Suaranya agak kasar dan nyaring.

"Berikan kepada saya," sahut seorang lagi lelaki yang memakai kerudung hitam. Suaranya halus namun kedengaran bergema memenuhi seluruh ruang dewan besar.

Lelaki berkerudung merah itu menundukkan kepalanya sedikit tanda hormat sebelum menyerahkan botol potion kepada lelaki bekerudung hitam.

Lelaki itu menghidu botol potion itu untuk dapatkan kepastian "Ini...," seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

"ini adalah perkara mustahil! Adakah potion ni sama seperti apa yang tertulis dalam buku tu? Selama beberapa ratus tahun, Archeon telah berusaha menghapuskan kesemua salinan buku tu, termasuk salinan asli!" Ujar Lelaki berkerudung itu. Dia segera menghulurkan botol itu kepada seorang lagi lelaki yang memakai sepersalinan baju kerudung bewarna kelabu.

"Hantar cecair ini kepada makmal kajian Alchemy kita! Suruh mereka kaji cecair ini. Walaupun ciri-ciri potion ni sama seperti dalam buku, tapi ada sesuatu yang berlainan tentang potion ni. Saya nak tahu apa bahan yang telah digunakan!" Suara lelaki berkerudung kelabu itu bergema. tanpa menghidu dan merasa cecair itu, dia pasti ada sesuatu yang sangat istimewa tentang cecair itu, lebih-lebih lagi potion itu dikatakan berkaitan dengan sebuah buku yang telahpun dihapuskan oleh Archeon beratus tahun dahulu.

"Archeon tidak akan melepaskan sesuatu yang berharga seperti ini!" Lelaki berkerudung biru mencelah.

*********

Berita khabar angin tentang cecair kumur istimewa itu menular masuk ke dalam istana dan menarik perhatian Empress Ikalia.

"Siapakah gerangan yang telah mencipta cecair ini?" tanya Empress Diane.

"Tiada siapa pun tahu siapakah orangnya. Namun khabar angin dari rakyat jelata mengatakan ianya dari Regia Dy Rosso. Namun tidak diketahui siapa penciptanya."

"Dy Rosso? Bukankah itu kediaman Archduke Lord Lionel?" balas Empress hairan.

"Ya, benar tuanku. Namun Lord Lionel menafikan sekeras-kerasnya tentang potion itu. Bukan ciptaan beliau katanya," balas pembawa utusan istana.

"Panggil Lord Lionel menghadap beta." titah Empress dengan tenang.

Petang itu juga, Lord Lionel bergegas datang ke istana menghadap Empress. Walaupun mereka kerap berjumpa, ini kali pertama Lord Lionel berasa gemuruh dan takut, kerana urusan kali ini tidak berkaitan dengan skop dan jawatan yang dipegangnya.

Mereka berdua berbincang tentang topik potion cecair kumur antiseptik. Lord Lionel dengan tegas mengatakan potion itu bukan ciptaannya.

Dia juga tidak pasti tentang khabar angin yang mengatakan potion itu berasal dari Regia Dy Rosso. Namun, beliau berjanji akan menyiasat tentang perkara ini.

"Sudahkah tuanku mencubanya?" tanya Lord Lionel.

"Rasa potion ini tidak keras dan sedikit manis. Lidah beta sangat selesa apabila potion ini berada dalam mulut beta, tidak seperti dicucuk dengan seribu jarum peniti. Sangat berbeza dengan potion kumur antiseptik yang berada dalam pasaran. Beta dapati udara nyaman mula memenuhi ruangan rongga beta setelah beberapa ketika. Sangat mengkagumkan!" Empress kelihatan gembira sekali.

"Beta berminat dengan potion ini. Alangkah bagusnya jika Lord Lionel dapat mencari siapakah gerangan Alchemist yang telah mencipta potion hebat ini. Beta ada beberapa soalan yang hendak diutarakan kepadanya," sambung titah Empress.

"Baiklah, akan saya usahakan. Usah tuanku bimbang akan hal ini," Lord Lionel membalas dengan memberi jaminan.

Lord Lionel mengesyaki ada sesuatu yang pelik berlaku di Regia Dy Rosso. Sejak Kleim pulih dari kecederaan, dia mula menyibukkan diri dengan aktiviti di dalam makmal Alchemy di Regia Dy Rosso.

Keadaan juga menjadi semakin rancak apabila tiba dihujung minggu. Pelbagai bahan mentah mula tiba dan memenuhi ruangan koridor makmal Alchemy, seolah-olah Kleim merancang untuk membuat sesuatu. Ini menambahkan lagi syak wasangka Lord Lionel.

Setibanya Lord Lionel di Regia Dy Rosso, dia bergegas ke makmal Alchemy.

"Kleim apa yang telah kau buat..."
namun makmal itu kosong. Tiada orang berada disitu.

Lord Lionel masuk dan mula memeriksa disekitar makmal. Matanya tertumpu ke arah tong kayu bewarna coklat yang terletak dibelakang makmal.

Lord Lionel mula mendekati tong misteri itu sebelum membuka penutup tong tersebut.

Bau haruman segar cecair itu mula menusuk masuk ke rongga hidung Lord Lionel. Terkejut dengan bauan itu, dia mencalit sedikit cecair itu dengan jarinya sebelum merasa dengan lidah.

"Ini...," rekod memori Lord Lionel mula bermain ligat di fikiran. "Campuran bahan yang sungguh tepat. Setiap kombinasi melengkapi antara satu sama lain. Tapi, ada sesuatu yang berlainan dengan potion ni..."

"Tiada apa yang istimewa. Saya cuma letak Saleratus sebagai pelengkap bahan, menggantikan herba Dragonglass."

Kleim menyuarakan pendapatnya. Lord Lionel yang berada disitu bingkas bangun lalu memandang Kleim dengan wajah keliru.

"Saleratus? Hmmm..."

"Tiada apa yang pelik disini. Saya cuma menjalankan eksperimen berdasarkan buku-buku Alchemy untuk kembalikan ingatan saya. Ini adalah antara eksperimen yang sedang saya cuba." Kleim berdalih dengan harapan Lord Lionel tidak mengesyaki sesuatu.

"Tahukah apa yang anakanda telah buat?" Tanya Lord Lionel. Wajahnya berubah menjadi serius.

"Err..., tak tahu," jawab Kleim ringkas.

"Archeon pasti telah tahu pasal potion ni,"

"Archeon? Maksud ayahanda Guild Archeon?" balas Kleim. Sebelum ini Eonna ada juga bercakap tentang Archeon, namun dia enggan mengulas dengan lebih lanjut.

Arc ChemistWhere stories live. Discover now